Hujung minggu,
Hari ini merupakan hari anniversary umi dengan abah genap 33 tahun. Tak terasa cepatnya waktu berlalu.
Sempena anniversary umi dan abah kami sekeluarga akan keluar dinner di restoran mewah di mall senter. Lagipun dah lama sangat kita orang tak keluar dinner dan masa ni jugalah dapat qualiti time bersama keluarga.
Untuk dinner malam ni, aku memakai dress panjang berwarna putih dengan shall putih ditambah solekan tipis diwajah. Solek sikit-sikit je, takde lah muka nampak suram sangat.
Lagipun aku kurang gemar dengan solekan yang tebal kerana terasa berat di wajah.
Tambahan lagi, aku memiliki wajah yang cukup sempurna dengan bulu mata lentik, kulit putih gebu tanpa sebarang jerawat, ditambah lagi aku mempunyai bentuk bibir yang mungil. Jadi aku tidak memerlukan solekan yang terlalu tebal.
Pada awalnya, aku tidak mempunyai baju berwarna putih yang sesuai digunakan untuk dinner dan sewaktu dengannya. Namun apabila 'mem besar' memberi arahan, nak tak nak harus dituruti.
Lagipun, umi, abah, along dengan angah memakai baju berwarna putih. Takkan aku sorang yang lain tema, kang nampak macam aku di anak tirikan.
Umi juga sanggup mencarikan baju untuk aku di butik temannya semata-mata untuk aku memakai baju berwarna putih dan gamaknya kena redha je lah.
Aku menuruni tangga ingin ke bawah. Namun setelah sampai ke bawah aku merasa pelik pandangan abah dan umi ke arah ku.
"Umi kenapa tengok adik macam tu? Adik tak cantik ke pakai baju ni?." Tanya ku resah.
"Eh, tak lah adik, umi dengan abah terpaku seketika tengok adik cantik sangat, kan abang?". Puji umi sambil bertanya ke arah abah.
"Haah princess abah kan memang cantik, di tambah malam ni makin cantik. Tengoklah anak sapa kan, anak abah hahaha". Puji abah sambil menepuk dada membangga diri.
Umi mencemik muka mendengar kata abah. "Abang memang macam tu kan, bila benda baik berkaitan anak je semua dekat abang, bila anak buruk je sikit ha mula tunding jari ke arah sayalah, semuanya."
"Eh abang pula salah! Hermm ye lah, salah abang. Perempuan mana pernah salah kan. " Sindir abah.
Aku menggeleng kepala melihat perdebatan mulut antara umi dan ayah. Bermula dengan memuji ku, yang pada akhirnya membawa perdebatan manja umi dan abah. Namun aku tidak mangambil serius hal tersebut, kerana tahu itu adalah salah satu cara umi dan abah untuk terus mengeratkan hubungan mereka.
Umi berpeluk tubuh dengan muka masam mendengar sindiran abah. "Ni lah masalah lelaki, bila perempuan nak defend diri sendiri mula lah kata yang perempuan tak pernah salah."
"Yelah, abang yang salah, minta maaf ye isteri abang yang cantik ni." Pujuk abah sambil memeluk umi.
Aku hanya melihat dan mendengar sahaja kemesraan umi dan abah. Aku sembunyi senyum memandang kemesraan umi dan abah. Walaupun telah berkahwin sekian lama, kemesraan antara mereka masih kekal sehingga kini. Aku berharap, aku mampu mengecapi bahagia seperti mereka.
"Dah sudah ke drama romantik korang?, Penat angah dengan along tunggu korang dari tadi lagi kat depan tu. Perut angah ni dah berbunyi macam nak berpesta dah ni. Tinggal tunggu nak makan orang je sakarang." Katanya sebal.
Along dan abah hanya menggeleng kepala melihat telatah angah. Kadang perangai angah tu boleh lebih teruk manjanya berbanding Delisha. Tak di pujuk, kang ada yang lari rumah lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/356059121-288-k424694.jpg)
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...