"And..done!" Ujar Delisha setelah selesai mengemas barang-barang mereka
"Sayang...semua barang dah siap kemas dah? Takde yang tinggal ?" Soal Edrward ketika memasuki bilik mereka
"Dah abang"
"Ermmm kalau macam tu kita gerak sekaranglah ye?" Ujar Edward
"Okay abang"
Edward mula mengangkat barang-barang mereka ke bawah. Delisha pula tinggal tunggu barang mereka siap di angkat then tinggal jalan jelah. Seronok eh jadi Delisha tak payah susah-susah. Biasalah suami sayang sangat.
Selesai saja Edward memasukkan barang-barang mereka ke dalam kereta, mereka pamit kepada keluarga Delisha
"Umi...abah kitaorang gerak dulu eh. Nishh" Pamit Edward lalu menyalam tangan umi dan abah diikuti Danish
"Yee hati-hati ye Ed" Pesan abah
"Hati-hati Ed lepas ni kau jaga baby monster asyik gigit orang je kerja" Bisik Danish perlahan namun masih sampai di pendengaran Delisha
"Ishhh umi..tengok angah tu" Cemberut wajah Delisha
Mereka hanya tergelak melihat telatah dua beradik itu. Tak sah si abang nak menyakat si adik. Lepas ni umi, abah jaranglah nampak dua kucing tu bercakaran. Sorang dah ada suami, sorang lagi single huhuhu
"Umi...abah adik pergi dulu ye. Umi abah jangan lupakan adik tau. Adik dengan along je anak kesayangan abah dengan umi tau. Sorang tu tak. Kan umi ?" Ucap Delisha dengan wajah sedihnya namun masih terselit niat menyakat angahnya
"Eleh..macam je nak pergi jauh sangat. Hujung minggu nanti adalah yang bertengek kat sini nanti" Balas Danish berpeluk tubuh sambil menjeling ke arah Delisha
"Umi....." Rengek Delisha sambil memeluk umi Kalsom
"Ehh dah lah tu. Angah ni pun tak habis-habis nak sakat adik kan? Dah pergilah penat Ed tunggu tu" Ujar umi
"Ermm umi halau adik ke? Sampai hati umi" Rajuk Delisha saja nak bermanja dengan umi sebelum melangkah ke rumah sendiri nanti
"Sayang.." Seru Edward
"Haa tu dik Ed dah panggil tu. Ni ingat pesan umi, jadi isteri yang baik untuk Ed. Semua kerja rumah tu buat jangan nak harap Ed je. Yang paling penting dengar cakap Ed tu jangan asyik nak menang je" Pesan umi
"Ermm baik umi" Angguk Delisha dengan wajah sedihnya
Yelah lepas ni tinggal berdua dengan Edward je. Takde dah nak kacau umi hari-hari. Tapi takpe lepas ni kita kacau 'suami' kita pula. Hehehehe
Delisha menyalam dan memeluk uminya begitu juga dengan abahnya. Terakhir sekali angahnya
"Adik jadi diri tau. Ada apa-apa bagitau umi abah. Kitaorang akan tetap ada untuk adik macam sebelumnya. Jadi isteri yang soleh ye. Abah sayang anak abah ni" Pesan abah lirih sambil memeluk Delisha
"Huarghh abah janganlah cakap macam tu. Sedih adik. Terima kasih abah sentiasa menjadi sosok pertama pelindung bagi adik. Adik janji adik akan jadi isteri yang baik untuk abang Ed, dan jadi anak yang baik untuk abah umi" Balas Delisha dengan air mata yang bercucuran
"Dah-dah janganlah sedih-sedih" Pujuk abah sambil mengelap air mata Delisha
"Ed.."Seru abah
"Ye bah?"
"Jaga anak abah baik-baik ye. Ingat pesan abah sebelum ni. Jaga dan sayang anak abah ye Ed. Dia je satu-satunya anak perempuan yang abah ada" Pesan abah lagi
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...