Chapter 27

66 6 0
                                    

"Hei Delisha!" Panggil suara itu

Delisha dan Aina memandang pelik ke arah Dania diikuti kawan sekutunya yang sentiasa ada di belakangnya

"Ya saya? Ada apa-apa urusan ke nak jumpa saya?" Soal Delisha dengan wajah yang cuba di maniskan

"Kau tak payah nak pura-pura baiklah. Kau ni memang jenis yang tak faham bahasa eh. Bukan aku dah warning kau jangan dekat atau bercakap dengan Edward lagi kan?" Ujar Dania dengan muka garangnya

Delisha ketawa kecil mendengar kata-kata Dania begitu juga Aina. Geng kan kenalah connect

"Maaf ye cik Dania. Tapi setahu saya Edrian tu bukan pakwe sesiapa apatah lagi suami orang so tak salah kan kalau nak cakap dengan dia. Lagipun cikgu dah pilih saya dengan dia untuk bantu cikgu. Siapa kita nak halang kan?" Ujar Delisha lantang

Dania menggengam erat penumbuknya geram dengan sikap Delisha yang berani menjawabnya

"Ehh aku tak kisah lah semua tu. Yang aku tau, ni last warning eh sekali lagi kau dekat dengan Ed siap kau!" Ugut Dania

"Let's go girls!" Dania berlalu pergi dari khemah Delisha diikuti rakan-rakannya

"Ishh minah ni perasan je lebih. Macam lah Ed tu suka dia sangat!" Ucap Aina menahan geram

"Dah lah Na, takyah nak layan sangat orang macam tu"

"Tapi kan Sha, cayalah jawapan kau. Deep siot. Biar padan muka dia yang perasan tu"

Delisha hanya ketawa sahaja mendengar ucapan Aina

"Dah jom masuk rehat. Aku penat sangat dah ni" Ujar Delisha menarik tangan Aina masuk kedalam khemah mereka

Pov Edward

Edward berada di luar khemahnya sambil melihat ke arah langit yang dipenuhi bintang-bintang dan bulan yang menambah keindahan pada malam itu

Edward hanya duduk berseorangan di temani bunyi cengkerik dan bunyi hutan. Indah sungguh kedengaran. Suara alam katakan

"Ibu... Ayah... Ed rindu.." Ucap Edward perlahan sambil memandang ke arah langit

"Ed kat sini sihat je. Cuma tu lah.. kadang-kadang Ed tak boleh nak tipu yang Ed rindu ayah dengan ibu. Kan best kalau ibu dengan ayah masih ada.."

"Ed janji yang Ed akan belajar rajin-rajin dan dapat kerja bagus supaya ayah dengan ibu bangga dengan Ed. Doakan Ed berjaya ye" Ucap Ed lirih seolah-olah ayah dan ibunya mendengar apa yang ia ucapkan

Sedih yang susah digambarkan apabila menanggung rindu kepada yang sudah tiada

"Ed" Sapa Aiman dari belakang

"Kau okay tak ni?" Soal Aiman bernada risau

"Aku okay"

"Kau tak nak masuk rehat lagi ke? Dah lewat malam dah ni?" Tanya Aiman prihatin

"Nak masuklah ni"

Ed bangun dari tempat duduknya dan melangkah masuk ke arah khemah mereka diikuti Aiman di belakangnya.

Ketika masuk ke dalam khemah, Aiman dan rakan-rakan Ed yang lain telah masuk ke dalam mimpi namun mata Ed tetap berasa segar.

Dia berasa susah untuk melelapkan matanya. Dia teringat detik-detiknya berasa Delisha ketika di dalam hutan tadi. Edward tidak dapat menahan senyumnya apabila teringat tingkah Delisha yang takut apabila Edward ingin meninggalkannya untuk mencari jalan keluar

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now