"Eh sial lah kau ni anjing!" Maki Kyle dengan kuat.
"HAHAHHAHA padan muka!" balas William pula dengan nada yang mengejek.
"HHAHAHAHA awal-awal dah kena skip mat! Sobat!" Gelak Ashar dengan kuat.
"Rileks lah Kyle,uno je pon" kata Asmyar dengan tenang.Brian hanya menggelengkan kepalanya sebelum menoleh ke arah Amir kemudian beralih ke arah kad-kad uno yang dipegang oleh remaja berusia 14 tahun itu.
"Arh kau! Janji kad aku tak sebanyak budak tu!" Jerit Kyle lalu menundingkan jarinya ke arah kad-kad yang dipegang oleh Amir. Amir hanya senyum tawar. Segan kerana dia lah paling muda di kalangan mereka semua.
"Amir okay tak?" Soal Ashar. Amir hanya mengangguk perlahan. "Lemah lah kau budak! Baru main dah tebal kad-kad kau" kata William.
BUKK..
Kepala William diketuk kuat oleh Brian. "Budak pun kau nak cari pasal ke?" Soal Kyle.
"kau pun sama je dengan anak haram tu lah bengong" maki Ashar sebelum beralih duduk disebelah Amir.
"Amir reti tak main Uno?" Soal Ashar. Amir menggeleng kepalanya dengan perlahan.
"Hehe..tak Amir tak biasa main game kad-kad ni" balas Amir dengan senyuman tawar.
"Amir biasa buat apa dekat rumah?" Soal Asmyar pula.
"Amir biasa tolong kakak masak,kemas rumah,buat kerja rumah lepas tu main mainan dengan abang Adam" balas Amir. Kyle,William,Brian, Asmyar dan Ashar menoleh ke arah Adam yang sedang tidur lena di atas ribaku. Ya aku dan Arisha ada di ruang tamu sambil memerhatikan mereka bermain kad uno.
"Oh..reti masak lah ni? Bagus lah,senang nak kahwin nanti,tak gitu?" Balas Amsyar, senyuman yang ikhlas di hadiahkan untuk Amir.
"Eh- Amir baru 14 tahun lah nak cakap pasal kahwin ni-" balas Amir dengan nada yang segan dan malu. Amir,adik lelaki ku ini memang pemalu orangnya.
Hmm si adik pemalu, manakala si kakak nauzubillah tiada kemaluan. memang nasib baik lah aku ni setakat tak malu je,kalau tak bermaruah juga tak ke naya?
"Eh kau,jangan nak ajar budak ni bukan-bukan lah! Pergi lah kau! Mir sini abang ajar Mir main,nanti boleh ajak kakak main sekali" kata Ashar. Amir tersenyum lebar mendengarkan itu.
Ashar memang sering melayan dan memanjakan Amir dan abang Adam dan kerana itu lah Adam dan abang Adam juga kelihatan lebih selesa dengan Ashar berbanding dengan yang lain.
"Terima kasih! Abang banyak bantu Amir!" Ashar yang mendengar itu tergelak kecil. Haih..baiknya kau ni kan? Sama je macam bidadari aku tu si Auliya..eh! Shhh! readers jangan bagitahu Auliya pulak! Kang kantoi hehe..bisik Ashar di hatinya.
Kepala Amir diusap lembut "alah,Amir adik abang jugak!" Balas Ashar.
PAP!
Satu bantal terbang menghinggap ke muka Ashar. "Kau pahal claim adik aku tu adik kau hah anjing?!" Marahku.
"Aku yang jaga,aku yang bagi makan,aku yang lindung dia dari orang tua tak guna tu ade hati nak panggil adik aku tu adik kau?" Marahku lagi.
"Aduhh alah kau ni! Sharing it's caring you know?!" Marah Ashar pulak.
"Fuh Amir,Diorang rebut kau Macam tengah rebut awek mat" bisik William ke telinga Amir. Kedengaran suara Abang Adam bangun dari tidurnya. Dengan perlahan dia bangun dari ribaan ku lalu menggosok matanya sebelum berjalan ke arah Amir. Abang Adam duduk sebelah Amir lalu melentokkan kepalanya di atas bahu Amir.
Mahu bermanja agaknya."Apar..dam apar..(lapar..adam lapar..)" adunya dengan nada berleret. "Ha! Abang Adam tunggu sini,nanti Liya suap Abang makan,eh? Tunggu tau!"
Dengan pantas aku melangkah ke arah dapur. Selepas beberapa minit aku kembali dengan sepinggan nasi lemak bersama telur mata. Adam kemudian segera menegakkan badannya. "Acik emak! Yeay!!(nasi lemak! Yeay!)" Soraknya dengan riang.
YOU ARE READING
My Golden Sunshine [OG]
ActionAshar Ian Xander,sebaris nama yang digeruni di alam dunia kegelapan tetapi dikagumi di alam dunia pekerjaan. Nurul Auliya Aishah nama diberi. Ashar Ian Xander dan Nurul Auliya Aishah di ibaratkan kucing dan anjing. Tidak pernah sependapat sejak kali...