Chapter 6

101 7 0
                                    

Sekolah,

Aku dan Aina melangkah ke arah makmal bersama buku di tangan.

"Sha, kemarin kau stay library sampai jam berapa?" Tanya Aina.

"Aku tak pergi library pun semalam" Jawab ku malas.

"Eh, bukan kau kata kau nak cari bahan bacaan ke kat library" Tanya Aina hairan.

"Memang aku dah nak pergi pun, tapi tu lah hilang mood aku nak pergi" Jawab ku lagi.

"Yelah tapi sebab apa? bukan main semangat lagi kau ajak aku pergi" Tanya Aina tidak puas hati.

"Nanti aku cerita lah, sekarang ni kita dah lewat sangat masuk makmal, kang cikgu Shafie sampai dulu ada yang kena halau" Aku menarik Aina.

"Ye kejap, tapi kau janji eh cerita kat aku nanti" Pesan Aina.

Aku mengeluh perlahan. "Ye aku janji aku cerita nanti, dah cepatlah" Aku menarik tangan Aina lagi.

Sepanjang kelas aku dan Aina menumpukan perhatian sepenuhnya kepada cikgu Shafie. Aku tidak mau ketinggalan satu perkara pun kerana selepas ini kami aku membuat sendiri uji kaji seperti yang di arah oleh cikgu.

Waktu rehat,

"Sha kau pergi kantin lah dulu, aku nak pergi tandas jap" Aina berlalu ke pergi arah tandas.

Delisha berlalu pergi ke kantin dan duduk di kawasan hujung kantin. Sementara menunggu Aina, dia membaca novel yang di bawa nya. Ketika fokus membaca, dia rasakan ada seseorang menarik kerusi di depannya. Dia mendongak melihat orang tersebut. Dia berasa hairan kerana tidak pernah melihat orang tersebut.

"Hemm, maaf tapi awak ni siapa eh? Kenapa awak duduk kat sini? Banyak lagi tempat kosong kat sini kan? Tanya Delisha hairan.

Orang tersebut diam seketika. "Kenapa aku tak boleh duduk kat sini ke" Tanya nya sambil menjongket kening.

Aku berdehem perlahan. "Bukan tak boleh, tapi tu tempat duduk kawan saya. Lagi pun tak manis kalau awak duduk dekat sini dan saya tak kenal pun awak siapa" Ujar ku perlahan.

Dia meletakkan sudu di atas pinggannya. "Kalau macam tu, perkenalkan nama aku Rayyan Iman. So sekarang kau dah kenal aku kan? Boleh aku sambung makan?" Katanya tanpa nada.

Aku tidak menjawab soalannya dan menjeling ke arah nya. 'Ishh.. mana lah si Aina ni pergi, dia pergi tandas atau buat tandas ni'. Ujar ku di dalam hati dengan perasaan gelisah.

Aku berdiri dengan pantas setelah melihat Aina lalu dengan segera pergi ke arahnya.

"Sorry Sha! Perut aku buat hal pula tadi tu yang aku lambat. Ni kau dah order ke?. Tanya Aina tanpa perasan orang di hadapan ku tadi.

"Eh, aku belum order lagi, jom kita pergi. Aku menarik Aina pergi dengan segera dan berlalu pergi meninggalkan lelaki tersebut.

"Kejap lah Sha, kau dah kenapa ni tarik aku kuat sangat" Tanya Aina kehairanan.

"Takde apa pun, aku lapar je tunggu kau tadi" Ujar ku mengelak.

"Alolo, sian kawan aku ni, dah jom kita order aku belanja. Aina cuba memujuk ku.

Aku berasa lega Aina tidak perasaan kewujudan Rayyan. Kalau tak memang tak habis lah mulut popcorn dia tu bertanya.

Disisi lain, seseorang melihat Delisha bersama lelaki tersebut. Dia menggepal erat
tanggannya, marah  dengan apa yang dilihatnya.

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now