Chapter 18

74 8 0
                                    

Pagi itu, tiba sahaja di sekolah Delisha berjalan menuju ke kelasnya dengan hati penuh keriangan. Ditambah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Pagi itu juga, semua orang berasa hairan dengan tingkah laku Delisha yang tidak lokek dengan senyuman dimana setiap orang yang lalu di sampingnya akan di tegur olehnya dan begitu juga dengan senyuman di wajahnya. Naik hairan orang melihatnya, seperti orang tidak betul pun ada.

Delisha berjalan dan masuk ke dalam kelasnya lalu menegur Aina dengan senyuman lebar.

"Selamat pagiiii Na! Hari ni kau cantik sangat!" Ucap Delisha dengan pujian

Aina melihat Delisha dengan pandangan pelik kerana tidak pernah-pernah mengucapkan selamat pagi, apatah lagi memujinya cantik.

'Dah kena sampuk apa budak ni' Ujar dalam hati Aina

"Kau okay tak okay ni Sha? Aku tengok happy semacam je kau ni. Kau menang besar ke semalam sampai happy sangat ni?" Tanya Aina hairan

"Hehehe, bukan setakat menang besar Na, aku menang banyak juga" Jawab Delisha dengan senyuman lebarnya

Aina masih memandang pelik ke arah Delisha. Dia turut tidak berpuas hati dengan jawapan Delisha kerana pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga menyebabkan Delisha gembira lain macam hari ini.

"Cuba kau story mory dengan aku yang sebenarnya kau happy ni sebab apa? Jangan cakap kau jatuh cinta Sha?" Ucap Aina lagi

Delisha memandang Aina dengan pandangan tersipu malu. Kalau Aina boleh smackdown dia masa tu nak je Aina smackdown Delisha ketika itu juga. Betul-betul buang tebiat anak ni.

"Sha, bagus-baguslah jangan sampai aku hempap kau kat sini, tak cukup nafas kau karang" Ugut Aina dengan nada geram

Delisha masih dengan riak yang sama ditambah dengan jari telunjuknya yang digeserkan antara satu sama lain. Kesabaran Aina dah nak sampai pengakhirannya.

Kalau Delisha tidak ceritakan lagi kepada Aina, risau kang keluar berita seorang sahabat hilang nafas gara-gara dihempap oleh rakannya sendiri. Ha lebih baik Delisha ceritakan dengan segera.

"Sebenarnya kan Na, aku kan, ishh malu lah nak kata" Ucap Delisha dengan malu malu cat

"Ya Allah Sha! Baik kau cakap habis kalau tak memang aku betul-betul hempap kau kat sini juga biar kau tak boleh cakap terus!" Penuh kegeraman Aina berkata

"Yelahh aku nak cakaplah ni, kau sabar japlah" Jawab Delisha

"Dah cepat kalau tak haaa..."

"Yeeee! Sebenarnyalah kan Na aku rasakan aku makin jatuh cinta lah!" Ucap Delisha lalu menutup mukanya malu

"Haaa! Kau biar betul ni Sha! Dengan siapa pula kau makin jatuh cinta ni?" Soal Aina dengan riak terkejut

"Jangan cakap.." Aina melihat ke arah Delisha

Delisha juga membalas pandangan Aina lalu mereka saling bertatapan seolah faham apa yang mereka katakan walaupun belum habis apa yang dikatakan oleh Aina

"Haaaaa? Kau biar betul ni Sha? Bukan sebelum ni kau gaduh dengan dia ke? Dah kenapa pula boleh sampai jatuh cinta sangat-sangat ni?" Ujar Aina terkejut seolah-olah masih tidak percaya lagi

"Aku pun tak tahu lah Na, makin hari aku menafikan rasa tu makin kuat pula rasa suka, dan cinta aku dekat dia" Terang Delisha lagi

"Aihh berat kau ni Sha. Tak pernah-pernah kau macam ni! Dulu kau crush dengan si Akim tu takde lah sampai macam ni penangan dia"

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now