"COMELNYA!"
Ayana membelek pakaian bayi yang berada di tangannya. Baju bercorak kucing itu menarik minatnya. Niat hendak mencari barang lain tetapi mata sudah terpandang kedai yang menjual barangan bayi itu.
"Ayana, pegang apa lagi? Belilah." Feya cuba menghasut. Baru hari ini dia dapat keluar meluangkan masa dengan kakak iparnya itu. Abangnya menjaga isterinya itu dengan ketat. Cerewet mengalahkan mak-mak.
"Nanti abang Faris marah. Dah beli banyak sangat barang baby." Ayana tersengih.
"Betullah tu. Kalau beli baju banyak sangat untuk newly born, membazir je nanti. Baby cepat membesar. Lainlah kalau baju tu boleh di turunkan dekat adik dia nanti." Feya tersenyum gatal sambil bermain keningnya.
"Apa fikir macam tu?" Ayana sudah menunduk. Malu di usik begitu. Yang dalam perut ini pun belum keluar inikan pula nak fikir tentang nombor dua? Lambat lagi!
"Eh! Feya lupalah!" Feya melihat telefonnya. Resah saja wajahnya.
"Kenapa?"
"Feya kena jumpa someone dekat gudang hari ni. Nak bincang pasal kualiti kain. Feya minta maaaf sangat tapi Feya kena pergi." Feya mula serba salah. Dia sendiri yang beria mahu keluar dengan Ayana tapi dia lupa pula yang dia ada urusan.
"Tak apalah. Lagi pun, Ayana nak balik dah. Tak ada nak beli apa pun." Ayana sudah melangkah keluar dari kedai itu. Beg kertas yang berada di tangannya itu di tenung. Lama juga mereka meronda tadi.
"Betul ni? Ayana boleh drive tak ni?" Risau bukan main lagi Feya dekat mak buyung itu. Mereka datang pun berasingan, jadi sudah tentulah dia risau sekiranya berlaku apa-apa pada Ayana.
"Boleh. Jangan risaulah. Pergi cepat, tak elok buat orang menunggu." Ayana menolak lembut bahu Feya. Feya mengangguk kecil.
"Kalau ada apa-apa, cepat-cepat telefon Feya tahu?"
"Tahu, Cik Feya Safira." Meleret Ayana menjawab sambil melemparkan senyuman. Feya membalas kembali senyuman itu sebelum tergopoh-gapah berlalu pergi.
Ayana berjalan perlahan. Sambil dia berjalan ingin pergi ke keretanya, matanya tertancap pada satu figura kanak-kanak yang sedang memandang sekeliling dengan wajah yang terpinga-pinga. Rasa seperti pernah lihat wajah itu lalu dia menapak mendekati kanak-kanak itu.
"Nadhir?" Ayana memanggil. Budak lelaki itu terus memandangnya kemudian wajah itu mencebik menahan tangis.
"Papa!" Nadhir meraung dalam pelukan Ayana. Ayana memerhati sekeliling. Ada yang sudah memandang pelik ke arah mereka. Mesti mereka fikir bahawa dia ibu kepada budak lelaki ini.
"Papa dekat mana sayang?" Soal Ayana lembut. Nadhir menggeleng tidak tahu.
"Macam mana Nadhir boleh ada dekat sini?"
"Tadi, Nadhir pergi toilet dengan papa. Bila Nadhir keluar, Nadhir cari papa. Papa tak ada." Teresak-esak Nadhir menangis. Ayana gigit bibir. Sah, budak ini sesat. Sudahlah dia tiada nombor telefon rakan Faris itu.
"Jom, ikut aunty. Kita cari papa Nadhir." Ayana mengesat air mata budak lelaki itu sebelum berjalan berpegangan tangan, ingin menuju ke kaunter pertanyaan.
"Nadhir!" Belum sempat mereka ingin masuk kembali ke kawasan pusat membeli-belah, seseorang sudah berteriak dari seberang memanggil nama Nadhir.
Mereka berdua menoleh. Terbit senyuman pada wajah muram Nadhir apabila kelibat orang tuanya kelihatan.
Tanpa menghiraukan pegangan tangan Ayana padanya, terus dia merentap tangannya dan berlari menuju ke arah Nadim yang jelas terkejut dengan tindakan anaknya itu. Ayana pun turut terkejut.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)
RomanceSejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta. "You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...