BAB 24

1K 41 0
                                    

"PAPA, Ayana rasa lepas habis pantang nanti Ayana nak take over restoran dekat dengan hotel abang Faris tu." Ayana memulakan perbualan. Pagi ini Faris yang menghantarnya ke rumah orang tuanya kerana Faris terpaksa ke Singapura selama dua hari untuk menyelesaikan masalah di hotel cawangan sana.

"Ya? Baguslah kalau macam tu. Ringan sikit beban papa kalau kamu tolong." Tuan Yusuf senyum puas hati dengan keputusan anaknya. Dia tak pernah memaksa Ayana untuk mengambil alih syarikat atau restorannya, tapi kalau dah begitu keputusan anaknya, dia terima.

"Papa pergi kerja dululah. Kamu duduk rumah diam-diam. Jangan nak buat kerja rumah pula. Suami kamu marah nanti, papa tak nak tolong." Pesan Tuan Yusuf.

Ayana hanya senyum. Tangan Tuan Yusuf di salam dan dia menabik hormat pada papa nya itu.

"Ayana akan menurut perintah!" Pipinya terus di cubit manja oleh Tuan Yusuf. Geli hati dengan perangai Ayana yang kadang-kadang seperti budak kecil.

"Kalau ada apa-apa, call papa, okay princess?"

"Baik, pa."

Ayana melambai ke arah kereta Tuan Yusuf yang semakin menghilang dari pandangannya itu. Dia terus mengunci pagar dan masuk ke dalam rumah. Sejenak dia merenung sekeliling ruang tamu itu. Dia mengeluh. Bosan kerana Puan Juita tiada di rumah. Puan Juita awal pagi lagi sudah keluar untuk mengikut kawannya berzumba. Geng mak-mak amalkan gaya hidup sihat katanya. Dia berdecit.

Perutnya diusap. Kandungannya sudah masuk lima bulan. Lagi galaklah suaminya tidak mengizinkan dia untuk buat kerja rumah dan keluar berjalan. Lagi-lagi selepas insiden yang menimpa dia bersama Nadhir hari itu. Dia pun tak rasa hendak keluar kecuali kalau di ajak oleh Puan Juita, Datin Sophia atau iparnya.

"Baby, mummy ingat nak buat egg tart lah. Baby nak? Kalau nak, jom kita buat!" Ujar Ayana dengan riang.



AYANA merasakan hidungnya di cuit, terasa tidurnya di ganggu. Cepat-cepat dia membuka mata. Melihatkan panahan mata yang cukup dia kenali itu buatkan dia berasa lega.

"Abang." Ayana memegang wajah Faris, ingin memastikan dia tidak bermimpi.

"Kenapa tidur atas sofa ni sayang?" Soal Faris. Sampai saja di rumah tadi, Puan Juita yang membukakan pintu. Bila di tanya mama mertuanya itu sejak bila Ayana tidur, Puan Juita kata selepas isterinya itu tamat berperang di dapur.

"Tadi lepas buat egg tart, Ayana tertidur. Kenapa abang dekat sini? Bukan abang kena outstation ke?" Terkebil-kebil Ayana melihat Faris yang sudah melonggarkan tali lehernya. Nampak menggoda pula suaminya itu. Rawr!

"Last minute cancellation. Dia orang hantar wakil dari sana untuk datang ke sini. Nasib baik abang tak sampai KLIA lagi." Faris mengeluh. Mujur jadualnya kosong selepas pukul tiga jadi dia membuat keputusan untuk pulang saja ke rumah selepas selesai bermesyuarat tadi.

"Oh ya! Tadi abang terserempak dengan Nadim. Dia kirimkan salam untuk sayang." Ayana tersenyum kecil. Teringat pula akan seraut wajah Nadhir yang comel itu.

"Adra kagum dengan Nadim." Ujar Ayana.

"Kenapa?" Faris mengusap kepala isterinya.

"Walaupun Nadhir tu bukan darah daging dia, tapi dia jaga dan anggap Nadhir tu macam anak dia sendiri."

"Dia ikhlas, sweety. Dari hari dia bernikah dengan arwah Hera, dia ikhlas untuk terima Nadhir dalam hidup dia. Dia ikhlas menjaga dan berikan kasih sayang yang secukupnya pada Nadhir." Tangan Faris mengusap perut Ayana. Tak sabar rasanya ingin berjumpa dengan si comel ini.

"Tak lama lagi, kita pula akan jaga anak kita." Ayana menguntum senyum. Mereka tidak tahu apa jantina anak mereka, katanya ingin buat kejutan.

"Dah fikir nama anak?" Soal Puan Juita. Kebetulan dia muncul dari dapur dan terdengar perbualan anak dan menantunya itu.

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now