T.F.J sedang berjalan berseorangan di kawasan bandar itu. Berjalan berseorangan tanpa hala tuju sudah menjadi kebiasaan baginya. Katanya untuk menghilangkan stres. Melihat bintang-bintang yang menghiasi langit pada malam itu sangatlah menenangkan jiwanya.
"Betina tak guna!" Caci satu suara garau yang datang tidak jauh daripada wanita itu. T.F.J berdecit.
"Tch. Ape hal pula ni?" T.F.J meninjau-ninjau untuk mencari punca bunyi perbalahan itu.
Matanya menangkap susuk seorang lelaki berkulit sawo matang sedang memarahi dan memaki seorang gadis. T.F.J mengecilkan matanya. Itu bukan ke Ratu Jessica Irdina? Oh shit.
Jejaka itu..mesti bekas bekas teman lelaki Jessica yang pernah diceritakan kepadanya sebelum ini
Name:Azhar Hassan.
Age: 26 years old.
Weigh:76kg
Height: 167
religion: muslimSelepas kejadian samasa Jessica ingin membunuh dirinya sendiri beberapa hari yang lepas,T.F.J ada mencari maklumat perihal jejaka itu dengan pertolongan Brian. Tidak sangka pula dia akan bertemu secara bersemuka.
“huh..muka macam taik ayam ada hati nak jadi buaya? Ew!” desis hatinya apabila dia sempat memerhatikan wajah tidak seberapa Azhar.
Kelihatan Azhar mula mengangkat tangannya untuk memukul Jessica. Dengan pantas T.F.J mencelah lalu menangkap tangan Azhar.
"Sapa ajar kau pukul pompuan ni?" Soal T.F.J dengan sinis. Senyuman di bibir masih lagi terukir. Ianya bukan lah senyuman yang manis tetapi senyuman membunuh. Dia cukup pantang apabila kaumnya sendiri di caci dan dipukul tanpa sebarang alasan yang kukuh.
"Kau siapa hah?!" Tengking Azhar. Dia cuba untuk menarik tangannya tetapi malangnya cengkaman daripada T.F.J terlampau kuat. Ini mustahil! Kudrat kaum adam biasanya lagi kuat berbanding kudrat kaum hawa. Jadi mengapa..?
"J..Jasmine?" Terketar-ketar suara Jessica menyebut nama palsu T.F.J. Air mata Jessica menurun dengan pantas apabila dia sedar bawah T.F.J menyelamatkan dirinya buat kali ke dua.
T.F.J terdiam seketika. Siapa pulak minah nama Jasmine ni? Dia memejam kan matanya sesaat. Eh itu aku lah! Aduh!
T.F.J berdehem.
"Apa kau nak buat dekat Kawan aku ni?" Soal T.F.J tegas. Dia ingin membela nasib Si Jessica ini.
Jessica memeluk kuat pinggang ramping T.F.J. dia gerun melihat wajah baran teman lelakinya itu.
"Lepas!" Azhar menarik kasar lengannya.
"Kau memang bodoh Jessica! Berani kau minta putus dengan aku!" Maki Azhar.
"You yang curang!" Layang suara Jessica yang cuba untuk membela dirinya.
"Kurang ajar!" Azhar ingin menampar Jessica buat kali kedua tetapi dia terlambat beberapa saat. T.F.J sekali lagi berjaya menahan tindakannya lalu dalam sekelip mata, T.F.J menggunakan lengan kirinya untuk mencekik Azhar lalu melakukan smack down. Dalam beberapa saat dia berjaya menjatuhkan tubuh tegap Azhar ke lantai.
T.F.J menekan kuat kepala Azhar ke tanah.
"Kissy,kissy,kiss the dirty ground! Awhh so sweet!" Ejek T.F.J.
"Sial!" Azhar terkejut dengan bertapa cepat dia dikalahkan oleh seorang wanita.
"Hey hey,mummy you tak ajar ke cara untuk hormat orang lebih tua dari you,hm?" Sinis suara T.F.J.
"Diam lah hanat!" Makinya.
"Takpa,biar i yang ajar you." Tanpa menunggu lama kepala bekas teman lelaki Jessica itu di tumbuk kuat oleh T.F.J bertalu-talu tanpa belas kasihan.
YOU ARE READING
My Golden Sunshine [OG]
ActionAshar Ian Xander,sebaris nama yang digeruni di alam dunia kegelapan tetapi dikagumi di alam dunia pekerjaan. Nurul Auliya Aishah nama diberi. Ashar Ian Xander dan Nurul Auliya Aishah di ibaratkan kucing dan anjing. Tidak pernah sependapat sejak kali...