BAB 9

823 44 0
                                    

"UNCLE tak boleh buat keputusan terburu-buru, Faris. Uncle tak kisah kalau kamu nak menikah dengan Ayana secepat yang mungkin. Uncle faham maksud dan niat kamu. Uncle ucapkan terima kasih sebab kamu masih hormatkan dia dan kami sebagai orang tua Ayana. Tapi soal hati Ayana ni, uncle tak ada hak untuk masuk campur. Seeloknya, kamu berbincanglah berdua. Bincang dan berdoalah pada Allah. Buat solat sunat. Apa-apa keputusan, semuanya terletak pada tangan kamu. Kamu berdua dah besar, tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Fikir, sama ada keputusan kamu ni baik untuk kehidupan kamu berdua atau tidak. Uncle dan aunty setuju apa saja keputusan kamu. " Panjang lebar Tuan Yusuf memberi nasihat sebagai seorang bapa kepada mereka berdua. Puan Juita tak banyak cakap, dia juga sama pendapat dengan suaminya.

"Ayana..." Perlahan suara Ayana menyapa pendengaran mereka. Dia berada dalam dilema. Dia tak boleh berfikir dengan baik ketika itu. Tiba-tiba dia teringatkan peristiwa empat tahun yang lalu. Tangannya menggigil dan dia hampir memuntahkan segala isi perutnya dek teringatkan peristiwa itu.

"Ayana nak balik." Ayana bangun dari duduknya di ikuti Faris. Tuan Yusuf dan Puan Juita pula sudah risau melihat anak mereka.

"Ayana minta diri dulu." Ayana bersalaman dengan orang tuanya. Mukanya tiada riak, seperti tidak berperasaan. Kemudian terus berlalu pergi, keluar dari restoran itu. Sempat Faris bersalaman dengan Tuan Yusuf.

"Please bring her home safely." Pesan Tuan Yusuf. Risau dia melihat Ayana yang tiba-tiba saja berubah emosinya itu. Faris ukirkan senyuman nipis.

"I will." Faris terus mengejar langkah Ayana. Melihatkan Ayana yang sudah menunggunya di kereta, dia terus menarik nafas lega. Fikirnya Ayana sudah berjalan ke perhentian bas sana.

Faris mendekatinya dan memegang pemegang pintu. Wajah itu di tilik untuk beberapa saat. Wajah mendung yang menyimpan kesedihan. Terguris hati Faris melihat Ayana tidak ceria seperti selalu.

"Saya nak balik." Suara Ayana menghentikan lamunan Faris.

Butang pada kunci kereta di tekan lalu pintu di bukakan untuk Ayana. Sedih lelaki itu apabila tiada ucapan 'terima kasih' di ucapkan kepadanya seperti selalu.

Faris berlalu masuk ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin kereta. Dia memandang sekilas ke arah Ayana yang sedang termenung memandang ke luar tingkap.

Dia mengeluh kecil. Dengan lafaz Bismillah dia mula memandu untuk menghantar Ayana pulang. Ketika di lampu isyarat, Faris menanggalkan blazer miliknya lalu di letakkan di atas tubuh Ayana. Terkejut Ayana dibuatnya, dia memandang ke arah Faris dengan penuh tanda tanya.

"Sorry. You were shivering, so I put my blazer on you to keep you warm." Bisik Faris. Ayana terus mengalihkan pandangannya. Faris kembali fokus memandu.

Ayana merapatkan hidungnya dengan blazer milik Faris. Matanya terpejam saat haruman minyak wangi berjenama itu menusuk ke rongga nasalnya. Haruman yang sudah bercampur dengan haruman semula jadi milik Faris membuatkan dia berasa terbuai seketika sehingga dia terlelap tanpa dia sedar.

Faris yang perasan Ayana sudah terlelap terus memperlahankan suara dari radio. Dia hanya memandu dengan tenang sambil tangan memegang kuat stereng kereta. Wajahnya terus berubah tegang. Seakan menyesal menyatakan hajatnya pada malam ini. Terlalu ikutkan kata otak sampai hatinya terasa sakit sekarang ini.

Dia risau hubungannya akan berubah menjadi keruh disebabkan kejadian tadi. Dia tak mahu Ayana berasa janggal dengannya. Dia tak mahu Ayana mula mengabaikannya. Memikirkan hal itu sudah buat dia terasa sakit apatah lagi kalau dia betul-betul menghadapinya.

'Stupid!'



FARIS melangkah masuk ke dalam rumah milik keluarganya. Dia tidak pulang ke rumahnya sendiri kerana hari sudah lewat dan dia tidak larat ingin memandu. Mujur rumah keluarganya dan rumah Ayana hanya 20 minit saja perjalanan. Lagi pun, Leo berada di rumah ini jadi tidaklah dia risau.

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now