Delisha terbangun dari tidurnya apabila alarm berbunyi menandakan sudah masuk waktu solat subuh. Delisha cuba bangun namun ada sesuatu yang berat menghempap di pinggangnya
"Apa benda ni?" Ujar Delisha mamai
Delisha menoleh ke sebelah kirinya dan dia hampir menjerit apabila melihat ada sosok tubuh lain berada di sebelahnya. Tambahan lagi kedudukannya dengan Edward yang dekat dan padat ehh ehhhh
"Ya Allah macam mana aku boleh lupa yang aku dah khawin"
Delisha menepuk dahinya kerana terlupa yang dia sudah selamat menjadi isteri kepada Edrian Edward Lee. Dia membaringkan dirinya semula dan memandang tepat ke arah Edward
"Tidur pun hansem, apatah lagi dah bangun. Hihihi" Puji Delisha perlahan sambil tersengih suka melihat Edward
"Taulah aku aku hansem sangat, tapi janganlah tengok macam nak makan aku" Tutur Edward dengan suara serak basahnya dengan mata yang masih terpejam
Delisha menelan payah liurnya
"Arrr mana ada saya tengok awak. Sa..saya tengok tu ha cicik kat dinding tu"
Edward hanya tergelak mendengar balasan daripada Delisha
"Awakkk saya nak bangun, kejap lagi waktu subuh nak habis dah" Delisha menepuk perlahan tangan Edward yang masih statik memeluk pinggangnya
"Kejaplahh, ten minutes please" Ujar Edward dengan mata yang masih terpejam
Delisha terpaksa pasrah dan memberi ruang untuk Edward tidur sebentar lagi. Namun setelah lima belas minit berlalu tiada tanda-tanda dari Edward untuk bangun. Delisha kurang selesa dengan kedudukan mereka ketika itu
"Awakkk, dah lima belas minit berlalu. Bangun solat jom" Delisha cuba membangunkan Edward lagi
"Ermmm, kau pergilah mandi dulu nanti kejut aku bila kau dah habis" Edward melepaskan pelukannya dari pinggang Delisha
"Okay"
Delisha mengangguk faham dan bangkit dari katilnya menuju ke bilik mandi. Edward pula meneruskan mimpi indahnya sementara menunggu Delisha selesai mandi
Pagi itu, untuk pertama kalinya Delisha diimamkan oleh suaminya sendiri. Terasa berbunga-bunga hatinya.
Selesai sahaja mereka menunaikan solat, Edward menoleh ke arah Delisha dan menghulurkan tangannya. Delisha menyambut tangan Edward dan menyalam tangan tersebut dengan perasaan sayu dibalas kucupan lembut di dahi Delisha. Selepas ini, pasti tanggungjawabnya lebih besar setelah menjadi seorang isteri
"Awak..terima kasih tau terima saya menjadi isteri awak. Saya minta maaf kalau saya tak boleh jadi isteri yang sempurna untuk awak. Tapi saya janji yang saya akan cuba jadi isteri yang terbaikkk untuk awak" Ucap Delisha penuh syahdu memandang tepat ke mata Edward
Edward membalas pandangan Delisha dengan pegangan tangan yang masih belum dilepaskan
"Aku yang sepatutnya kena ucap terima kasih dekat kau, sebab kau masih nak terima aku walaupun aku dah sakitkan hati kau lapan tahun lepas" Jeda Edward menarik panjang nafasnya
"Ishaaa aku betul-betul nak minta maaf dekat kau dengan apa yang jadi lapan tahun lepas. Aku tau aku tak patut buat macam tu dekat kau dan aku juga tau yang aku bodoh sangat-sangat buat kau macam tu. Maafkan aku please.." Sambung Edward lirih dengan pandangan redup ke arah Delisha
Delisha memberi senyuman manis ke arah Edward
"Awak...saya dah lama maafkan awak. Tipulah saya cakap kalau saya tak terasa atau marah dengan awak. Tapi kita pun tak boleh nak balik ke masa lalu dan saya pun dah tak nak ingat dah apa yang jadi dulu. So saya pun tak nak awak ingat dah. Kita bina hidup kita semula ye?" Balas Delisha dengan senyuman manisnya
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...