BAB 3

1K 51 0
                                    

HARI Jumaat. Hari untuk Ayana berehat kerana tiada kelas pada hari itu. Dia bangun awal seperti biasa untuk keluar ke gym yang disediakan di bangunan kediamannya. Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi. Memang tiada orang lagi di dalam gym itu melainkan dia.

Airpods di pakai dan dia berdiri di atas treadmill machines sebelum memulakan lariannya. Kalau dia ada masa lapang memang dia akan pergi ke gym. Sekurang-kurangnya seminggu sekali selama 30 minit atau satu jam.

Dia berlari sambil matanya memandang sekeliling aras itu melalui dinding kaca gym tersebut. Hari sudah mula cerah. Beberapa orang pun sudah mula melangkah masuk ke dalam gym itu untuk memulakan aktiviti mereka.

Apple Watch yang dipakainya di tengok. Sudah 25 minit dia berlari, baki lima minit saja. Dia pun tak mahu berlama-lama di gym itu kerana dia seorang saja perempuan yang berada di situ sekarang. Tapi lelaki-lelaki itu wajah yang biasa dia lihat di gym tersebut. Mereka langsung tak mengganggu dia, masing-masing dengan hal masing-masing.

Selesai melakukan lariannya, dia mengambil tuala kecil untuk mengelap peluhnya yang sudah deras mengalir. Kemudian, air mineral yang disediakan di teguk sehingga separuh sebelum dia melangkah keluar dari gym tersebut.

Dia meregangkan otot-otot selepas bersenam dan kembali melangkah untuk pulang ke rumah miliknya. Masuk saja ke dalam lif, haruman Versace Eros itu menusuk ke rongga nasalnya. Wajah Faris sekali lagi menerjah ke dalam kotak ingatannya.

"Kenapa pula aku terbayang wajah dia ni?" Ayana menggumam seraya menggelengkan kepalanya. Terbit senyuman kecil di bibir tanpa dia sedar.

Tiba di rumah, dia berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Muzik instrumental yang di pasang menggunakan bluetooth speaker membuatkan dia berasa tenang. Dia berendam untuk beberapa minit di dalam bathtub sambil mata ralit melihat telefonnya. Banyak assignment yang perlu di hantar dalam beberapa minggu ini membuatkan dia sedikit sibuk.

Selesai mandi, dia ke dapur, ingin membuat kek coklat untuk di bawa ke tempat dia bekerja sambilan tetapi bunyi deringan telefonnya yang kuat membuatkan dia menjawab telefon dengan segera.

"Hello, mama?"

'Ayana, buat apa tu?' Sapa Puan Juita di hujung talian selepas memberi salam dan dibalas Ayana.

"Baru lepas balik gym dan mandi. Nak buat kek kejap sebelum pergi kerja. Kenapa mama?"

'Ayana jadi tak datang esok untuk majlis pelancaran cawangan kelima restoran papa?'

"Esok ke mama? Kalau Ayana free, Ayana datang. Cuma sekarang ni Ayana sibuk sikitlah. Assignment banyak, lagi pun dah nak final lagi few weeks. Banyak kena study balik." Ujar Ayana.

Sejujurnya dia ingin datang ke majlis pelancaran cawangan kelima papanya itu, D' Yusuf Kitchen tapi mengenangkan jadual waktunya yang sibuk dia tak boleh berjanji. Risau dia tak dapat hadirkan diri pula nanti.

'Macam tu ke? Tak apalah. Kalau Ayana free, Ayana datang ya?'

"Okay, mama. Anything I'll tell you later, okay? Goodbye, mama." Selepas mereka berpamitan, Ayana kembali melangkah ke dapur. Bahan-bahan untuk membuat kek sudah tersedia di kitchen island.

"Chocolate cake, here we go!"

AYANA melangkah masuk ke dalam sebuah kedai. Beg yang berisi kek yang dibuatnya pagi tadi diletakkan di dalam fridge. Apron disarung ke tubuh dan tag nama di pakaikan pada apron tersebut.

Kakinya laju melangkah ke arah pintu kaca yang menempatkan kucing-kucing dari pelbagai baka dan warna. Dia tersenyum riang melihat kucing-kucing di situ sihat dan terurus kehidupan mereka.

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now