bab 17

31 6 0
                                    

Amir berdiri di depan pagar sekolahnya sambil menanti ketibaan Ashar. Hari ini dia hanya pulang berdua dengan Ashar kerana aku dan Arisha telah pergi terlebih dahulu untuk menziarahi kubur ayah.

"Amir!!" Jerit suatu suara garau memanggil Amir yang sedang memakan coklat yang baru dibelinya sebentar tadi.

Amir berpusing ke kiri dan ke kanan untuk mencari dimana datangnya suara garau itu kemudian dia melihat sekumpulan remaja lelaki menghampiri nya.

Riak wajah Amir berubah pucat dan takut sebaik sahaja dia melihat remaja-remaja tersebut. Dia mencuba untuk melarikan diri tetapi gagal apabila salah seorang daripada mereka iaitu lelaki yang bernama Raja Ja'afar Iskandar memaut erat bahu Amir. Fuhh nama dia,tak mau kalah ek? Haha.

"Nak pergi mana?" Soal Raja Ja'afar dengan senyuman yang sinis. Bahu kanan Amir sengaja di genggam kuat dan kemas agar dia tidak dapat melarikan diri.

"T-tak..tak pergi mana-mana pun.." balas Amir dengan nada yang perlahan.

"Oh.." Raja Ja'afar kelihatan sangat gembira apabila melihat wajah ketakutan juniornya itu. "Aku datang sini bukan apa lah,saja nak melepak dengan kau..." katanya dengan sinis. Geng-gengnya mengangguk tanda setuju.

"Jom ikut kitorang,budak!" Katanya dengan sinis. Amir mengenglengkan kepalanya. "T-tak nak!" Raja Ja'afar dan geng-gengnya mengheret Amir secara paksa ke kawasan tertutup di sekolah antarabangsa milik keluarga Xander itu.

Oh ye,author tak mention kan masa awal-awal chapter? Author ingin memohon maaf.

Amir diheret ke bilik stor yang agak gelap,badannya dicampak ke rak yang terdapat pelbagai alatan sukan. "Aku ni,tengah bengang sekarang ni sebenarnya. Maklum lah senior kan banyak kerja... stress.. kau nak tolong aku lepaskan marah aku kan?" Senyuman Raja Ja'afar semakin meluas..

Setengah jam kemudian..

"Ish mana budak ni menghilang? Dah lah Si Isha dengan lahanat aku tu cau dulu!" Kata Ashar sambil meraup rambutnya dengan kasar. Rambut perangnya sudah kusut Masai selepas mencari keberadaan Amir yang sepatutnya ada di gerbang pagar sekolah menunggunya 30 minit tadi.

Nafas Ashar tercungap-cungap dek kepenatan kerana mencari si Amir selama setengah jam lamanya.. mata biru laut milik,Ashar melihat Raja Ja'afar bersama geng nya berjalan keluar dari bilik stor.. mereka kelihatan seperti baru sahaja melakukan sesuatu kerana terdapat peluh di dahi mereka. Senyuman jahat mereka juga menjadi sebab Ashar ingin mengambil tahu apa yang mereka buat sebentar tadi.

Ashar merenung tajam ke arah mereka dari jauh.
"Hm..asal aku rasa seram sejuk ni?" Soal salah seorang dari geng raja Ja'afar yang bernama Haikal.

"Hm..entah lah,aku pun rasa seram sejuk." Balas Faiz kepada soalan Haikal.

"Entah-entah ada hantu Kut kat kawasan ni?" Soal Ikhmal pula.

"Hmm tapi kan,aku ade dengar gossip dari budak-budak junior perempuan hari tu! Dorang kata kat stor ni ade.." balas Isyraf dengan nada yang dibuat-buat berlagu untuk menakut-nakutkan rakan-rakannya.

Bukk

Kepala Isyraf di ketuk kuat oleh Raja Ja'afar.
"Hotak kau! Bende-bende sial ni jugak kau nak percaya? Bodoh!" Maki Raja Ja'afar.

Isyraf hanya tersenyum seperti kerang busuk.
"Maap brader" balasnya. Raja Ja'afar hanya menggelengkan kepalanya.

"By the way,apa cerita kau dengan crush kau yang kau dok usha setiap hari tu Ja'afar?" Soal Faiz secara tiba-tiba.
Persoalan itu membuatkan langkah Raja Ja'afar terhenti.

"Entah." Balasnya acuh tak acuh.

"Eh tak silap crush kau form 4 kan?Dia dah jadi pengawas dah eh?" Soal Haikal.
"Tak pelik sebab dia top student." Sambung Faiz.

My Golden Sunshine [OG]Where stories live. Discover now