Suasana di dalam kereta terasa dingin dan hanya ditemani sepi. Aku masih tidak menyangka bahawa orang yang menjemput dan menghantar ku pulang adalah lelaki yang sama dengan orang yang aku terlanggar beberapa hari lepas.
Aku berdehem bertujuan menarik perhatiannya, namun seperti biasa tiada respon darinya. Aku berdehem kuat lagi mencuba menarik perhatianya dan akhirnya dia melihat ke arah ku walaupun cuma sebentar.
"Kau dah kenapa? Sakit tekak ke?" Ujarnya pelik.
"Herm tak.. saya okay je". Jawab Delisha ringkas
Suasana sepi sekali lagi menemani perjalanan kami.
Aku memandang ke arahnya dengan ekor mata ku. Dia perasan dengan pandangan ku lalu berkata. "Ada apa-apa yang kau nak tanya ke? Tanya lah kau nak tanya apa sebelum aku malas nak jawab" Ujar lelaki tersebut.
"Ermm kenapa awak yang ambil saya ye? Dan apa hubungan awak dengan along dan angah ?" Soal Delisha ingin tahu.
Dia memandang sekejap ke arah Delisha. "Aku dengan abang-abang kau kawan" Jawab nya ringkas.
"Yelah, tapi macam mana awak boleh kenal abang saya?" Soal Delisha lagi penasaran.
"Panjang ceritanya dan aku malas nak cerita". Ujar lelaki tersebut. Memotong agar Delisha tidak bertanya lebih lanjut lagi.
"Hermmm... Ouh yaa saya tak tau nama awak lagi, nama awak apa ye?" Soal Delisha lagi.
"Aku rasa tak penting kot untuk kau tau nama aku siapa" Ujar lelaki tersebut.
"Eh mana boleh macam tu nanti abah saya tanya saya balik dengan siapa, saya nak jawab apa?" Jawab Delisha tidak puas hati.
"Edrian... Tu nama aku". Ujarnya pendek.
Dan ya! seperti yang korang sangka, orang nya adalah Edward atau nama panjangnya Edrian Edward Lee. So back to the story.
"Edrian? Tu je ke? Takkan Edrian je?. Tanya Delisha tidak puas hati lagi.
Edward memandang ke arah Delisha "Habis tu, takkan aku nak sebut nama bapa aku sekali?"
"Tak lahh, tapi takkan nama awak Edrian je! macam pelik pun ada" Ujar Delisha lagi tidak mahu mengalah lagi.
Naik pening Edward menjawab segala pertanyaan Delisha. "Kau ni memang jenis banyak cakap eh, naik bingit telinga aku dengar segala pertanyaan kau"
Delisha memuncung bibirnya sambil memeluk tubuh memandang ke arah tingkap. "Kira okay tau tak, awak jumpa orang macam saya yang banyak cakap ni, kalau tak sampai ke sudah kita senyap macam ada kematian dalam kereta ni. Ujar Delisha merajuk, seolah sudah biasa dengan Edward.
Edward hanya menggeleng kepala melihat telatah Delisha dan hanya diam tanpa menjawab pernyataan Delisha sebentar tadi.
Akhirnya tiba juga di rumah Delisha. Delisha masih memeluk tubuh tanpa bergerak. Merajuk lah tu. Edward melihat ke arah Delisha.
"Dah turun lah, dah sampai dah pun kan" Ujar Edward.
"Ishh, benci lah dia ni! Bukannya pujuk kita! Hermm!. Ujar Delisha dengan nada merajuk.
Edward menarik nafas perlahan. "Habis tu kau nak aku pujuk macam mana?, angkat kau keluar ke? Macam tu baru tak merajuk?" Ujar Edward.
Delisha memandang tajam ke arah Edward lalu membuka kasar tali pinggang tersebut namun agak susah. "Ishhh, kenapa susah sangat nak buka ni" Ujar Delisha dengan geram.
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Rastgele|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...