BAB 2

1K 46 0
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, Ayana sudah terpacak di dalam Dewan Kuliah 3, 10 minit sebelum pukul dua petang. Dia mengeluarkan laptop dari dalam beg kemudian disambungkan pada projektor. Sempat dia membuka nota-nota subjek pagi tadi untuk membuat rumusan pelajaran pada hari ini.

Ketukan pada pintu dewan membuatkan Ayana menoleh ke arah pintu, muncul lelaki itu yang segak berkemeja biru dan seluar slack hitam. Lengan baju sudah dilipat sehingga ke siku. Di tangannya ada briefcase dan di letakkan di atas meja di hadapan dewan itu.

"Good afternoon, Miss Adra. Are you ready for your presentation?" Lelaki itu bersuara. Terselit ketegasan dalam nadanya. Lagak seperti seorang pensyarah.

"I'm ready." Bersemangat Ayana menjawab. Setakat membuat pembentangan di hadapan lelaki ini, dia yakin dia boleh lakukannya.

"That's the spirit! The stage is yours, Miss Adra." Ayana hanya mengangguk. Dia berlalu ke arah hadapan dewan manakala lelaki itu mengambil tempat di barisan kedua dewan itu. Dia menarik nafas dan dihembuskan sebelum dia memulakan pembentangannya.

Come on, Adra. You can do this!

Sepanjang dia membuat pembentangan, beberapa kali matanya memandang ke arah lelaki itu yang nampak begitu fokus dengan penerangannya. Lelaki itu sesekali melirik untuk memandang ke arahnya namun cepat-cepat Ayana memandang ke arah lain, risau sekiranya fokus dia terganggu.

Ada juga sesi soal jawab antara mereka dan Ayana dapat menjawab semua soalan lelaki itu dengan tenang walaupun dia sendiri tak pasti sama ada jawapan yang diberikan itu tepat atau tidak.

"And that's the end of my presentation, thank you." Ayana menarik nafas lega. Kurang satu beban pada kepalanya. Terasa seperti membuat pembentangan untuk mendapatkan markah carry mark pula.

"Well done, Miss Adra. Pembentangan dan penerangan awak amat mudah untuk saya fahami. This shows that you really understand the subject. I'm impressed." Lelaki itu menepuk tangannya.

Ayana sudah tersenyum lebar. Terasa kembang hidungnya apabila menerima pujian daripada lelaki itu. Tak sia-sia dia bersengkang mata untuk menyiapkan slide pada malam itu.

"You can close your slide, Adra. Saya nak buat short introduction tentang saya pula." Ayana hanya menurut walaupun dia sudah semakin pelik dengan lelaki itu.

Ayana pula yang duduk di barisan pertama kerusi manakala lelaki itu sudah membuka slide untuk di tunjukkan kepada Ayana. Terbuntang mata Ayana ketika itu.

"Good afternoon, my lady. Thank you for being here today. My name is Faris Syauqi Dato' Muhammad Fakhri, the owner of Blue Oasis Hotel." Lelaki itu tersenyum megah memandang ke arah Ayana yang sudah pucat mukanya. Ayana telan liur, terasa perit pula untuk ditelan.

Siapa je tak tahu Blue Oasis Hotel itu? Antara rangkaian hotel yang terkemuka di Malaysia. Setakat ini Blue Oasis Hotel sudah mempunyai tiga cawangan. Di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura. Desas-desus mengatakan cawangan keempat akan dibuka di Langkawi hujung tahun ini.

Dia langsung tak pernah sedar lelaki di hadapannya ini merupakan jutawan muda yang sering disebut-sebut orang. Wajahnya selalu menjadi misteri warganet kerana tak pernah sekali pun mukanya di sebarkan di internet. Dia tak pernah sangka yang dia akan berkenalan dengan lelaki ini.

Memikirkan tentang kali pertama mereka bersua muka pun, Ayana rasa hendak sorokkan mukanya. Sungguh tak manis sekali pertemuan pertama mereka!

"Encik Faris yang selalu menjadi misteri netlizen tu?" Tanya Ayana takut-takut. Risau melihat tatapan mata Faris itu. Faris hanya mengangguk.

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now