Chapter 1

245 12 0
                                    

"Delisha Medina!"

"Kau ni kan penat aku cari, aku duk pusing satu sekolah kat sini kau rupanya" Aku hanya mendengar suara itu namun mata tetap memandang kearah buku. Dan ya, itu Aina Shahida satu-satunya kawan dan merangkap sahabat aku.

"Eh makcik ni! aku cakap dengan kau ni kan, janganlah ignore aku ishh" Aina mendengus kasar sambil memeluk tubuh.

Aku pandang ke arah Aina sambil berkata "Ye Aina yang cantik! kau nak apa ni? kau tau kan aku tengah membaca ni"

Aina memandang ke arah ku semula. "kejaplah aku ada berita menarik yang kau kena tahu"

"Kau nak cerita apa cepatlah aku nak sambung membaca ni"  Aku memandang bosan ke arahnya.

"Kau ni tak habis-habis dengan novel kau tu kan, taulah hero-hero dalam novel tu limited edition." Nadanya kedengaran merajuk lalu.

Aku menghela nafas panjang. "Yelah, dah cepat kau nak cakap apa aku dengar." Sambil memandang pasrah ke arahnya.

"Kau tau tak?." Tanya Aina.

"Tak." Jawabku pantas.

"Ish kejap lah aku nak cerita lah ni, sekarang ni kecoh satu sekolah kata ada pelajar baru, kacak nak matii, tapi tulah dengar kata lelaki tu jenis tak suka campur dengan orang lain, senang kata jenis intovert". Sambung Aina lagi.

"Ohhhhh...." jawabku tak berminat.

"Ishhh tak seronok lah cakap dengan kau ni." Aina memeluk tubuhnya kembali.

"Aihh.. kau tau sendiri kan aku macam mana, aku bukannya kisah sangat dengan semua benda tu, biar je lah dia tu." Terang ku lagi.

Aina menjeling ke arah ku. "Betul lah orang kata yang hidup kau ni memang membosankan, kalau tak novel, belajar itu je lahh hidup kau cubalah sesuatu yang baru lagi baru fun sikit."

Aku membiarkan sahaja apa yang dikatakan oleh Aina, kerana memang benar apa yang dikatakan olehnya. Lagipun dalam hubungan persahabatan antara aku dan Aina adalah terbuka, dimana tidak ada rahsia antara kami dan harus jujur sekiranya ada yang salah ataupun tidak kena dihati.

"Apa-apalah Na, aku malas lah nak fikir semua benda tu. Kau pun tau kan cita-cita aku apa, so start dari sekarang jugalah aku kena belajar rajin-rajin dan kena banyak membaca juga supaya bertambah pengetahuan aku dalam penulisan novel." Ujar ku lagi.

Aina memandang ke arah aku dengan rasa bersalah lalu memeluk ku dari sisi. "Sorry Sha, aku takda niat pun nak buat kau terasa hati atau apa ke, aku doakan cita-cita kau nak jadi seorang penulis novel tu akan tercapai, aku sayang kau tau."

Aku membalas pelukan Aina. "Takde apalah, aku tak terasa sikit pun dan apa yang kau cakap tu betul juga takda yang salah, You know me very well right."

Aina melihat aku dengan kedipan mata cuba memujuk dan aku tau, pasti ada sesuatu yang dia inginkan.

"Dah kenap kau tengok aku macam tu?." Tanyaku kepada Aina.

"Petang ni kan kelas tambahan kita cancel so jom cuci-cuci mata kat mall."  Ajak Aina.

"Aku malas lah Na, kira tu balik je sekolah aku terus nak balik rumah." Tolak ku perlahan.

"Alah Sha, pleaselah teman aku keluar kau dah lama tak teman aku keluar". Pujuk Aina.

Aku menghela nafas "Yelahh kita pergi petang ni tapi janji eh jangan balik lewat sangat, kang dua ekor hulk kat rumah tu marah habis aku." Jawab ku penuh peringatan.

"Ye, ye aku janji tak lama mana pun, paling lewat pun sebelum maghrib kita balik okay?". Jawab Aina dengan gembira.

"Ialah Na, bahagia tu jangan bagi nampak sangat bukan kau menang loteri pun." Aku menegur Aina.

"Eh, mestilah aku happy kawan baik aku ni nak keluar dengan aku, kalau tak memang terperap je dia dekat library tu." Aina menyindir aku.

Aku membuat muka tanpa perasaan memandang Aina. "Dah lah jom gerak! Kang aku layan kau lebih, makin melalut lah jawabnya dan sampai ke sudah kita tak keluar."

Aina memandang tidur puas hati ke arah ku. Namun aku biarkan sahaja pandangan itu.

Untuk makluman,

Hulk yang dimaksudkan oleh ku, adalah abang-abang ku yang di kenali sebagai along dengan angah. Along atau nama sebenarnya Darwish Mikael seorang sosok abang yang tegas terhadap adik-adiknya, namun terlalu sayang akan adik-adiknya.

Angah pula, ataupun nama sebenar Danish Malik seorang yang masuk air dan boleh dibawa bincang, terutama kenakan along. Kedengaran jahatkan tapi tak pun hehehe.

Kedua-kedua abang ku tersangatlah protactive apabila melibatkan diri aku atau umi. Yelah, dah aku dengan umi je princess dan queen yang dorang ada sekarang. Nanti dorang dah kawin ada teman lah aku dengan umi. Tapi bukan kouta nak kawin lagi eh, hempuk karang.

Along walaupun kelihatan tegas, perasaan sayangnya di perlihatkan melalui perbuatan. Manakala angah pula, menunjukkan dari segi perkataan.

Kedua-dua abangnya memiliki rupa paras yang tampan, dengan sosok tubuh yang  kekar rajin pergi gym tu dek hehehe, dan tubuh badan yang tinggi.

So no wonder lah Delisha turut mempunyai rupa paras yang cantik. Dah abang-abang dia pun helok, ye idok. Maaflah kalau terpanjang sangat nak explain pasal dua hulk tu.

Bukan main eh Delisha di HULK kannya abang-abang dia yang hamsem kat rumah tu. Nak satu boleh HAHAHAHAHA.

Don't forget Vote and Comment
Thank you! ❤️

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now