Chapter 38

77 5 3
                                    

Delisha melangkah masuk ke biliknya dengan langkah longlai. Susah ia gambarkan perasaannya ketika itu. Sesuatu yang ia tidak sangka berlaku hari ini. Sesuatu yang ia tidak inginkan berlaku hari ini. Semua penuh dengan kejutan

TOK!..TOK!..

Ketukan dari luar pintu bilik Delisha

"Adik..boleh umi masuk?" Soal umi dari pintu luar bilik Delisha

"Masuk lah umi" Izin Delisha dengan senyuman kecil

"So macam mana? Semua dah selesai?" Soal umi lembut

"Adik..adik!" Seru umi kuat apabila Delisha hanya termenung kedepan tanpa menjawab soalan uminya

"Haa? Apa dia? Umi tanya apa tadi? Sorry adik tak dengar" Balas Delisha baru tersedar

"Adik kenapa ni? Everything's okay?" Soal umi bernada risau melihat wajah mendung Delisha

"Adik okay je. Cuma adik penat sikit"

"Betul ni? Kalau adik apa-apa masalah, jangan simpan sorang-sorang ye. Umi ada boleh jadi telinga untuk adik" Ujar umi sambil menarik Delisha dalam pelukannya

"Terima kasih umi, sebab selalu ada dengan adik" Delisha turut membalas pelukkan uminya

"Dah..pergi mandi, lepas tu rehat eh. Takyah lah nak fikir sangat apa yang ada dalam fikiran adik tu. Adik rehat eh!" Pesan umi lalu melepaskan pelukannya

"Umi ada masak lauk favourite adik. Kalau adik lapar turunlah makan. Jangan biar perut tu kosong. Umi keluar dulu. Adik jangan lupa rehat" Pesan umi lagi sebelum berlalu keluar daripada bilik Delisha

Delisha mengangguk faham dan hanya melihat umi yang sudah melangkah keluar daripada biliknya

"Huhhh..dah lah Isha, dengar cakap umi buang segala beban fikiran kau tu then rest" Ujar Delisha sendirian lalu melangkah masuk ke dalam bilir mandinya

Delisha keluar daripada bilik mandinya sambil menggosok rambutnya yang basah menggunakan tuala kecil di tangannya

*TING...
*TING..

Delisha melangkah ke arah telefon bimbitnya yang berada di meja sebelah katilnya. Dia melihat ada pesanan daripada nombor yang tidak diketahui oleh nya

*UNKNOW
Hai...
Dah sampai rumah ke?

"Siapa pula ni?" Delisha mengerut keningnya memandang pelik ke arah pesanan itu.

Takde angin takde ribut tanya dia dah sampai ke belum. Pelik sungguh. Delisha hanya membiarkan sahaja chat tersebut tanpa membalasnya lalu meneruskan sesi mengeringkan rambutnya

*TING
*TING

"Ishh apa lagi ni?" Ucap Delisha mula berasa geram

*UNKNOW
Kenapa tak balas?
Sweetheart..balas lah!
Kau kat mana ni?
Jangan buat aku risau!

*UNKNOW
Sweetheart?

*Delisha Medina
Maaf tapi nama saya bukan sweetheart
Encik atau cik, salah nombor ni..

"Gila!" Ucap Delisha setelah membalas chat tersebut lalu meletakkan semula telefonnya di atas meja namun dia perasan sesuatu

"Tapi kejap..panggilan sweetheart tu macam aku pernah dengar" Sambung Delisha lagi

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now