8 Tahun Berlalu,
Seorang jejaka keluar daripada audi Rs5 nya bersama tuxedo hitam membaluti tubuh maskulinya. Dengan riak muka dinginnya dia berlalu masuk ke dalam sebuah bangunan gah miliknya iaitu Lee Holding. Lebih tepatnya syarikat ini adalah milik datuknya namun kini dirinya sudah mengambil alih sepenuhnya syarikat itu
Jejaka tersebut turut menguruskan syarikat arwah ayahnya dengan dibantu oleh orang kepercayaan ibu ayahnya.
Oleh itu, dia tidak terlalu khawtir meninggalkan syarikat arwah ayahnya sekiranya menguruskan syarikat datuknya. Namun begitu, sekiranya memerlukan khidmatnya dia akan memantau lebih dekat lagi
Oleh kerana kekayaan dan kekuasaan yang ia miliki, mampu membuat semua orang yang mengenalinya, takut dan segan terhadap dirinya. Dan itu yang ia inginkan sehingga sanggup melakukan apa sahaja sehingga sampai ke tahap ini agar hasrat dan dendamnya tercapai
"Selamat pagi Tuan muda" Tegur semua pekerja menunduk hormat ke arah jejaka tersebut
Jejaka tersebut hanya membalas dengan anggukannya sahaja dengan riak muka dinginnya. Dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya diikuti pembantu peribadinya
"Kak Suha, hari ni jadual saya macam mana?" Soal jejaka tersebut setalah tiba di ruang pejabatnya
"Hari ni tuan muda cuma ada meeting dengan Dato Bahrun jam 3 petang. Lepas tu takde dah" Balas pembantu peribadinya
"Okay thanks Kak Suha"
"Sama-sama tuan muda. Kalau macam tu saya keluar dulu ye" Pamit Pembantu peribadinya
Keluar sahaja pembantu peribadinya jejaka tersebut meneruskan kerjanya dengan file yang banyak di meja kerjanya
"Tok..tok..tok.."
"Masuk" Izin jejaka tersebut
"Baru sampai ke bro?" Ucap Farid
"Ermmm..aku penat sangat tu yang agak lambat masuk office" Balas jejaka tersebut
Farid mengangguk faham. "Ni aku dengar Dato Musa nak kenankan kau dengan anak dia betul ke? Atok kau siap suruh aku pujuk kau untuk keluar dengan si Auni tu. Risau kau membujang sampai tua" Soal Farid ditambah dengan nada gurauan setelah duduk dibahagian depan jejaka tersebut
Jejaka tersebut hanya menarik nafas panjang mendengar soalan daripada Farid
"Kau still tak move on lagi ke Ed?" Soal Farid lagi setelah melihat wajah serabut Ed bila isu khawin disentuh. Dan yes, jejaka yang dimaksudkan adalah Edrian Edward Lee
"Entah lah Rid, tapi yang pasti aku takkan mengalah selagi aku tak dapat 'hak' aku semula" Balas Edward dengan nada tegas
Menggelang kepala Farid melihat sikap Edward yang makin hari makin dingin itu. Pertama kali dia berjumpa dengan Edward ketika mereka berada di London. Ketika itu, Farid hampir lunyai dikerjakan oleh penagih hutang bapanya.
Ketika itu jugalah, Edward lah yang membantu dirinya. Disebabkan itulah, dia dan Edward berteman sehingga kini. Dia banyak terhutang budi dengan Edward
"Tapi kau pun tau kan Tan sri Hisham tu macam mana. Keras kepala dia tu boleh tahan juga"
"Tau...tapi aku tau nak buat apa. Kau takyah nak risau lah"
"Hermm yelah Ed, yang penting kau bahagia"
"Ni kau datang takkan nak cakap pasal benda tu je"
"Takdelah. Dah aku sampai sini alang-alang tu nak membawang lah juga. Hehehe"
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...