Delisha meletakkan beg sekolahnya di sofa dalam biliknya. Delisha baring di atas katilnya dan meletakkan tanggannya di atas dahi, runsing dengan fikirannya.
"Aihh kenapa aku nak marah sangat ni, aku takde hak pun nak marah macam tu dekat Edrian, tapi aku tak suka tengok Edrian dengan orang lain" Keluh Delisha.
Delisha bangun daripada katilnya dan menuju ke bilik mandinya. Setelah selesai upacara mandian dia memakai bajunya dan menunaikan kewajibannya sebagai seorang muslim.
Setelah selesai solat, Delisha berjalan turun ke bawah. Dia melihat sekeliling ruang tamu tersebut mencuba mencari uminya namun tiada. Keadaan di ruang tamu itu sunyi sepi.
"Umi!" Panggil Delisha
Delisha berasa hairan ke mana uminya pergi. Dia berjalan ke arah mini garden uminya namun bayang uminya tetap tidak kelihatan. Delisha buntu mencari uminya lagi. Dia melangkah semula ke ruang tamu.
"Adik, buat apa kat sini? Selalunya adik duk terperap duduk dalam bilik" Ujar angah hairan.
"Adik bosan lah ngah, sebab tu adik turun. Tapi adik turun je tadi umi takde pula, lagilah adik bosan. Kalau ada umi, ada jugalah teman adik borak"
"Lah umi tak bagitau ke umi keluar jumpa kawan persatuan dia tu! Tadi lagi umi dah keluar dah pun" Bagitahu Angah.
"Kenapa angah tak bagitau adik awal-awal, penat adik cari umi satu rumah tadi" Ujar Delisha dengan wajah cemberut.
"manalah angah tau yang adik tak tahu umi keluar tadi! Ni angah pun nak keluar ni nak jumpa kawan jap. Adik duduk rumah diam-diam eh takyah keluar" Pesan angah.
"Eh takkan nak tinggalkan adik sorang-sorang je kat rumah ni! boleh naik gila adik duduk sorang-sorang kat sini"
"Takdenya sampai naik gila eh over je adik ni, habis tu macam mana angah kena keluar ni, kawan angah dah tunggu dah ni" Ujar angah sambil berjalan ke pintu depan.
"Alah angah bawalah adik please! Adik ikut ye!" Pujuk Delisha.
"No! Adik tu nanti naik bosan mula lah merengek macam budak kecik ajak angah balik, lagipun angah tak lama ni habis je jumpa kawan tu angah balik lah ye"
"Ishhh nak ikut juga! Kalau angah tak bawa adik, adik call along biar angah kena marah" ugut Delisha.
"Yelah yelah, dah cepat tukar baju! Angah bagi 10 minit dari sekarang kalau lebih daripada 10 minit angah tinggal" Jawab angah pasrah
"Yeahhh! Sayang angah! Okay tepat 10 minit adik turun, tunggu tau!" Delisha berlari menaiki tangga menuju ke biliknya.
Angah menggeleng sahaja melihat tingkah laku Delisha. Kerja nak ugut je bila tak dapat apa yang dia nak dan dia sebagai abang yang baik nak tak nak kena ikut je lah permintaan satu-satunya adik yang dia ada.
Setelah selesai menukar baju Delisha turun ke bawah semula dan memulakan perjalanannya bersama angah. "Ngah nanti kawan angah tu nak jumpa angah dekat mana?" Tanya Delisha
"Dia ajak jumpa dekat green cafe tempat along dengan angah selalu bawa adik makan kek tu" Terang angah.
"Serius ke ngah? Yeahh boleh lah adik pesan kek blueberry chesse! Dah lama adik tak rasa kek tu, boleh kan ngah?" Tanya Delisah dengan nada gembira.
"Yeee pesanlah seberapa banyak adik nak"
"Yesss! Sayang angah" Delisha memeluk angahnya dari sisi. Angah hanya tersenyum melihat Delisha yang sungguh gembira itu. Tengok perempuan bagi makan je mesti mood dia terpaling happy.
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...