"Adik..dah selesai ke semua urusan adik? So novel baru adik nak publish bila?" Soal along kepada Delisha
Delisha terkedu mendengar soalan daripada alongnya. Seperti biasa, setiap hujung minggu alongnya dan kakak iparnya serta anak buah tersayangnya akan pulang ke rumah mereka sekiranya tidak ada kekangan kerja
"Adik? Along tanya ni?" Tegur Darwish lagi
"Ha? along tanya apa tadi?" Balas Delisha
"Along tanya, buku adik tu bila nak publish?" Terang Darwish lagi
"Ouhh...haa in sha Allah akan publish, Soon" Jawab Delisha dengan senyuman paksanya cuba menyembunyikan rasa hatinya
Dariwsh perasan dengan riak wajah adiknya. Kebelakangan ini juga dia perasan yang Delisha hanya diam tidak banyak mulut seperti sebelumnya. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh adiknya
"Adik okay tak ni? Kalau adik ada apa-apa masalah share lah dengan along mana tau along boleh bantu kan"
"Adik okay..along janganlah risau. Adik penat sangat kot sebab kena siapkan buku adik kan. So along takyah lah nak risau. Okay?" Pujuk Delisha dengan senyuman selebarnya
"Yelah kalau adik dah kata macam tu. Kalau ada apa-apa terus bagitau along eh, jangan nak simpan sorang-sorang" Pesan along sambil mengusap lembut kepala Delisha
Delisha tersenyum mendengar pesanan alongnya. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, alongnya tetap prihatin terhadap dirinya. Lebih rasa bersyukur lagi, isteri alongnya iaitu kak Dahlia turut mengambil berat tentang dirinya seperti kakak kandungnya sendiri
"Yeeee adik akan ingat pesan along tu. Terima kasih along sebab sentiasa ada untuk adik tak kira susah mahupun senang. Sayanggg along!" Ucap Delisha lalu memeluk alongnya dari sisi
"Sama-sama kasih. Along pun sayang sangat dekat adik along ni, dan along sanggup buat apa sahaja untuk kebahagiaan adik along ni, sebab adik lah satu-satunya princess kecil yang along ada" Balas Darwish lalu turut membalas pelukan Delisha
"Ehh ehh nak berkasih sayang tak ajak aku nampak! Dah lah tak sayang kite! Hermm nak majok lah!" Tegur Darwin dari belakang mereka dengan wajah cemberut
Delisha dan Darwish melepaskan pelukan mereka lalu menoleh ke arah Darwin. Mereka tertawa apabila melihat wajah cemberut Darwin dengan tangan memeluk tubuh. Tak pernah nak berubah. Cemburu je kerja
"Alahhhh adik pun sayang angah lah. Sayang banyak-banyak. Along pun sama. Kan long?" Ujar Delisha cuba memujuk angahnya
"Yeee along sayang" Jawab Darwish dengan nada terpaksa
Delisha berjalan ke arah Darwin lalu memeluk Darwin dan turut menarik tangan Darwish. Auhhhhh siblings big hug!
Disebalik itu semua, umi dan Dahila serta Dizhar turut melihat kemesraan dan hubungan erat adik beradik itu. Umi mengelap air mata terharunya begitu juga Dahlia melihat hubungan akrab adik beradik itu
"Mommy, kenapa daddy, pakngah dengan maksu hugging?" Soal Dizhar pelik melihat mereka bertiga saling berpelukan
"Sayang..tu maksudnya daddy, maksu dengan pakngah saling menyayangi. Har pun kena macam tu juga dengan adik beradik Har nanti" Terang Dahlia lembut cuba menerangkan kepada Dizhar
"Ouhh macam tu. So Har pun kena hugging macam tu juga lah dengan adik baby dalam perut mummy" Balas Dizhar dengan wajah polosnya
Dahlia terdiam mendengar ucapan Dizhar. Ditambah lagi wajah terkejut umi apabila mendengar bahawa dirinya sedang hamil. Rasa serba salah ia rasakan ketika itu. Bukan niatnya tidak memberitahu hal tersebut, tapi dia ada sebab tersendiri tidak memberitahu bahawa dirinya sedang mengandung ketika ini
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...