"NEW day, new me."
Ayana membelek pakaian dan penampilannya melalui cermin yang sama paras dengan ketinggiannya di dalam bilik. Dress corak bunga-bunga paras bawah lutut dan dipadankan dengan cardigan putih, kasut mary jane juga berwarna putih, solekan nipis dan rambut panjangnya yang dibiarkan lepas. Puas hati!
Dia keluar dari bilik lalu mencapai begnya yang berada di atas sofa. Telefon serta kunci kereta di masukkan sekali ke dalam beg. Sesekali jam tangan di tilik.
"Baru pukul 7.30. Kelas mula pukul sembilan pagi."
Dia membuat keputusan untuk bersarapan di kampus saja. Buka saja pintu lif di aras kediamannya itu, kaki terus melangkah masuk ke dalam dan dia tergamam.
Haruman yang berada di dalam lif itu membuatkan dia teringatkan seseorang. Versace Eros. Ya, haruman lelaki yang dia jumpa beberapa minggu lepas. Masih terngiang-ngiang dalam ingatannya kejadian pada hari itu. Terutama sekali wajah itu. Wajah yang tampan dan agak nakal. Naik merah mukanya setiap kali dia mengingatkan lelaki itu.
Sehingga kini, dia masih belum berjumpa dengan lelaki itu lagi. Dia juga sudah siapkan slide untuk pembentangan tentang subjek yang lelaki itu minta. Atas sebab apa dia buat pun dia tak pasti. Dia tak letakkan apa-apa harapan pun sebenarnya. Dia juga pasti itu mungkin pertemuan kali pertama dan terakhir mereka.
Ting!
Lif tiba di aras parking kediamannya. Starlake Residence. Sudah hampir setahun dia menetap di sini. Dekat dengan kampus juga. Dia tidak duduk dalam kawasan kampus kerana dia tak suka berkongsi ruang dan privasinya dengan orang lain. Jangan cakap dia sombong tapi kebanyakkan orang memang akan cakap begitu. Dia cuma pemalu dan pendiam tapi banyak mulut dengan seseorang yang dia rapat.
Tiba saja dia di kampus, dia meletakkan kereta di kawasan biasa. Kawasan tempat letak kereta di Basement 3 itu jarang di gunakan orang kerana banyak lagi tempat kosong yang berada di luar. Jadi, tak banyak kereta yang berada di tingkat itu.
Dia melangkah ke arah lif dan terus memboloskan diri ke dalam perut lif yang sudah terbuka pintunya itu. Sekali lagi, haruman yang sama dia hidu untuk kali kedua pagi itu. Setiap kali dia hidu wangian berjenama mahal itu, pasti wajah lelaki itu yang akan dia bayang. Sudah seperti orang angau saja.
Ting!
Pintu lif terbuka di aras Basement 1, Ayana terbungkam. Wajah yang selalu muncul dalam ingatannya kini muncul di hadapannya. Lelaki itu juga turut memandang ke arah Ayana, muka yang lebar dengan senyumannya.
Lelaki itu dengan selamba masuk ke dalam lif dan berdiri di hadapan Ayana yang sudah mengecilkan diri di belakangnya.
"Good morning, Miss Adra. Nice to see you again." Lelaki itu bersuara ceria. Ayana menelan liur. Lelaki itu masih ingat nama dia walaupun selepas beberapa minggu?
"Good morning." Balasnya ringkas.
"Where are you going? Breakfast?" Lelaki itu menyoal apabila dia melihat butang Ground Floor sudah di tekan. Kebanyakkan fasiliti yang berada di aras itu di sediakan untuk kesenangan para pelajar terutamanya kafe dan kedai serbaneka.
"Yes." Sepatah Ayana menjawab. Masih terkejut. Jantungnya tiba-tiba berdetak dengan laju. Adakah bau minyak wangi tadi itu petanda bahawa dia akan berjumpa dengan lelaki ini lagi?
"Tak nak keluar?" Suara garau itu menyentakkan lamunan Ayana. Cepat-cepat Ayana melangkah keluar selepas mengucapkan terima kasih. Dia menarik nafas lega. Rasa sesak berada di dalam lif itu walaupun hanya mereka berdua saja yang berada di dalam.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)
RomansaSejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta. "You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...
