Chapter 10

100 8 0
                                    

Hari ini aku tidak dapat pergi ke sekolah disebabkan keadaan kaki aku yang masih belum pulih. Berjalan pun kena perlahan-lahan kalau tak, tak tahu lah aku.

Aku juga sudah memaklumkan kepada Aina ketidakhadiran aku kesekolah dan berpesan kepadanya untuk memaklumkan kepada guru kelas kami. Aina turut menasihati aku agar tidak lupa untuk meminum ubat dan rehat secukupnya. Baik sungguh kawan kite, korang ada? takde kan, hemm lemah. Ghuauu ghuauu.

Balik je dari klinik dengan Edrian hari tu memang habis juga lah telinga aku kena cuci dengan umi, sebab tak hati-hati masa jogging tempoh hari. Bukan umi je, abah dengan dua hulk tu pun sama. Hehehe sempat lagi kutuk. Maaf abang-abang saya yang ganteng.

Aku sikit pun tidak terasa hati dengan segala bebelan umi atau abah. Aku tau dorang marah sebab sayang sangat dekat aku. Tapi aku nak buat macam mana lagi, aku mana tau benda tu akan jadi kan. So terima jelah.

Aku cuba menuruni tangga ingin ke bawah kerana terlalu bosan terperap di dalam bilik. Dan pastinya bila umi tengok ni ada yang kena piat telinga karang

Setelah sampai ke bawah, aku menarik nafas lega. Aku berlalu perlahan menuju ke ruang dapur. Aku melihat umi sedang memasak.

"Umi" Tegur ku perlahan

"Ya Allah adik! kenapa turun ni! Kaki adik tu tak sembuh lagi! Umi bernada risau.

"Adik dah okay lah umi, dah boleh berlari dah pun" Seloroh aku.

"Banyaklah kamu! Dah pergi duduk depan tengok tv, umi dah nak siap masak dah, lepas tu kita makan" Halau umi.

Aku memuncung melihat umi "Alah tapi adik nak tolong! Adik bosan! Sebab tu adik turun"

"Tak payah! Kaki kamu tu tak elok lagi! Dah pergi duduk depan! Arah umi.

"Hermm yelah" Delisha bernada pasrah.

"Heiihh, ingatkan kalau turun ada jugalah yang nak di buat, last-last kena rehat juga. Cepatlah kaki sembuh, aku nak pergi sekolah ni, nak jumpa cinta hati" Eh ehhh.. Aku senyum gedik teringat layanan Edward kepada ku tempoh hari. Dah angau sangat ni Delisha.

Delisha berlalu ke arah ruang tamu dan duduk di atas sofa.

"Apalah aku nak tengok ni?" Sambil menekan remote mencari siaran tv.

Aku berasa bosan, kerana satu siaran pun tidak menarik perhatian ku. Lalu aku cuba bangun semula namun tidak jadi apabila aku mendengar suara abah dan along memberi salam diikuti oleh angah.

Setiap makan tengah hari abah dan along akan pulang makan di rumah kecuali ada meeting atau oustation di luar. Angah pula, bila free dia akan turut serta makan tengah hari di rumah.

"Assalamualaikum" Ujar mereka bertiga.

"Waalikumsalam" Jawab aku diikuti umi keluar dari dapur.

Umi melangkah ke arah abah untuk bersalaman. Seperti biasa umi dan abah bila berjumpa akan sweet mengalahkan orang baru khawin. Kami bertiga hanya mampu menjadi penonton. Dah single sangat kan.

"Umi, abah please hormat orang single ni" Tegur angah.

"Siapa suruh tak kawin lagi! umur dah masuk 22 dah tak nak kawin lagi, padan lah muka" Jawab abah dengan nada perlian.

Aku dan along hanya ketawa mendengar kata-kata abah kepada angah.

"Awal lagi lah bah, angah nak nikmati masa muda ni dulu, suruh lah along kawin dulu, tak pun ni ha, adik ada, suruh lah adik kawin dulu" Seloroh angah berkata.

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now