"Adikkk! Bangunlah cepat, adik dah lambat tau tak." Kejut umi kalsom iaitu umi kepada Delisha Medina.
"Adik dengar tak umi cakap ni! Ya Allah budak ni." Jerit umi.
"Hermmm ye umi adik dengar." Jawab Delisha mamai dengan mata yang masih terpejam.
"Angah dah tunggu kat bawah dah tu. Cepat lah bangun." ujar umi lagi.
"Kejaplah umi, lima minit lagi please." Jawab Delisha lagi.
"Takde lima-lima minit, adik dah lambat dah ni, bukan adik ada amali ke hari ni." Tanya umi. Aku hanya diam dan menghadam apa yang umi katakan.
Setelah tersedar, aku tergopoh-gapah menuruni katil dan berlari ke arah bilik mandi. "Ya Allah umi! kenapa tak kejutkan adik tadi lagi, habislah adik!, dah lah subjek tu masa pertama."
Setelah siap, aku berlari laju menuruni tangga, lalu melihat angah menunggu ku di ruang tamu. "Eh, tuan puteri awal bangun! Tak nak sambung tido lagi ke, awal lagi ni." Perli angah.
"Ish! orang bukan sengaja pun nak bangun lewat, dah cepatlah ngah adik dah lambat ni." Kata ku dengan muka masam.
"Yelah dik, nasib baik aku sayang kau, kalau tak aku tinggal je kau kat sini." Kata angah pasrah dengan sikapku.
"Umi.. adik dengan angah nak pergi dah ni, nak salam." Aku menghulur tangan diikuti angah.
"Ye, hati-hati jalan tu ngah, bawa kereta tu elok-elok." Nasihat umi.
"Okay umi! kita orang pergi dulu ye, assalamualikum.." Jawab angah, dan umi menjawab salam tersebut.
Setelah tiba di depan pagar sekolah, aku membuka tali pinggang keledar dengan pantas. "Perlahan-lahan lah dik oii, rosak tali pinggang tu kang." Aku hanya tersengih melihat angah.
"Terima kasih tau ngah hantar adik hari ni, Sorry juga buat angah lambat." Sambil tersengih aku melihat ke arah angah, dengan riak bersalah dan tak bersalah. Lima puluh lima puluh ye. Huhuhu.
"Ye sama-sama dik dan angah maafkan, dah cepatlah masuk kejap lagi kelas nak mula kan." Jawab angah.
Aku mengganguk laju lalu menyalam tangan angah. Walaupun lambat, attitude kena nomber satu ye kawan-kawan.
Keluar sahaja dari kereta angah, aku berlari dengan pantas menuju ke kelas sehingga tanpa sedar aku terlanggar seseorang.
"Aduh sakitnya! Eh maaf ye awak saya tak sengaja nak cepat sangat kan, sampai tak perasan awak lalu tadi." Ujar ku dengan nada bersalah. Aku turut memohon maaf dengan menundukkan kepala tanpa melihat ke arah wajah tersebut.
Aku menunggu respon atau jawaban daripada orang tersebut, namun ketika aku mendongak melihat ke arahnya, aku melihat dia berlalu pergi tanpa sempat berkata apa-apa. Namun aku sempat mendengar dia mendengus kuat.
"Eleh, kerek je lebih kira baik lah orang ngaku salah dan minta maaf, kalau tak aku biar je tadi." Aku beriak kesal, lalu tersedar bahawa aku sudah benar-benar lambat masuk ke kelas. Aku menyambung larian ku dan membiarkan pergi apa yang telah berlaku sebentar tadi.
Waktu rehat,
"Isha, lewat kau datang hari ni, selalunya kau terpaling awal terpacak dalam kelas ni, ke kau overdose baca novel sampai lewat tidur malam tadi kan." Tebak Aina.
"Hehehe, kau ni tau-tau je kan perangai aku macam mana." Sambil tersengih-sengih aku memandang ke arahnya.
"Tapi kan Na, entahlah kenapa aku rasa malang sangat nasib aku hari ni". Ujar ku perlahan.
"Apa yang malangnya?." Berwajah hairan Aina bertanya.
Aku menarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan cerita. "Mula-mula tu aku bangun lewat, yang tu memang aku mengaku salah aku sendiri, tapi kan kau tau tak bila aku sampai sekolah je tadi, aku terlanggar sorang mamat ni, dan kau tau tak annoying nak mati mamat tu."
Aina berkerut kening melihat ku. "Apa yang annoying nya kan kau yang salah so kau minta maaf je lah apa susah." ujar Aina lagi.
"Sabarlah kejap, ni yang aku nak cerita ni. Ye memang aku yang langgar dia, dan aku mengaku yang aku salah. So aku minta maaf lah secara baik-baik sebab terlanggar dia." Beritahu ku lagi.
"Tapi kau tau tak apa respon dia? mamat tu pergi macam tu je tanpa kata apa-apa. Masa tu aku rasa macam nak smacdown muka dia tau tak." Ujar ku geram. Aina ketawa sebentar melihat reaksi ku.
"Aku tak buat lawak pun lah Na." Nada ku kesal lagi.
"Sorry, aku rasa comel je yelah sebelum ni kau tak pernah pun macam ni, dan tak pernah ambil kisah pun dengan sekeliling kau." Ujar Aina sambil mengusap belakang ku, ingin menenangkan aku.
"Dah sabar, jangan nak marah-marah macam ni, nanti cepat tua. Dah, senyum okay." Pujuk Aina.
"Aku bukan apa lah Na, tapi tak salah pun kan kalau dia jawab "ye, takpe" atau "it's okay ke" takde lah aku nak rasa geram sangat." Ujar ku tak puas hati lagi.
"Tapi kan Sha kau kenal ke mamat tu?." Tanya Aina penasaran.
"Entah, aku tak sempat tengok muka dia terus dia blah macam tu je. Lagi pun okay juga lah aku tak sempat tengok muka dia kalau tak memang aku cari mamat tu lepas ni." Ujar ku lagi dengan perasaan kesal.
"Jangan nak marah sangat Sha, takut kang ada yang 'terfalling in love.. with him'. Hahaha" Ujar Aina bergurau. Aku memandang tajam ke arah Aina.
"Dah jangan nak masam sangat muka tu, anggap je lah kau tak beruntung hari ni. Dah jom aku belanja kau ais krim mak cik kantin nak tak?." Pujuk Aina lagi.
"Nak, nak, gila tak nak, ni yang aku sayang kau Na." Jawab ku pantas, sambil memeluk Aina dan melupakan rasa kesal ku sebentar tadi.
Kami berdua berlalu pergi ke arah kantin. Aku tersenyum gembira. Walaupun ais krim mak cik kantin tu tak lah semahal baskin robin, aku tetap suka. Yelah, bukan selalu orang nak belanja ais krim kan kan.
Nak minta kat angah dengan along lambert lagi lah dorang nak bagi. Dorang berdua tu bukan bagi sangat aku makan benda manis. Mereka kata tak elok untuk kesihatan, kalau selalu sangat makan benda-benda manis ni.
Kalau aku tak dengar kata kang di kata kita ni adik durhaka. Nak tak nak kena ikut je lah, walaupun kekadang aku makan senyap-senyap. Shuhh! jangan baik tau angah dengan along ye. So dengan adanya peluang seperti ini kita jangan sia sia kan. Hehehe sukanya kitee.
Lupakan kesal mu dan sejukkan hati mu dengan ais krim mak cik kantin yeah yeah.
Don't forget Vote and Comment
Thank you! ❤️
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...