Chapter 34

66 3 0
                                    

"Adik..keluarlah kejap. Ni ada kawan adik nak jumpa" Seru angah dari luar bilik Delisha namun Delisha hanya membiarkan sahaja

Danish masuk ke dalam bilik Delisha yang gelap tanpa sinar cahaya yang masuk

"Adik...sampai bila nak macam ni hermm? Apa pun jadi adik kena kuat. Kena hadap semua ni. Adik tak sayang umi abah ke? Tak sayang along dengan angah?" Pujuk Danish

Delisha membuka selimut yang menyelubungi dirinya apabila angahnya menggunakan nama umi abah dan along serta angahnya

"Adik sayang lah" Balas Delisha perlahan

"Haa kalau sayang..pergi mandi, siap-siap lepas tu turun bawah jumpa kawan adik tu" Pujuk Danish lagi

"Okay.." Balas Delisha perlahan

Sudah dua hari Delisha tidak keluar dari biliknya. Makanan pun akan di hantar oleh umi abahnya. Kalau tidak along dan angahnya yang akan memujuknya makan. Sekolah pun Delisha tidak pergi, memandangkan hari ni merupakan hari terakhir mereka sekolah sebelum cuti bermula.

Delisha cuba tidak terlalu larut dalam kesedihan namun dia tidak boleh menipu dirinya sendiri yang dia terluka dengan semua yang berlaku. Bak kata orang 'She need time to heal her self'

Delisha bergerak ke arah bilik mandinya dengan langkah longlai. Setelah selesai membersihkan diri dia turun ke bawah untuk melihat kawan yang dimaklumkan kepadanya.

Dia melihat sosok tubuh lelaki yang membelakang sedang berbual dengan abah, along serta angahnya disusuli umi yang membawa sedulang teh

Untuk umi, abah Delisha dipercepatkan ye scene dorang dah sampai dari umrah. Maaflah kalau tiba-tiba je. Okay back to story...

"Adik..turun dah" Tegur abah

Delisha mengangguk dan melanjutkan langkah ke arah ruang tamu. Dia terkejut melihat Rayyan yang turut berada di situ. Rupanya kawan itu yang dikatakan oleh angahnya

"Rayyan.." Sapa Delisha terkejut melihat Rayyan

"Adik..iya pun jangan lah tenung anak teruna orang macan tu. Segan dibuatnya" Tegur along melihat Delisha seolah kaku melihat Rayyan

Rayyan menggosok lehernya segan dengan ucapan Darwish. Delisha pula seolah tiada apa yang berlaku

"Awak buat apa datang sini?" Soal Delisha hairan

"Adik...apa tegur tetamu macam tu" Tegur abah lagi

"Sorry abah.." Tunduk Delisha rasa bersalah

"Takpe pakcik, salah saya juga sebab tak bagitau nak datangkan" Ucap Rayyan tidak enak membuat Delisha rasa bersalah

"Takpe Rayyan, ni kira baguslah kamu nak datang jenguk Delisha ni. Pakcik ni pun agak risau juga tengok dia duk berkurung je dua hari ni" Ujar abah lagi

"Abah.." Rengek Delisha mendengar ucapan abahnya

"Dahh abah tak nak adik terlalu larut dengan sedih tu. Semua orang pun ada masalah masing-masing adik. Cuma abah tak suka adik bawa perasaan sedih tu sampai berkurung tak makan macam tu. Jangan nak siksa diri tu. Tak baik" Tegur abah lembut tapi tegas

Delisha hanya menundukkan kepalanya sahaja. Umi, along, angah dan Rayyan hanya diam melihat tuan Darwin menegur Delisha

"Maaf abah, umi, along, angah sebab adik buat korang risau dengan adik. Adik janji tak buat macam tu lagi" Janji Delisha seperti berikrar

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now