Aku melangkah keluar dari bilik tetamu yang mewah milik keluarga Ashar dan Arisha.
"Mana abang dengan adik eh?" Soalku dengan nada yang perlahan. Hmm besar benar rumah ni..boleh sesat aku nak cari adik beradik aku ni.
"MBAAA!" Jerit suatu suara garau di belakangku. Aku terkejut lalu menoleh belakang. Jejaka itu hanya melepaskan ketawanya dengan sopan dan lembut. Huh sapa dia ni? Soalku. Aku hanya diam.
"Hi! I'm Amsyar Ayron Hayden! Ashar's and Arisha's elder brother"
aku merenung ke arah wajah kacak milik lelaki itu. Asmyar..eh jap
"Oh you're the same guy i saw earlier,am i right?" Dia mengangguk kepalanya. "Well nice to meet you Asmyar,i'm Nurul Auliya Aishah" tambahku.
"Nurul Auliya Aishah? What a lovely name. You're Malaysian?" Soalnya. Aku mengangguk. "Good because i'm half Malaysian" tambahnya. "Kacukan?" Soalku mendatar. Asmyar menganggukkan kepalanya. "Yes,saya kacukan. Malaysia dengan Amerika." Jawabnya dengan sopan.
"Oh..okay yang lain mana?" Soal ku mendatar sambil mengambil tiga langkah kebelakang. Lepas kejadian pada malam itu aku menjadi kurang selesa dengan keadaan sekiling. Sentiasa gelisah kalau Ashar tiada di sisi. Eh pahal ayat aku macam nak berkepit dengan dia 24 jam ni? Ish! Dia santau aku ke sial?
"Diorang ada dekat ruang tamu. Jom saya bawa awak ke sana" pelawanya. Aku hanya mengangguk dan mengekorinya tetapi mengekalkan jarak satu meter dengannya.
"Awak takut dengan saya ke?" Soalnya. Senyumannya yang kacak masih lagi melekat di bibirnya. Aku tidak mampu membuka mulut. Tiba-tiba Asmyar berhenti berjalan. Belakangnya hampir sahaja dicium olehku.
"Nurul,awak takut dengan saya ke?" Soalnya lagi.
"Panggil Auliya je Lah." Dengan pantas aku cuba untuk mengubah topik.
"Auliya..ok jom!" Pelawanya lagi.
Setibanya aku dan Asmyar di ruang tamu. Aku mendengar suara abangku sedang tertawa. Aku melihat sekiling dan melihat Ashar sedang bermain dengan abangku yang Austism itu.
Tiba-tiba badanku dipeluk dengan erat. Aku menoleh lalu melihat Arisha yang memeluk ku dari belakang. Haih dia ni..
"Auliyaa!!" Jeritnya. "Ye ye faham kau rindu aku tapi tolong badan aku masih sakit" kata ku sambil mengukir senyuman. Arisha dengan pantas melepaskan pelukannya. Lalu menarik tanganku ke arah Ashar,Adam dan Amir.
"Kakak!" Tegur Amir lalu membantuku untuk duduk di sofa. Ashar dan Adam menoleh ke arah ku sebaik sahaja mendengar suara Amir yang memanggil namaku. Adam berlari lalu memelukku dengan erat. "Iya bang..Liya ni"
Kriuukk..
Muka ku mula merasa bahang. Ha..yang ini bukan sebab marah. Yang ni baru betul malu.
Ashar melepaskan ketawanya dengan kuat.
"Alolo sian baby aku ni tengah lapar! HAHAHAH" gelaknya. "Kepala babi kau! Siapa baby kau!?" Marahku. Lagi aku marah lagi kuat ketawanya. Hadehh..gila dah dia ni.Amsyar menghampiriku dengan sepiring nasi lemak.
"Nah,awak makan lah. Ke nak saya suapkan?" Soalnya prihatin sambil menghulurkan piring tersebut. Piring berisikan nasi lemak itu bertukar tangan. Aku hanya senyum.
"Takpelah aku boleh suap sendiri." Balasku mendatar. Dia kelihatan agak terkejut dengan cara percakapanku yang selamba menggunakan aku. Lalu dia hanya tergelak kecil.
"Awak ni mesti jenis yang chill kan? Kita baru kenal awak dah guna aku kau" katanya sambil mengukir senyuman yang ikhlas.
Aku hanya menganggukkan kepalaku perlahan."Hehe,saya suka lah cara awak ni. Buat semua benda ikut keselesaan awak tapi masih tidak melampaui batas! Saya puji ni tau!" Puji Amsyar. Aku hanya diam. Masih lagi kurang selesa dengan kehadiran jejaka yang bernama Asmyar ini.
YOU ARE READING
My Golden Sunshine [OG]
ActionAshar Ian Xander,sebaris nama yang digeruni di alam dunia kegelapan tetapi dikagumi di alam dunia pekerjaan. Nurul Auliya Aishah nama diberi. Ashar Ian Xander dan Nurul Auliya Aishah di ibaratkan kucing dan anjing. Tidak pernah sependapat sejak kali...