Lelaki tersebut meletakkan pinggan dan cawannya ke atas meja Aina dan Delisha dengan selamba.
Delisha mengerut kening melihat ke arah lelaki itu. Dia cuba mengingat kembali siapa lelaki itu, seperti wajah yang pernah ia lihat sebelum ini. Namun dia tidak dapat mengingati di mana dia melihat wajah itu.
"Maaf ye encik, banyak lagi kan meja kosong dekat sini, kenapa encik nak duduk kat sini juga ye?" Soal Delisha hairan.
Aina pula terkedu mendengar kata-kata Delisha. Dia tidak percaya yang Delisha berani berkata seperti itu.
Rayyan turun berhenti makan. Dia tidak sangka untuk kedua kalinya Delisha berkata seperti itu lagi.
Dia kira setelah duduk semeja dengan Delisha tempoh hari dengan keadaan Delisha yang hanya berdiam diri setelah dia perkenalkan dirinya, Delisha tidak kisah dia duduk semeja dengannya.
Rupa-rupanya terjadi sebaliknya pula. Namun dia tidak kisah kerana dia ada misi lain yang lagi penting dia ingin laksanakan.
Dia sambung makan semula dan hanya membuat tidak tahu sahaja dengan kata-kata Delisha. Sungguh muka tembok.
Aina menarik kasar Delisha untuk duduk semula ke kerusinya. "Sha kenapa kau cakap macam tu? Tak baiklah cakap macam tu! Lagipun kau tak kenal ke siapa dia tu?" Bisik Aina perlahan.
"Entah! Mana lah aku tau siapa dia! dan aku tak kisah pun siapa dia tu!" Jawab Delisha kuat menjeling ke arah lelaki itu, tanpa memikirkan perasaan lelaki tersebut.
Aina menepuk dahinya kuat. 'Kenapalah aku jumpa kawan macam ni!' Tutur Aina di dalam hati.
"Ishh itu Rayyan Iman lah Sha! Pelajar baru kat sekolah ni! Dia tu boleh dikatakan sama macam Edward tu banyak peminat!" Terang Aina lagi.
"Ishhh aku tak kisah pun siapa dia tu Na, yang aku tahu dia boleh je kan duduk dekat meja lain tapi bukan dekat meja kita!" Ujar Delisha lagi.
Mati kata Aina dibuatnya. Ini lah jadinya bila Delisha di penuhi rasa marah. Orang sekelilingnya yang akan menjadi mangsa amarahnya.
Aina menutup muka menahan malu dengan pelajar yang lain mula berbisik-bisik ke arah mereka.
Tidak ketinggalan juga pandangan Edward dan tiga orang perempuan tersebut.
Setelah hampir selesai makan, Rayyan mula bangun dari kerusinya dan berlalu pergi dari meja Delisha dan Aina tanpa menghabiskan makananya.
"Kau tengok Sha apa kau dah buat! Sha please kawal marah kau tu! Janganlah nak buat kecoh kat sini! Dia just nak tumpang duduk je kan! Janganlah nak marah sangat" Aina cuba memujuk Delisha.
Sebenarnya Delisha tidak lah suka marah orang sesuka hati, namun setelah melihat ke arah Edward dan 3 orang perempuan tadi, hatinya seperti disiram minyak panas. Dia seolah-olah tidak suka dengan apa yang dilihatnya.
"Sorry Na, aku teremosi pula tadi" Delisha mula menurunkan suaranya.
"Takpe aku faham, tapi kau pun kenalah minta maaf juga dekat Rayyan tu, dia tak buat salah apa pun dekat kau, tapi kau marah-marah dia" Nasihat Aina lagi.
"Hermm yelahh nanti aku minta maaf dekat dia" Ujar Delisha mula rasa bersalah.
"Dahlah sambung makan, lepas ni kita masuk kelas, dah nak habis waktu rehat dah ni" Ujar Aina.
"Okay" Jawab Delisha pendek.
Dari sisi depan meja Delisha dan Aina ada satu pandangan yang sukar untuk di ketahui makna pandangan itu.
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...