Auliya menanggalkan kasut sekolahnya terlebih dahulu. Pintu masuk rumahnya dibuka lalu dia melangkah masuk.
"Assalamualaikum,kakak dah balik"
Salam diberi. Dia perlahan-lahan menutup kembali pintu rumahnya.
Matanya terbutang. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Abangnya yang mempunyai Downsyndrom sedang berguling-guling di atas lantai sambil menangis.
"Abang! Sabar abang!" Pujuk Amir,adik kepada Auliya.
Pantas kaki berlari dari pintu masuk. Aliya mencampakkan beg galasku di kerusi lalu memeluk abang sulungnya itu.
"Abang kenapa ni bang!? Adik kenapa dengan abang ni!?" Soal Auliya dengan panik.
"Kakak..abang jatuh lepas tu cedera di bahagian lutut..adik dah cakap biar adik ubatkan tapi abang tak nak! Abang nak kakak jugak.." Jelas Amir.
Dia sudah menangis teresak-esak. Mungkin rasa serba-salah yang membuatnya menangis sebegitu rupa.
"Abang..ini Auliya ni, Auliya adik abang.." Auliya cuba untuk memujuk.
Ya, disebabkan umur Auliya dan Adam hanya berjarak setahun,mereka menjadi sangat rapat.
"L-liya?" Adam menyahut. Dia masih pelat,tetapi bagi Auliya dan Amir mereka sudah biasa. Malah fasih dengan bahasa Adam.
"akit (sakit)" Sayu sahaja suara Adam mengadu.
Amir dengan pantas menghulurkan minyak gamat serta plaster kepada kakaknya untuk mengubati luka pada lutut Adam.
Usai menguruskan hal itu,barulah Auliya dapat bernafas. Dia membuka tudung sekolahnya. Maka terserlah lah rambut coklatnya yang panjang paras pinggang.
"kakak,kenapa abang tak nak adik tolong dia? Abang memang sayang kakak sorang saja ke?" Soal Amir. Terselit nada kecewa di dalam soalannya. Dia turut merasa seperti menyusahkan kakaknya.
"Bukan..kakak kan rapat dengan abang. Abang cuma tua setahun dari kakak jadi, kami rapat lah adik pulak muda enam tahun dari abang kan." Jelas Auliya. Dia menggosok baju adiknya.
"Tapi macam mana nak rapat dengan abang?" Soal Amir sekali lagi. Dia kelihatan sangat bersungguh untuk rapat dengan Adam.
Auliya menghulurkan dua kereta mainan kepada Amir.
"Nah,pergi main dengan abang. Confrim abang suka main dengan adik juga" spontan Auliya memberi arahan. Amir mengangguk lalu menghampiri abangnya.
"Abang,adik nak main dengan abang" sapa Amir. Adam hanya merenung ke mata Amir dalam-dalam lalu senyuman yang lebar terpapar di mukanya
"main? Yay yay! Jom gi aman ama-ama!(jom pergi taman sama-sama)" sungguh gembira seorang Muhamad Adam apabila diajak main.
Amir pula tersenyum lebar. Teruja untuk bermain bersama.
"Kakak. Dah study belum?" Soal satu suara yang garau. Auliya dengan perlahan-lahan menoleh. Kelihatan encik Farees sedang berdiri di belakangnya.
Terdapat sebotol air arak di tanganya.
"Kakak baru balik..kakak mandi dulu iye,lepas tu kakak terus study" bicara Auliya.
Dengan pantas dia berjalan melepasi Encik farees. Hanya tuhan sahaja tahu bertapa takutnya dia ketika itu. Mood ayahnya itu bukan boleh kira. Kalau mahu mengamuk,maka semua orang dipukulnya.
"Ape hal ni?" Tegas nada Encik farees.
"Ayah? Oh takde apa-apa..adik dengan abang nak pergi taman nak main..boleh kan?" Balas Amir. Suaranya kedengaran sangat takut.
"Yay yay main main" sorak Adam tanpa segan silu mahupun takut.
"Diam." Tegas Encik Farees bersuara.
"Kemas rumah,pergi masak ke apa ke." Arah Encik Farees. Sudah jelas dia tidak mengizinkan anaknya bermain diluar.
"ayah..aman?(ayah..taman?)" Soal Adam dengan sayu.
Encik Farees mengangkat tangannya lalu dihayunkan pada pipi Adam. Pipi Adam telah ditampar kuat oleh encik Farees sehingga bergemar rumah itu.
Amir tergamam melihat perbuatan Encik Farees terhadap Adam. Adam mula menangis teresak-esak lalu membalingkan kereta-kereta mainannya di merata tempat tanda tuntrum. Perbuatan itu berjaya membuatkan Encik Farees semakin marah.
Encik Farees menghayunkan kakinya pada badan Adam. Adam tercampak ke dinding akibat tendangan kuat encik Farees.
Bunyi yang kuat itu membuatkan Auliya takut. Dia tahu,ayahnya sedang membelasahi abang atau adiknya. Tetapi,dia harus memberanikan dirinya!
Dengan keberanian yang ada,dia menghampiri ruang tamu.
YOU ARE READING
My Golden Sunshine [OG]
ActionAshar Ian Xander,sebaris nama yang digeruni di alam dunia kegelapan tetapi dikagumi di alam dunia pekerjaan. Nurul Auliya Aishah nama diberi. Ashar Ian Xander dan Nurul Auliya Aishah di ibaratkan kucing dan anjing. Tidak pernah sependapat sejak kali...