Sepanjang kelas mereka bermula, Delisha hanya diam dan banyak termenung seolah tengah memikirkan sesuatu perkara
"Sha... Kau okay tak ni" Tegur Aina risau di sebelah Delisha
"Ha? Ouhh okay je" Balas Delisha dengan senyuman paksa
"Aku tengok kau dari tadi diam je. Selalu kau banyak je mulut"
"Takde apa. Mungkin aku penat sikit kot"
Aina mengangguk faham
"Tapi..tapi..kan..Congratss eh terpilih jadi queen semalam. Dengan abe Ed dia lagi tu. Tak sia-sia korang matching semalam" Ucap Aina dengan senyuman cuba mengusik Delisha
"Ye thanks" Delisha hanya tersenyum kecil membalas Aina
"Kau tak happy ke Sha?" Soal Aina pelik dengan respon Delisha yang tidak bermaya itu
"Haaa? Ouh biasa je" Jawab Delisha sepatah
Nak hairan Aina melihat tingkah Delisha. Sedangkan sebelum ini, jika berkaitan Edward sahaja senyuman Delisha boleh dilihat sepanjang masa sekarang pula lain responnya
"Na, aku pergi toilet kejap eh" Pamit Delisha cuba mengelak daripada terus ditanya oleh Aina
"Kau tak nak aku teman ke?"
"Sokey..aku boleh pergi sendiri" Balas Delisha dan bangun daripada tempat duduknya melangkah keluar daripada kelas mereka
Ketika keluar sahaja daripada tandas, tangan Delisha ditarik daripada belakang oleh seseorang. Baru sahaja Delisha ingin menjerit meminta tolong, namun setelah melihat orang yang menariknya dia tidak jadi untuk menjerit
Edward menarik tangan Delisha menuju ke arah belakang sekolah mereka
"Ishhhhh apa tarik-tarik tangan orang ni" Marah Delisha cuba melepaskan tangannya daripada Edward namun pegangan Edward kuat pada tangannya
Delisha mulai pasrah dengan tarikan Edward. Akhirnya mereka tiba di belakang sekolah
"Awak nak apa tarik tangan saya sampai sini?" Soal Delisha memeluk tubuh dengan riak dinginnya
Edward menghela nafas kuat dengan riak dingin Delisha
"Isha..kenapa aku rasa kau mengelak daripada aku?" Soal Edward
"Mengelak? Sejak bila saya mengelak dari awak?"
"Aku tahu Isha kau cuba mengelak dari aku. Setiap kali aku nak tegur kau, kau mesti lari dari aku. Kalau soal semalam..aku betul-betul minta maaf sebab buat macam tu dekat kau. But please jangan menjauh macam ni"
Delisha mula tidak sampai hati melihat Edward yang kelihatan rasa bersalah itu. Namun dia mencuba sejauh mana Edward boleh memujuknya
"Isha..please say something"
"Okay kalau awak nak saya maafkan awak. Saya nak awak jujur sebab apa awak marah sangat semalam. Boleh?"
Edward seolah berat menerangkan soal semalam
"Okay kalau awak tak nak bagitau then saya pergi dulu lah. Buat apa kita perpanjangkan soal ni lagi kan" Ujar Delisha cuba melangkah pergi
"Okay-okay fine, aku bagitau. But please jangan marah lagi okay" Edward menahan langkah Delisha
"Okay" Balas Delisha sepatah
YOU ARE READING
The Enigmatic Mr Hazel Eyes
Random|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya sahaja. Pada awalnya tidak ingin bercinta atau jatuh cinta kepada siapa sahaja selagi dia belum men...