Pagi itu, Delisha bersiap kemas dan cantik untuk bertemu dengan penaja bagi novel barunya. Dia tidak sabar berjumpa dengan penaja yang sanggup menaja karya novelnya. Kerana dia tau bukan senang mendapat penaja dengan kos pengeluaran yang banyak lagi sekiranya ingin mengeluarkan karya sendiri dalam bentuk novel.
Dia bukan tidak mampu, namun sekiranya ada peluang seperti ini bukankah lebih baik dimanfaatkan?
Delisha menuruni tangga menuju ke tingkat bawah dengan wajah ceria
"Happy sangat anak umi ni" Tegur umi melihat wajah ceria Delisha
Delisha hanya tersengih mendengar kata-kata umi
"Dah dik..meh breakfast dulu" Ujar umi lagi
Delisha menuju ke meja makan lalu duduk bersebelah dengan angahnya
"Jam berapa adik nak gerak ni?" Soal abah
"Dalam jam lapan setengah macam tu, awal sikit takut terperangkap dekat jem pula nanti" Terang Delisha
"Baik juga lah kalau macam tu" Sokong abah
"Penaja untuk adik tu lelaki ke perempuan?" Soal Danish serius
"Entah lah adik pun tak pasti. PA dia tak bagitau pula yang boss dorang tu lelaki atau perempuan"
"Entah-entah secret admire adik kot tu yang tiba-tiba dapat penaja.." Tebak Danish dengan senyuman mengusik Delisha
"Ishh mengarut je lah angah ni" Balas Delisha menggeleng kepala dengan tebakkan angahnya
"Ye kee..mana adik tau? Tak pun entah-entah.."
"Ishh angah ni kan..." Cemberut Delisha
"Angah..adik..dah makan takyah nak gaduh depan rezeki macam ni" Tegur abah dengan nada serius
"Angah pun apa cakap macam tu dekat adik..tak baik tau. Mungkin itu dah rezeki adik kita mana tau" Tegur abah lagi dengan nada lembut
"Sorry abah..adik" Ucap Danish
Delisha dan Danish yang mendengar teguran daripada abahnya itu hanya menunduk sahaja. Bila abahnya yang mula bersuara lebih baik diam. Kang jadi singa jadian habes. Abah dengan along tu nampak je diam tapi bila dah marah bergegar dunia dibuatnya
"Ni angah kenapa tak balik semalam? Bukan angah cuti ke kemarin?" Soal umi cuba menukar topik
"Haa? Ouh..ni haa..angah tidur rumah kawan. Lepak lama sangat sampai tak perasan dah lewat malam tu yang angah tidur sana" Terang angah agak kelihatan resah
"Bukan kawan angah Faris je ke? Dan Faris tu dah kawin kan takkan angah tidur sana?" Soal Delisha menambah kerutan pada wajah Danish
Umi dan abah memandang ke arah Danish meminta penjelasan
"Haa..ada kawan angah yang lain lagi. Adik tak kenal. Lagipun bukan Faris sorang je kawan angah" Terang Danish tanpa memandang Delisha, umi dan abahnya sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut
"Yelah kalau macam tu. Jangan je angah nak merayap rumah anak gadis orang sudah" Pesan umi serius
Tersedak Danish dibuatnya
"Uhukk..uhukk"
"Ehhh takkan lah angah nak buat macam tu kan" Nafi Danish dengan senyuman paksa
Delisha tau pasti ada yang tidak kena dengan angahnya. Dia perasan dengan perubahan pada angahnya. Yang dulu bila waktu cuti akan berehat sahaja di rumah. Kini mula berubah, kerana sering keluar bila waktu cuti. Pelik bin benar
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Acak|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...