bab 22

34 5 0
                                    

Hari ini sudah genap dua bulan aku bergelar isteri kepada seorang Ashar Ian Xander Seorang Jejaka Gila yang kiriman Allah untukku. Hahaha, sial lah.. tapi memang gila pun mamat tu. Asal aku kawin dengan dia.

Hari ni,Ashar mengirimku pulang ke Malaysia di atas permintaanku sendiri. Rindu lah dengan abang Adam,Amir,pak Samad pun aku rindu jugak!
Huhu..selepas pelbagai cara untuk membodek sang suami aku memutuskan untuk menggunakan taktik drama lelehan air mata di TV3 ala-ala drama 7 hari mencintaimu. Eh tak tak,gurau.. itu je nama drama yang aku ingat hehe..

Selepas adegan air mata palsuku itu akhirnya Ashar membenarkan ku pulang ke Malaysia dengan syarat seperti biasa William,Kyle dan anak-anak buahnya yang lain akan menjagaku seperti dahulu kala. Alah,dahulu lah sangat.
Baru dua bulan Dorang tak jaga aku,well diorang kecuali William dan Kyle.Mereka memang sudah ditetapkan sebagai penjaga aku. Hm dah macam Dorang tu bapak aku pulak.

Setibanya aku di A.I's Airlines Ashar mengucup pipi kiri dan kananku juga tidak lupa dengan dahiku.
"Aishah.." dia merenung mataku lembut, aku dapat mentafsirkan bahawa dia tidak ingin berjauhan denganku lagi.
"Rindu.." tuturnya.
"Mengada,orang tak berambus lagi dah kemain rindu bagai" sindirku.

Ashar mengusap pipi ku dengan lembut. "It just been five Months that we've been together. It not fair.." adunya dengan nada yang manja.
"Do you really have to go? Our two month marriage is nothing compare to our last five years of distance..." rayunya lagi,cuba untuk membuat aku kasihan padanya.

"Hok aloh,seminggu je pun kita berpisah. Minggu depan dah balik,awak juga yang jemput kan? Drama betul lah kau ni mat" sindirku lagi. Ashar berdecit. "Still, it'll drive me crazy..i am nothing without you, my sushine." Tuturnya lagi. Aduh! Berdrama sangat lah laki aku ni!

"Mama!! Lama lagi ke mama? Papa dah penat nii" Jerit William yang hanya satu kilometer jauh dari kami.

"Ekhem, Sayanggg cepat la i dah lapar nii" jerit Kyle pula dengan suara yang dikepitkan.
Kedua William dan Kyle membuat aksi tergedik-gedik ala cacing terkena air garam.
Kyle kemudian menghampiriku dan mula tergedik-gedik. "Youuu jom lahh" ujarnya dengan nada kepitnya.
Melihat adegan pondan dari Kyle itu membuatkanku terasa mual. Siot! Kyle tidak mengalah mahupun terasa dengan riak wajah geliku malah dia terus dan terus berlagak seperti pondan dan cuba untuk menggodaku dengan lagak pondannya tu.

"Cayangg i lapar niiee jom lah cuap i makann" ujarnya dengan nada yang dikepitkan. William sudah bergolek-golek di lantai dek suka dengan gelagat sahabatnya itu.

"Stop" ujar Ashar sepatah tapi cukup menggerunkan hingga Kyle kecut perut. William yang tadinya tertawa riang dengan pantas berdiri kembali di kedua kakinya.
Mereka berdiri tegak seperti askar,polis, bodyguard dan lain-lain. Mahupun wajah mereka berdua kelihatan kosong aku dapat mentafsirkan bertapa gerunnya mereka dari melihat bebola mata mereka.

Aku memusingkan kepalaku untuk melihat wajah Ashar. Astaghfirullah! Mukanya yang tadi kelihatan manja,semanja seorang kanak-kanak seusia enam tahun dengan ibunya, tadi berubah menjadi seekor singa. Aku dapat melihat rahangnya di ketap rapat dan matanya yang kelihatan beku dan dingin. Kenapa tiba-tiba?

Aku mengalih pandanganku ke arah tangannya yang kini digenggam dengan kuat. Aku dapat melihat urat-urat hijau timbul di tangannya. ini bukan Ashar Ian Xander,suamiku yang aku kenali, ini adalah si Asscher ketua kepada the U.S D.D's Mafia!

Melihat wajahku yang kelihatan gerun dengan riak wajahnya,dengan pantas dia berdehem lalu mengubah riaksi mukanya kembali normal lalu mencium lembut bibirku. "There,stay safe okay sunshine? Jangan nakal-nakal tau" pesannya lembut. Ciuman Ashar tadi membuatkanku sedikit sebanyak berkurangan rasa gerun.

My Golden Sunshine [OG]Where stories live. Discover now