SPECIAL CHAPTER 1

901 35 0
                                    

"HAI pakwe! Lama tunggu?" Ayana berdiri di hadapan Faris yang panjang muncungnya.

"Makwe kita lambat setengah jam." Faris memeluk tubuh, mata menatap tajam Ayana yang tersengih-sengih itu. Gadis itu mengenakan cardigan berwarna merah jambu dan seluar denim. Rambut pula di ikat tocang. Comelnya makwe kita!

"Sorry, parking tak ada tadi. Terpaksa pusing jauh." Terang Ayana. Faris pula tewas melihat mata bundar itu terkebil-kebil memandangnya. Hati manalah yang tak cair?

"Jom, makwe. Nanti lambat pula nak tengok wayang." Faris menarik tote bag milik Ayana menuju ke panggung wayang. Nak pegang tangan belum halal lagi, pegang beg pun bolehlah.

"Awak dah beli tiket?" Ayana menyoal. Jarinya memegang hujung lengan jaket milik Faris. Faris mengangguk.

"Dua tiket untuk Barbie, your favorite movie, sweety." Faris menayangkan tiket wayang yang ditempahnya melalui aplikasi.

Ketika mereka berjalan, beberapa pasang mata melihat ke arah mereka atau lebih tepat ke arah Faris. Faris hanya menebalkan muka dan buat tidak endah saja pandangan mereka.

"They're looking at you!" Bisik Ayana. Geli hati melihat Faris yang menayangkan wajah 'malas nak layan' itu. Macam mana orang tak memandang kalau Faris itu mengenakan t-shirt warna merah jambu dan seluar denim di tubuhnya. Sekelip mata menjadi tumpuan gadis-gadis.

"They're looking at me, the handsome Ken." Faris senyum penuh bangga. Ayana mencebik. Sukalah tu mendapat perhatian perempuan lain!

"Don't worry, sweety. I have my own Barbie. You're my Barbie. Cute, pretty and adorable." Faris cepat-cepat membuang rasa sangsi Ayana. Tidak mahulah Ayana menyangka yang bukan-bukan. Terus berubah ceria wajah Ayana.

"Nak popcorn, sweety?" Mereka melihat ke arah kiosk makanan.

"Nak large. Kita kongsi."

"Alright, baby." Membahang wajah Ayana. Suka tapi malu dipanggil begitu.

Sementara menunggu Faris membeli makanan, Ayana berdiri di sudut dinding, memerhati beberapa orang yang turut memakai pakaian berwarna merah jambu. Ketika itu, muncul tiga orang lelaki di hadapan Ayana, menayangkan wajah miang mereka.

"Hai, cik adik. Nak jadi Barbie abang tak?" Soal salah seorang daripada mereka. Ayana hanya diam. Malas mahu melayan mereka.

"Sombongnya Barbie ni." Ujar lelaki yang berada di tengah. Tangan ingin menyentuh Ayana tapi cepat-cepat Ayana menepis dengan begnya.

"Garang-garang macam ni abang suka." Mereka ketawa. Ayana mahu melangkah pergi tapi dihalang.

"Nak pergi mana ni Barbie?" Tangannya sekali lagi ingin memegang Ayana tapi pantas ditepis oleh seseorang.

"Sorry bro but this Barbie is mine!" Meninggi suara Faris ketika itu. Ayana terus menyorokkan tubuh di belakang tubuh tegap Faris. Menggigil tangannya memegang baju lelaki itu.

"Cikaro kau ke bro?" Lelaki itu menyoal.

"Bahasa cantik sikit, dia tunang aku." Faris mengetap giginya. Geram apabila lelaki-lelaki itu seakan ingin merendahkan Ayana.

"Cikaro dia lah geng. Jomlah, kita tak kacau cikaro orang. Sorry bro." Lelaki-lelaki tadi terus meninggalkan mereka berdua selepas puas merenung Ayana.

"Stupid!" Faris menggumam. Dia melihat Ayana yang masih diam itu.

"Are you okay?" Faris membelek tubuh Ayana, ingin memastikan gadis itu tidak tercedera tapi melihatkan senyuman Ayana itu, dia menghela nafas lega.

"Saya okay, Cuma terkejut. Biasalah. Budak-budak muda. Suka mengacau perempuan." Ujar Ayana. Dia tidaklah takut mana cuma dia tidak suka apabila mereka bertindak ingin memegang dia.

"Sure?"

"Yup! Jom masuk? Takut movie dah mula." Ayana mengambil popcorn yang berada di tangan Faris lalu dia mula berjalan, tidak sabar ingin melihat Barbie!

"I'm pretty sure that I'm the only Ken in that hall." Faris bersuara.



"YOU'RE right, Ken. You're the only Ken in that hall." Ayana sudah terbahak-bahak melihat Faris yang sedang menutup mukanya itu. Malu apabila tamat saja cerita itu, dia mendapat sorakan daripada gadis-gadis yang berada di dalam hall itu kerana dia merupakan satu-satunya lelaki di situ.

"Stop it, Barbie! Saya malu." Faris turut ketawa, wajahnya merah kerana malu. Saat ini mereka sedang duduk di atas pasir pantai. Rasa tenang melihat laut di waktu malam. Mujur masih ramai pengunjung yang berada di kawasan itu.

"Terima kasih sebab sudi turutkan kehendak saya. Saya harap awak tak terasa terpaksa pakai baju pink ni." Faris senyum lalu menggeleng.

"Saya tak terasa terpaksa pun, sweety. Saya nak merasai semua benda yang awak nak buat dalam hidup awak. Tak kisahlah, benda tu senang atau susah mana pun, asalkan ia berkaitan dengan awak, saya akan buat. Lagi pun, tak adalah teruk mana kalau saya pakai pink. Masih kacak kan?" Faris mengusik. Ayana ketawa lagi dan mengangguk.

"Sentiasa kacak, sayang." Faris menyeringai suka. Rasa bahagia berada di samping gadis itu.

"Nak tahu sesuatu?" Dia bersuara.

"Apa dia?"

"Setiap kali saya pandang wajah awak, saya tak boleh berhenti bayangkan wajah seseorang."

Terus hilang senyuman Ayana. Wajahnya mendung, hatinya seakan terkesan dengan ayat yang dituturkan Faris. Siapakah?

"Si-siapa?" Perlahan suara Ayana menyoal. Emosinya cuba dikawal.

"Wajah anak kita."

Membulat mata Ayana. Rasa ingin bagi penampar pada Faris yang sudah mengekek ketawa itu. Tak guna!

"Awak janganlah bergurau macam tu! Buatnya saya pukul awak tadi macam mana?" Ayana mencebik walaupun mukanya sudah merah mendengarkan jawapan Faris.

"Pukullah, kalau itu boleh buat awak gembira, baby." Faris menatap wajah cantik itu. Pagi cantik, malam pun cantik. Sentiasa buat dia angau. Indahnya ciptaan Allah.

"Baby?" Berkerut kening Ayana, mulut tersenyum.

"Ya, baby?" Faris sengih nakal.

"Baby?" Ayana memanggil lagi, menatap wajah Faris yang turut memandangnya.

"Ya, baby saya?"

"I love you, baby." Faris membalas senyuman Ayana. Dia mendekatkan bibirnya dengan cuping telinga Ayana lalu dibisikkan...

"I love you more, baby."

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now