bab 11

48 5 0
                                    

Ashar dan Arisha berjalan beriringan ke arah pintu masuk rumah banglo mewah milik keluarga mereka. Setibanya mereka di dalam rumah banglo tersebut Ashar menghentikan pergerakan kakinya secara tiba-tiba. Arisha mengintai dari belakang.

Terdapat seorang jejaka yang berambut hitam,mata berwarna coklat gelap dan tubuh badan yang tegap serta tinggi sedang duduk di atas sofa sambil berborak dengan daddy Arisha dan Ashar.

"Amsyar? Is that you?" Soal Arisha dengan nada yang teruja. Jejaka yang bernama Amsyar itu senyum lalu mengangguk. "The One and only Amsyar Ayron Hayden" balasnya. Arisha berlari menuju jejaka itu lalu memeluknya dengan erat.

"Brother we miss you!" Jerit Arisha. Ashar hanya mendiamkan diri. Kedua jejaka itu,Amsyar dan Ashar merenung satu sama lain dengan pandangan maut. Aura mereka sangat kuat dan mengerunkan membuatkan Arisha melepaskan pelukannya lalu duduk di sebelah daddy mereka.

"I Don't want a fight here. Got it? No fight,no trauble." Tegas suara daddy mereka. Kedua jejaka itu tunduk tanda faham.

Amsyar menghulurkan tangan untuk berjabat tetapi di tepis oleh Ashar. Arisha hanya mampu melihat. Tidak mahu masuk campur urusan abang-abangnya.

Ashar melangkah masuk ke dalam biliknya lalu melepaskan keluhannya. Dia mencampakkan beg sekolahnya ke atas katil yang bersaiz Queen itu.

"Bodoh! Kenapa dia datang balik hidup aku." Maki Ashar dalam nada yang perlahan. Matanya tertumpu ke arah iphone miliknya. Dengan pantas tangan mencapai lalu mendail nombor seseorang. Perkataan "si laknat" di tekan.

...

...

"Yo laknat! Kau busy tak sekarang ni?" Soal Ashar sebaik sahaja aku mengangkat panggilan telefonnya.

"Tak,kenapa?" Soalku. Pelik dia ni tetiba call lepas balik sekolah macam ni.

"Jom,lepak" katanya mendatar

"Lepak? Kat mana? Bila? apahal ajak aku lepak tiba-tiba ni?buang tabiat dah ke?" Soalku bertubi-tubi.

"Jom lah..please?" Nada suara milik Ashar yang kedengaran seperti rayuan itu berjaya membuatkan hatiku menjadi lembut.

"Yelah. Kat mana?" Soalku lagi.

"Aku ambik kau eh?"

"Ha? Tak payah lah ambik bagai. Aku boleh je jalan Kaki" suaraku telah naik satu oktaf akibat terkejut.

"Hm..kau tunggu aku dekat depan mamak simpang sekolah,boleh? Dekat dengan rumah kau kan?" Soalnya.

"Hm okay. Aku pakai simple je eh"

"Okay! Tunggu aku kat sana tau!"

Sepuluh minit berlalu. Kini aku terpacak di depan kedai mamak simpang sekolahku dengan berpakaian T-shirt putih serta cardigan berwarna biru muda sedondon dengan seluarku. Tudung? Tudung sarung je boh. Itu je yang ade.

Tiba-tiba kedengaran suatu suara garau di belakangku. "Hai adik manis~ buat apa tu?" Dengan pantas aku berpusing sambil melemparkan tamparan tepat di muka si pemanggil.

Pangg

Bunyi tamparan yang kuat. Eh? Tunggu..Ashar!? "Weyh Ashar! Sorry dowh aku tak tahu kau kat belakang aku!" Riak wajahku bertukar kerisauan apabila melihat pipi putihnya bertukar merah akibat tamparan itu..

"Adeh adeh sakitt" kata Ashar sambil memegang pipinya

"Weyhh sorry sia sumpah aku tak tahu kau kat belakang aku tadi." Nadaku berbaurkan kerisauan tetapi yang membuatkan aku tekerjut adalah.."HAHAHHAHAHAHA" dia ketawa?

My Golden Sunshine [OG]Where stories live. Discover now