AYANA melihat ke dalam cermin. Dari hujung kepala sehingga ke hujung kakinya, dia seakan tak percaya dengan apa yang dia lihat. Betul ke ini dia?
"Cantiknya Ayana! Macam anak patung!" Ujar Falisha. Teruja melihat bakal adik iparnya itu yang sudah siap di rias oleh juru solek tadi. Dia yakin, abangnya itu akan jatuh terguling berkali-kali melihat Ayana.
"Kak, Cantik ke?" Ayana sudah risau.
"Cantiklah tu, Ayana. Awak risau apa?" Feya pula bersuara. Penangan nervous ini lain macam rupanya.
"Awak tarik nafas dalam-dalam, Ayana. Banyakkan istighfar dalam hati, selawat supaya majlis pernikahan awak berjalan lancar." Tenang Falisha menyuruh. Ayana hanya mengangguk.
"Dulu masa akak kahwin, lagi teruk tahu tak? Bukan suami akak yang duduk depan tok kadi tapi akak yang duduk depan tok kadi. Terkejut semua orang!" Cerita Falisha dengan semangatnya. Semua yang ada di dalam bilik itu meletuskan tawa.
Ayana turut melepaskan tawa tapi tidak lama kerana dia masih gemuruh. Bibir tidak henti-henti berselawat dan beristighfar. Memohon supaya majlisnya berjalan dengan lancar dan dipermudah urusan. Lama-lama perasaan gemuruh itu hilang dan dia semakin tenang.
Pintu bilik Ayana di buka dari luar, terjengul kepala Puan Juita di balik pintu. Dia tersenyum lebar.
"Cantiknya anak mama!" Puan Juita gembira melihat satu-satunya anaknya itu bakal mendirikan rumah tangga. Tiba-tiba dia di hurung sebak.
"Mama, janganlah menangis. Nanti Ayana menangis sekali." Ayana menghampiri Puan Juita lalu tubuh itu dipeluknya.
"Mama gembira, anak mama dah besar. Dah nak jadi isteri orang. Mama harap, Ayana dapat jadi isteri yang baik untuk Faris, ya? Jaga pakai minum dia, taat pada dia. Kalau bergaduh, bincang elok-elok sebagai seorang dewasa bukan buat perangai budak-budak. Mama harap kamu dengan Faris bahagia selamanya. Mama sayang kamu. Kamulah satu-satunya puteri mama dan papa." Puan Juita tersenyum dalam tangisnya. Ayana turut menahan sebak. Pesanan Puan Juita akan dia ingat sampai bila-bila.
"Ayana akan ingat pesanan mama. Mamalah satu-satunya permaisuri di hati Ayana. Terima kasih sebab dah besarkan Ayana dengan penuh kasih sayang selama ni." Belakang badan Puan Juita di usapnya, menghilangkan sebak yang bertandang dalam diri.
"Pengantin perempuan, tok kadi dah sampai. Dah boleh turun, ya?" Panggil seseorang di pintu. Mereka hanya mengangguk.
Semasa dia turun ke tingkat bawah, langkahnya di iringinya Puan Juita dan juga adik-adik Faris. Dari tingkat atas lagi, dia sudah mencuri tumpuan semua orang. Semua tetamu seakan terpana melihat kecantikan Ayana dalam sepersalinan baju kurung putih yang nampak sungguh elegan itu.
Ayana duduk di atas pelamin. Di hadapannya ramai sanak saudara yang terdekat datang ingin melihat hari bahagianya bersama Faris. Ahli keluarga Faris turut ada sekali. Tidak lupa juga pada beberapa orang dari pihak media yang turut hadir atas jemputan Faris.
Mata di kalihkan ke arah seorang lelaki yang segak berbaju melayu sedondon dengannya dan dipadankan dengan songkok. Tak berkedip matanya melihat Faris yang nampak tenang di hadapan tok kadi. Dalam hati jejaka itu, tiada siapa yang tahu.
Sepanjang dia duduk di atas pelamin, fikiran Ayana sudah jauh berterbangan. Dia tidak fokus pada tok kadi dan khutbah nikah, dia tidak fokus pada orang sekeliling. Dia hanya fokus pada Faris sambil di tenangkan oleh Puan Juita. Tangannya yang sejuk menggenggam erat tangan tua milik mamanya itu.
"Faris Syauqi Bin Muhammad Fakhri." Saat itu, mata Ayana memerhati tangan Faris yang sudah berjabat dengan Tuan Yusuf. Papanya itu yang akan menjadi walinya.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)
Roman d'amourSejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta. "You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...