Hampir Lima Minit Auliya berdebat dengan Tuan Adler. Ayah kepada kembar berdua itu.
Lelaki itu menawarkan Auliya dihantar pulang tetapi gadis itu menolak pelawaan itu sekeras-kerasnya.
Sebab Auliya menolak pelawaan Tuan Adler ialah kerana risau Jika ayah tirinya melihat Tuan Adler. Tidak pasal-pasal Nanti dia kena belasah lagi teruk.
Mood ayah tirinya kini makin hari makin tidak baik. Ada sahaja yang ingin dimarahnya. Tidak kisahlah berbuat Salah ataupun tidak,pelempang tetap diterima.
Angin lelaki tua itu terlalu teruk!
Entah berapa Lama lagilah Auliya dan adik serta abangnya akan dapat bertahan.
Dalam perjalanan pulang,Auliya berhenti dihadapan kedai runcit milik lelaki tua berusia hampir 50 tahun.
Lelaki itu digelar 'Pak samad' oleh kejiranan. Beliau merupakan orang tua yang paling peramah sekali. Murah senyum,rajin ke masjid dan dia juga mengambil upah mengajar kanak-kanak untuk mengaji al-Quraan.
Auliya sangatlah akrab dengan lelaki tua itu. Setiap petang dia,Adam dan Amir akan singgah ke kedai runcit Pak samad semata-mata untuk bekerja beberapa jam.
Mereka jarang diberikan makanan ataupun suit belanja oleh ibu dan ayah mereka. Demi sesuap nasi, Auliya dan Amir membuat keputusan untuk mengambil upah.
Disebabkan itu,Pak samad menjadi amat rapat dengan tiga beradik itu. Dia melayani mereka seakan anak sendiri.
Pak Samad ini pernah mempunyai isteri yang penyayang tetapi sudah pun meninggalkan dunia ini pada lima belas tahun yang lalu.
Yang lagi membuatkan Auliya rasa sebak ialah isteri Pak Samad sedang mengandungkan anak sulung mereka sebelum kematian. Beritahunya, Sang Isteri dan anak dua-dua tidak dapat diselamatkan.
"Eh, Yaya! Awal datang? Biasanya pergi tukar pakaian sekolah dulu" lembut sahaja pertuturan Pak samad itu.
"Saja,Yaya Nak beli aiskrim untuk abang dengan adik dulu. Nanti dalam sepuluh Minit lebih kami datang macam biasa,okay? Yaya Nak mintak aiskrim seringgit Tiga,Pak samad" biarlah seringgit sekalipun janji dapat merasa. Sudah Lama tidak makan aiskrim. Jadi terliur pula
"Ohh..kejap pak tolong ambilkan" Balasnya.
Auliyahanya senyum tanda terima kasih. Tiba-tiba ade sesuatu yang menarik perhatiannya. Dia mendengar beberapa suara Sedang bertikam lidah.
Macam kenal suara tu. Dia cuba untuk mengintai di luar kedai runcit pak Samad.
Auliya terdian. Dia terkejut melihat Tuan Adler sedang menengking Ashar di kedai makan di seberang jalan. Punyalah kuat suara dia Sampai ke sini boleh dengar. Tidak jelas tapi samar-samar je lah.
"Kuat jugak suara daddy Arisha eh?" Gumamnya dengan perlahan,cukup hanya untuk dirinya yang mendengar.
Dia tidak pasti apa yang di sebut oleh ayah si kembar itu tetapi jelas dari riak wajahnya yang dia sangat berang terhadap ashar sekarang.
'Arisha ada report pasal ashar dengan Aku,ke?' desis hatinya.
"Wah jauh termenung Auliya" tegur sesuatu suara dari belakangnya.
Auliya memusingkan badannya 180° Darjah. Kelihatan pak Samad berdiri di belakangnya sambil memegang plastik yang berisi tiga batang aiskrim di dalamnya.
"Eh takdelah.." ringkas sahaja balasannya. Auliya hanya tersengih.
"Nah,aiskrim seringgit yang tinggal hanya aiskrim Malaysia je..maaf lah iye" pinta pak Samad.
YOU ARE READING
My Golden Sunshine [OG]
ActionAshar Ian Xander,sebaris nama yang digeruni di alam dunia kegelapan tetapi dikagumi di alam dunia pekerjaan. Nurul Auliya Aishah nama diberi. Ashar Ian Xander dan Nurul Auliya Aishah di ibaratkan kucing dan anjing. Tidak pernah sependapat sejak kali...