Chapter 20

92 7 0
                                    

"Assalamulaikum...Umi" Panggil Delisha

"Ye waalaikumsalam! Umi kat belakang ni haa" Teriak umi menjawab panggilan Delisha

Delisha menyalam tangan umi. "Umi, mana yang lain tak nampak pun. Sunyi je ni?" Soal Delisha

"Ni ha, along macam biasa lewat sikit baliknya. Abah pula tu ha kat atas tengah rehat" Jawab umi sambil menyiram pokok bunganya

"Ni angah mana? Tak masuk lagi ke?" Tanya umi dan melihat ke arah Delisha

"Habis je hantar adik tadi, angah terus pergi hospital ada emergency katanya" Terang Delisha

Umi mengganguk faham. "Ouhh takpelah kalau macam tu. Adik naik mandi apa semua ye" Ujar umi lagi

"Okay umi, adik naik kat atas dulu ye" Pamit Delisha

"Haa yelah. Nanti turun makan eh" Pesan Umi

"Okay umi!"

Delisha berlalu naik ke atas menuju ke biliknya. Dia meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi meja belajarnya. Dia merenggangkan badannya dan menarik nafas panjang. Terasa penat sungguh hari ini.

Setelah itu, Delisha menuju ke bilik mandinya dan selesai sahaja dia turun semula ke bawah untuk mengisi perutnya yang mulai berkonsert.

Dia melihat sekeliling ruang tamu yang sunyi sepi sama seperti tadi ketika dia pulang dari sekolah.

Delisha cuba mencari keberadaan umi namun nihil. Mungkin umi sudah berlalu ke dalam bilik untuk berehat. Dia pun meneruskan langkahnya menuju ke dapur untuk mengisi perutnya.

Delisha membuka tudung saji dan melihat ayam masak merah dan sayur kangkung masak belacan favourite angah. Walaupun angah kelihatan seperti penggemar western food namun tekak masih memerlukan makanan melayu. Lagipula umi memang gemar masak makanan melayu berbanding western food.

Delisha menarik kerusi meja makan dan memulai menjamu selera. Nikmat sungguh rasanya, dan masakkan umi tidak pernah mengecewakan.

Setelah selesai makan dan mencuci pinggan yang telah ia gunakan dia berlalu menuju ke ruang tamu dan menghidupkan televisyen mencuba mencari siaran yang menarik.

"Adik" Tegur suara abah dari belakang

"ye bah" Jawab Delisha sambil melihat ke arah abah yang duduk di depan sofa Delisha diikuti umi dibelakangnya.

Alololo nak berkepit je umi dengan abah dia tu kalah pengantin baru.

"Abah dengar umi cakap adik ikut perkemahan sekolah nanti kan?" Tanya abah sambil memandang ke arah Delisha

"Haah bah, adik dah minta izin kan? Adik nak join perkemahan tu nanti, boleh kan bah" Jawab Delisha dan cuba bertanya lagi kepada abahnya

"Ye abah benarkan kali ni, tapi ingat! jaga diri tu baik-baik. Abah taknak nanti macam-macam jadi dekat adik" Pesan abah dengan suara lembut bercampur tegas

"Ye in sha Allah adik jaga diri adik sebaik mungkin. Abah dengan umi jangan lah risau. Lagipun nanti ada Aina yang akan temankan adik kat sana" Jawab Delisha sambil menenangkan kegusaran umi dan abahnya.

"Hemm ye lah, janji adik jaga diri eh. Umi nak kalau boleh sebaik tu adik pergi dan seperti itu jugalah adik balik nanti" Umi pula berpesan kepada Delisha

"Ye, adik janji adik jaga diri ye" Ucap Delisha dengan senyuman sambil memegang tangan uminya

"Ni adik, perkemahan tu bila?" Abah pula bertanya

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now