|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee|
Delisha Medina❕
Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...
"Tan Sri, seperti yang Tan Sri minta, ini adalah maklumat terbaharu mengenai Tuan Muda Edward" Ujar orang suruhan lelaki tua tersebut.
"Hermm bagus, nanti full payment aku transfer" Jawab lelaki tua itu.
Lelaki tua itu, bangun dari kerusinya sambil membetulkan coat yang dipakainya. Walaupun wajah telah di mamah usia, karisma yang dibawanya tetap tidak luntur.
Lelaki tua itu, keluar dari restoran mewah tersebut diikuti oleh dua orang bodyguard di belakangnya.
"Aku nak korang pastikan sentiasa follow kemana pun cucu aku pergi! Kalau aku tahu ada luka sikit pun dekat dia korang yang aku cari!" Ucap tegas lelaki tua itu.
Orang suruhannya mengganguk faham arahan tuan mereka.
"Tan Sri nak saya hantar office semula atau nak saya hantar terus ke rumah?" Tanya Pak Man driver lelaki tua itu.
"Terus balik rumah lah, aku nak rehat" Jawab lelaki tua itu.
"Baik Tan Sri" Pak Man mengangguk faham. Mereka meneruskan perjalanan.
Lelaki tua itu memejamkan mata sambil memikirkan cara agar dapat memujuk cucunya tinggal bersamanya. Usianya juga semakin bertambah dan dia tidak pasti sampai bila dia mampu hidup di muka bumi ini.
Justeru itu, dia harus memastikan cucunya tinggal bersamanya kerana tinggal itu sahaja satu-satunya cucu yang dia ada. Pewaris keseluruhan hartanya dan penerus generasinya.
Dan lelaki tua tersebut merupakan datuk kepada Edward Lee. Atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Hisham Lee bin Ahmad Lee. Hambekk semua hujungnya ada Lee ye.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Awak kejap lah! Ada benda yang saya nak bagitahu ni!" Delisha mengejar langkah besar Edward.