bab 7

63 7 3
                                    

Puan Maria melangkah masuk ke dalam kelas.

"Kelas. Duduk semua. Tidak perlu untuk memberi salam bagai." Tegas puan Maria.

Mereka patuh. Mulut mereka dikunci.

"Hari ini kamu semua ada ujian mengejut untuk matapelajaran matematik." Lapor puan Maria.

Semua murid jelas terkejut. Mereka tidak bersedia lagi dengan ujian.

"Cikgu! Ape ni cikgu? Kami tak sedia lagi ni!"

"Cikgu ujian tu buat esok Aje lah cikgu"


Ramai lagi yang cuba untuk membantah dan memujuk puan Maria namun Puan maria berkeras dengan ujian mengejut yang sudah disediakan.

Auliya berpaling menghadap Arisha yang mula panik

"Auliya! Help i'm might fail!"Arisha sudah panik.

apa yang di panikkan pun tak tahu lah. Dia bukannya murid tercorot.

Arisha bukanlah murid yang lemah dalam mata pelajaran. Dia sentiasa dalam kalangan tempat ke 10 dalam tingkatan.

"Relaks,kau pun pandai apa? Takpe,kau boleh buat punya. Bukan macam yang tu." Sengaja Auliya menyelitkan sindiran.

Dia menjeling ke arah Ashar yang sedang duduk sambil lewa. Dia sedikit pun tidak mengambil peduli dengan perperiksaan.

Dua hari berlalu dan hari ini puan mawar akan memberi semula keputusan dari ujian mengejut dua hari yang lepas.

Ramai yang lulus dan hanya beberapa yang gagal.

Seperti biasa Auliya yanh mendapat markah tertinggi di antara rakan-rakan sekelasnya.

Manakala yang paling rendah pula Ashar. Kosong. Melihat kertas kosong Ashar membuatkan puan Maria mengamuk.

" Kenapa? Rupanya dia tak jawab langsung,jangan kata jawab tulis nama pun tidak,setakat signature Aje! Dia ingat dia anak jutawan Amerika dia boleh buat suka hati dia ke Siot la, Arisha pun dapat hampir sama banyak dengan aku. " Bebel Auliya seorang diri.

Walaupun Ashar dimarahi dan dicaci oleh puan maria dia masih berlagak selamba dan sempat lagi mengenyit matanya ke arah skandel-skandelnya dan juga gadis-gadis lain di kelas.

"Kamu ni memang dah melampau Ashar! Saya akan jumpa bapa kamu!" Ugut puan Maria.

Jelas dia sudah tidak tahan dengan kelakuan Ashar selama tiga bulan dia menuntut ilmu di Malaysia dan belajar di sekolah ini. Ashar hanya tersenyum hambar

"okay,do whatever you want madam maria. I'm out" balasnya dengan lagak selamba dan angkuhnya.

Disebabkan satu sekolah sudah tahu bahawa Ashar dan Arisha merupakan kembar Arisha juga diminta untuk dipanggil ke bilik guru.

"Hmm..kesian Arisha dapat kembar macam musibat tu" desis Auliya.

Ini juga salah satu sebabnya mengapa dia kurang suka dengan Ashar. Sentiasa menyusahkan orang lain.

Sekian lama menunggu akhirnya tibanya masa untuk pulang.

Kebiasaannya Auliya akan berjalan dengan Arisha ke pagar sekolah tetapi di sebabkan dia dan si musibat tu masih di dalam bilik guru Auliya memutuskan untuk menunggu kepulangan Arisha di kelas.

Kebiasaannya dia dan Ashar akan menaiki kereta untuk pergi dan pulang dari sekolah.

Dirinya? Jalan kaki la beb,takde maknanya aku ni dihantar dijemput bagai,aku pergi balik jalan kaki la.

My Golden Sunshine [OG]Where stories live. Discover now