"Adik...turun cepat. Ed dah dah sampai ni" Seru along dari bawah
Delisha melihat penampilan terakhirnya di depan cerminnya sebelum bergerak turun ke bawah. Delisha menuruni tangga dengan berhati-hati disebabkan panjang gaun nya yang melebihi buku lalinya. Nak feeling feeling macam princess gitu.
Malam itu Medina mengenakan gaun berwarna navy blue diikuti sulaman bunga-bunga kecil yang menghiasi gaun tersebut. Ditambah lagi dengan solekan tipisnya menambah seri di wajahnya. Nampak simple tapi nice dan kelihatan elegant
Ketika sampai di bawah, Delisha melihat alongnya sedang berbual dengan Edward. Setelah sedar akan kehadirannya, pandangan along dan Edward tertuju ke arahnya. Apatah lagi pandangan Edward yang tajam merenung ke arahnya.
"Wowww.. cantiknya adik along" Puji Darwish apabila melihat Delisha
Tertunduk malu Delisha dengan pujian alongnya ditambah lagi dengan mata Edward yang tunak memandangnya
"Ni Ed nanti tolong jagakan adik aku ye" Pesan along kepada Edward
Namun Edward tidak membalas ucapan along namun masih terdiam memandang ke arah Delisha.
"Erhmmmm...kau dengar aku cakap ke ni Ed? Taulah adik aku cantik sangat tapi janganlah pandang lama sangat. Belum halal lagi" Tegur along dengan guruan apabila melihat tiada respon daripada Edward
"Ouhhh hermmmm.. Haaa ye jangan risau aku akan jaga adik kau sepenuh hati aku" Balas Edward acah cool setelah sedar akan pesanan along Delisha
Bertambah berbahang Delisha mendengar balasan daripada Edaward
"Haa long kitaorang pergi dulu eh" Pamit Delisha setelah melihat Edward yang turut malu apabila ditegur oleh along
"Haa yelah.. ni hati-hati yee. Ed, ingat pesan aku tadi" Pesan along lagi
"In sha Allah" Balas Edward ringkas
Mereka menuju ke arah kereta Edward. Edward membuka pintu sebelah penumpang buat Delisha
"Thanks awak" Ucap Delisha dengan senyuman memandang ke arah Edward
"My pleasure princess" Balas Edward dengan kenyitan mata
Delisha tidak mampu lagi menahan senyuman lebarnya mendengar jawapan daripada Edward. Yelah sebelum ni Edward biasa memanggilnya 'Sweetheart' tapi hari ni 'princess' pula. Rasa nak pengsan..Tolong!
Kenderaan pancuan empat roda Edward mula membelahi jalan dan sepanjang perjalanan mereka tiada satu suara pun keluar daripada mereka. Namun Delisha perasan dengan pandangan Edward yang sekejap-sekejap menoleh ke arahnya
"You know what?" Soal Edward memecahkan kesunyian antara mereka
"What?" Soal Delisha semula dengan mengangkat sebelah keningnya
"You look beautiful and stuning sweetheart" Balas Edward dengan seksanya eh seksinya ditambah lagi senyuman termanisnya ke arah Delisha
Berdegup laju jantung Delisha mendengar pujian daripada Edward itu
"Errhmmm" Dehem Delisha dengan senyuman yang ditahan
Ketawa kecil Edward melihat respon daripada Delisha. Malu lah tu. Edward ni pun, mesti lah Isha malu kalau author pun malu kalau crush yang puji
"Sweetheart saya malu eh?" Tanya Edward dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya
Delisha tidak lagi dapat menahan perasaan malunya lalu menekup mukanya daripada terus ditenung oleh Edward
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...