Chapter 8

97 9 0
                                    

Pagi itu kelas kami dimulai dengan subjek Bahasa Melayu, dan pastinya cikgu akan memungut segala kerja-kerja yang cikgu minta sebelum ini. Aina mengeluarkan buku yang perlu dihantar.

Aku mencari buku yang sama yang perlu aku hantar. Namun aku gagal menjumpainya. "Aduh! mana pula buku tu pergi?. Ujar ku perlahan. Aku menyelongkar kembali beg ku untuk lebih memastikannya.

Aina melihat ke pelik ke arah ku. "Kau dah kenapa Sha?" Soal Aina.

"Aku lupa bawa, lah Na buku yang cikgu minta tu" Ujar Delisha resah.

"Ya Allah Sha, macam mana kau boleh lupa? Dahlah kau tau sendiri cikgu Ayu tu macam mana. Nama je Ayu tapi tegas tau tak?" Aina turut berasa risau.

"Yang aku ingat, aku dah letak dalam beg semalam, tapi takde pula pagi ni. Aduh mana lah buku tu, ni mesti tinggal kat atas meja bilik aku". Duga Delisha.

"Habis tu macam sekarang? Aku risau cikgu halau kau keluar kang" Ujar Aina risau.

"Nak tak nak aku kena mengaku je lah" Ujar Delisha pasrah.

"Okay hantar semua buku yang cikgu minta" Ujar cikgu Ayu.

"Kenapa buku ni ada 27 orang je? Mana satu orang lain? Siapa tak hantar lagi sila angkat tangan" Soal cikgu Ayu bernada tegas.

Aku dengan riak takut dan teragak-agak meengangkat tangan. "Saya cikgu" Ujar ku perlahan.

"Kamu Delisha! Kenapa tak hantar kerja yang cikgu minta? Susah sangat ke kerja yang cikgu minta?" Soal cikgu Ayu lagi.

"Maaf cikgu, buku saya tertinggal dekat rumah" Aku menjawab sambil menunduk.

"Lain kali cikgu tak nak dengar alasan tinggal kat rumah atau apa pun! sekarang keluar dari kelas cikgu sampai habis kelas! Faham?" Marah cikgu Ayu.

"Faham cikgu" Ujar ku perlahan.

Aku menunduk keluar daripada kelas. Semua rakan kelas ku memandang ke arah aku. Ada yang turut simpati, ada juga yang melihat jengkel ke arah ku. Aina lah paling simpati melihat aku. Tapi nak buat macam mana dah salah aku sendiri kan.

Aku keluar dari kelas menuju ke arah belakang sekolah dengan langkah lemah. Terdapat pondok-pondok kecil boleh menempatkan pelajar. Aku meletakkan muka di atas meja dengan wajah kesal terhdapat diri sendiri.

"Macam mana lah kau boleh lupa bawa buku tu Sha?" Gumam Delisah Perlahan.

Ketika aku mencuba memejam kan mata aku merasa ada orang lain berdiri di tempat duduk hadapan aku. Aku mendongak melihat orang tersebut. Aku terkejut melihat Edrian berada di depan ku.

"Eh Rian awak buat apa dekat sini?" Tanya ku hairan.

Edward berdeham perlahan mendengar panggilan Delisha kepadanya kerana tiada siapa memanggilnya dengan panggilan tersebut.

"Aku ponteng kelas" Jawabnya jujur.

"Eh kenapa awak ponteng? Tak baiklah ponteng kelas. Awak spm kan tahun ni?" Tegur ku perlahan.

Dia melihat ke arah ku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsir. Aku turut melihat ke arahnya. Aku terpana untuk kesekian kalinya melihat padangannya ke arah ku, dengan mata hazelnya yang terkena pancaran matahari melemahkan hati aku. 

Aku dengan Edrian berdehem seketika setelah perasan pandangan antara kami.

"Hermm.. Kau tu kenapa ada kat sini? Bukan sekarang waktu belajar ke?" Soal Edward untuk menghilangkan rasa kekok antara mereka.

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now