Perkemahan sekolah,
Semua pelajar di minta berkumpul di kawasan sekolah sebelum jam 8 pagi. Semua pelajar juga di arah untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum taklimat mengenai perkemahan tersebut berlangsung.
Tepat jam 8 pagi mereka akan bergerak ke tapak perkemahan.
Semua pelajar berasa teruja dengan perkemahan tersebut kerana perkemahan yang diadakan ini bukan lah perkemahan untuk meningkatkan jati diri sahaja, namun aktiviti yang lain juga akan diadakan.
Perkemahan ini diadakan bertujuan untuk memberi pelajar release tension terutama pelajar yang ingin menduduki spm pada tahun ini. So rugi lah kalau tak join.
"Ishh cepat lah Ishaa! kau dah lambat dah ni" Ucap Delisha sendirian.
Delisha berlari pantas dengan menarik bagasinya kerana berasa sudah lewat datang ke sekolah. Yelah waktu berkumpul sepatutnya sebelum jam lapan pagi, masalahnya sekarang dah jam 7.58 pagi.
Dua minit dari sekarang memang keluar dari masa sepatutnyalah jawabnya.
"Isha! Ya Allah aku ingatkan kau tak jadi datang tadi" Ujar Aina bernada risau
"Alah sorry lah Na, aku terbangun lewat pula tadi. Seingat aku malam tadi aku dah kunci jam awal-awal tapi bangun-bangun je tadi dah lewat rupanya" Jawab Delisha dengan nafas tercungap-cungap letih berlari
"Aihh kau ni Sha, tak lain tak bukan ni mesti kau khatamkan novel baru kau tu kan? sebab tu kau lambat bangun" Tanya Aina sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Delisha
"Hehehe. Sebenarnya aku tak sangka pun jadi macam ni. Ingatkan aku dah kunci jam nanti awal lah bangun. Last-last lambat juga". Delisha tersengih-sengih bagai kerang busuk melihat ke arah Aina
"Aku kenal sangat dengan kau Sha. Tak lain tak bukan kau bangun lambat sebab layan hero-hero kau yang tak wujud tu"
Delisha mencebik mendengar kata-kata Aina.
"Alah Na kau macam tak kenal aku. Lagipun aku nak buat apa selain daripada baca novel dan bayangkan hero-hero aku tu semua. Aku bukan ada pakwe pun nak sleep call bagai" Jawab Delisha tidak puas hati
"Yelah sekarang boleh lah kau cakap gitu. Nanti bila dah dapat si kumbang adalah tak tidur sebab sleep call kan kan" Aina cuba menyakat Delisha
"Ishh kau ni Na memandai je, siapalah yang nak kat aku ni" Delisha berbuat suara lirih
"Elehh abe Ed kan ada" Ujar Aina dengan mengangkat sebelah keningnya
"Dah lah Na aku layan kau ni memang sampai ke sudah kita tak habis" Ucap Delisha malas melayan gurauan Aina
Aina ketawa suka melihat Delisha yang tidak ingin melanjutkan perbicaraan mengenai Edward. Sedangkan dalam hati siapa yang tahu ye idok.
"Yelah yelah. Dah jom aku teman kau mendaftar, kang kau tak mendaftar tak dapat join aku usha abe Edward tu" Sakat Aina lagi dan melangkah dengan cepat jauh daripada Delisha
"Aina Shahida Binti Mohd Izham!"
Delisha berlari dan menarik bagasinya ingin mengejar langkah Aina yang mulai jauh daripadanya.
Setelah selesai pendaftaran dan taklimat mengenai perkemahan tersebut, semua pelajar berbaris menaiki bas sekolah mereka. Delisha duduk di sebelah Aina dan dia melihat Edward turut naik di bas yang sama mereka naiki.
Delisha melihat Edward yang mencari tempat duduk yang kosong diikuti Rayyan yang berada di belakang Edward. Apakah ini?.
Aina yang perasan dengan pandangan Delisha terhadap Edward itu bangkit daripada duduknya mencuba memberi kesempatan kepada Delisha dengan Edward.
![](https://img.wattpad.com/cover/356059121-288-k424694.jpg)
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...