"KAU cakap apa ni? Jangan merepek boleh tak?" Marah Faris.
"Aku tak merepek. Ada benda yang kau tak tahu Faris. Kau tak tahu cerita sebenar. Cerita yang aku dan arwah Hera sorokkan."
Faris sudah berubah riak. Terkejut mendengarkan perkataan yang terungkap dari ulas bibir rakannya itu. Arwah? Maksudnya...
"Hera dah meninggal?" Soalan itu terpacul keluar dari mulut Faris. Apabila dia menerima anggukan daripada Nadim, tahulah dia jawapannya.
"Arwah meninggal lima bulan lepas, breast cancer. Setahun dia bertarung dengan penyakit dia. Setahun itu juga, kami berpindah semula ke Malaysia. Arwah nak sangat terima rawatan dekat sini dan permintaan arwah, agar mayat dia di tanam di kampung dia."
Mata Nadim memandang ke arah Nadhir seketika. Anak itu masih fokus bermain dengan telefonnya.
"Explain dekat aku, Nadim." Pinta Faris. Kalau tadi dia ikutkan amarah dan egonya, kini dia ingin mendengar penjelasan daripada mulut Nadim sendiri.
"Dua bulan sebelum kau bernikah, arwah Hera dalam perjalanan pulang ke rumah dia. Dia diekori masa tu. Belum sempat dia nak kunci pintu rumah, ada seorang lelaki serbu masuk ke dalam rumah dia. Dia dirogol, Faris. Arwah sendiri yang pergi ke hospital dan balai polis untuk buat report. Sendirian. Tak ada sesiapa tahu dia di rogol."
"Tapi kau tahu."
"Aku tahu pun lepas dia beritahu aku yang dia mengandung. Kau tahu apa aku fikir? Aku ingat kau yang rogol dia." Nadim tergelak sinis. Terimbau kembali saat di mana dia ingin pergi menyerang Faris kerana dia fikir Faris yang sudah merosakkan Hera.
"Kenapa dia bagitahu kau? Why not me, her own fiance?" Berkerut wajah Faris.
"I told her the same things too. Tapi dia cakap dia malu dengan kau. Dia tak nak kau jadi pak sanggup. Dia tak nak keluarga kau malu sebab perempuan yang dah rosak akan menjadi sebahagian daripada keluarga kau. Dia tak nak keluarga kau dicemuh atau jadi bahan bualan orang lain. Keluarga kau orang ternama, Faris. Dia fikir, anak yatim piatu yang dah mengandungkan anak luar nikah macam dia tu tak layak untuk kau, Faris. Dia kata dia jijik, perempuan kotor, tak suci, tak layak untuk jadi isteri kau." Terang Nadim. Faris hanya diam. Tangannya yang menggigil dipegang erat isterinya. Bukan saja Faris, Ayana turut terkejut dengan apa yang dia dengar.
"Dia jumpa aku, dia terangkan dekat aku rancangan dia untuk bagitahu semua orang yang kami dah terlanjur dan anak itu anak kami. Tujuan dia untuk buat semua orang benci pada dia, termasuk aku."
"Kenapa tak bagitahu aku, Nadim? Kenapa sorokkan daripada aku?" Meninggi sedikit suara Faris ketika itu. Dia marah, dia rasa diketepikan. Dia rasa diri dia tak penting buat arwah masa itu.
"Aku cuba bagitahu kau tapi dia ugut aku. Dia nak gugurkan kandungan dan gantung diri kalau aku bagitahu kau perkara sebenar."
"Astaghfirullah!" Terkedu Ayana. Sampai begitu sekali?
"Aku terpaksa setuju dengan rancangan dia, Faris. Aku terpaksa sebab masa tu..."
"Kau sukakan dia, kan?" Faris tersenyum sinis. Nadim pula sudah telan liur melihat wajah bengang Faris.
"Aku minta maaf. Aku tak ada niat pun nak rampas dia daripada kau cuma aku sukakan dia dulu sebelum kau. Aku buang perasaan aku, aku padam perasaan aku bila aku dapat tahu kau orang akan bertunang tapi bila dia datang minta tolong pada aku masa tu, aku tak ada pilihan Nadim. Nyawa dia lagi penting untuk aku masa tu." Bersungguh-sungguh Nadim menceritakan perkara yang sebenar. Dia bukanlah perampas!
Jeda. Lama mereka mendiamkan diri. Nadim sudah tak senang duduk melihat Faris yang menunduk itu.
"Jadi, kau orang sanggup dicemuh sebab nak jaga maruah keluarga aku?" Perlahan suara Faris, air matanya sudah jatuh menitik.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)
RomanceSejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta. "You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...