"Kita cuba cari balik tanda arah yang cikgu dah letak. Rasanya tak jauh dari tempat ni" Cadang Edward
Delisha mengangguk laju cuba menyedapkan hatinya.
"Tapi kalau kita tak jumpa juga macam mana?" Tanya Delisha dengan suara ingin menangis
"Eh, eh janganlah macam ni. In sha Allah kita akan jumpa juga jalan balik nanti. Lagipun kalau kita lama hilang mesti cikgu dan kawan-kawan lain akan cari juga" Ucap Edward lembut cuba menangkan Delisha yang ingin menitiskan air mata
Delisha cuba menangkan dirinya dengan mempercayai kata-kata Edward. Namun malang tak berbau, di masa itu juga gastrik Delisha relapsed atau kambuh semula. Bila dah makan lambat atau tak makan langsung jadi macam tu lah
Delisha mengerutkan dahinya menahan sakit di bahagian perutnya. Edward perasan dengan riak muka Delisha menahan sakit
"Eh kau okay tak ni?" Tanya Edward risau
"Ermmm okay. Tapi tu lah perut saya sakit mungkin gastrik saya datang balik" Jawab Delisha sambil memegang perutnya yang sakit
"Kau tak makan ke tadi?" Soal Edward bernada risau lagi
"Tak... Sebab tak sempat kan tadi. Ingatkan okay je. Tak tau pula akan sakit macam ni" Delisha berkerut kesakitan
"Aduh, ni kau ada bawa ubat atau roti tak?" Tanya Edward lagi
"Takde. Saya lupa juga" Ujar Delisha menahan sakit
"Kau ni kan. Lain kali kalau sakit macam ni jangan skip makan. Kalau aku takde tadi macam mana?" Ujar Edward sedikit tinggi risau dengan keadaan Delisha
"Ishh manalah saya tahu benda ni akan jadi. Kalau saya tau takdenya saya nak menyusahkan awak dan kalau awak rasa saya susahkan awak, takpe tinggalkan je saya kat sini" Wajah Delisha bertukar sayu
"Heii heii listen. Aku tak pernah rasa susah atau terbeban dengan kau. Aku just.. tak suka tengok kau sakit macam ni. Kau faham kan maksud aku?" ujar Edward lembut
Delisha memandang Edward dengan pandangan berkaca-kaca. Sedih campur terharu dengan sikap Edward. Tak jadi nak rasa marah
"Dah jom kita duduk kat pokok tu. Biar kau rest kejap sebelum kita cari jalan keluar balik. Ni boleh jalan tak?" Tanya Edward prihatin
Delisha mengangguk masih boleh berjalan lagi tanpa bantuan. Mereka melangkah ke arah pokok tersebut secara perlahan-lahan
"Kau duduk sini kejap. Aku try cari kot-kot arah tu dekat sini-sini je" Ucap Edward ingin melangkah mencari arah untuk keluar
"Awak janganlah tinggal saya sorang-sorang, saya takut" Tahan Delisha dengan cebikkan di bibir menahan tangis
Edward tidak lagi dapat menahan senyumannya melihat tingkah Delisha yang comel itu
"Okay, aku tak tinggal dah. Kau rehatlah" Ucap Edward sambil duduk di sebelah Delisha
Mereka melihat ke arah langit yang dipenuhi bintang-bintang dan bulan yang melengkapkan keindahan malam.
Delisha menatap ke arah Edward yang mendongak ke arah langit dengan pandangan seolah-olah sedang merindukan seseorang.
Ditambah lagi, sinaran mata hazelnya yang terkena pancaran cahaya rembulan yang mampu memukau sesiapa sahaja memandangnya.
Delisha terlalu ralit memandang ke arah Edward sehingga tidak sedar yang Edward turut memandang tepat ke arah matanya. Delisha dan Edward seolah-olah dalam dunia mereka sendiri
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...