bab 19

28 5 0
                                    

Lima tahun kemudian..

"welcome home,young master." Ashar melangkah masuk ke rumah agam miliknya sendiri di US. Ashar mengangguk kepalanya sekali lalu melangkah masuk ke dalam lift di rumah itu.

Butang nombor tiga di tekan. Sebaik sahaja lift itu berhenti di tingkat tiga,Ashar berjalan masuk ke dalam biliknya. Sebaik sahaja dia memasuki biliknya,pintu bilik ditutup rapat.

IPhone miliknya dikeluarkan dari poket seluar lalu apps gelery ditekan. Suatu gambar direnung lama dengan senyuman yang nipis.

"Oh how i miss you sunshine..." bisiknya dengan perlahan. Gambar ku bersamanya enam ke tujuh tahun lalu ditenung lama dengan senyuman yang nipis.

"Dah lima tahun aku tak jumpa kau,lima tahun tu juga lah kita cuma mampu calling." Nafas panjang di lepaskan.

Kini,aku, Ashar dan Arisha berumur 22 tahun. Ashar telah mengambil alih hampir kesemua syarikat keluarganya manakala Arisha hanya mengendalikan sebahagian kecil seperti sekolah-sekolah antarabangsa dan hotel-hotel milik keluarga mereka.

Selepas beberapa minit kemudian,iphone miliknya mula berdering. Perkataan "sunshine tercinta" dibaca sebelum mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum ya ukhti" salamnya diberi.
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ya alif-ba-ya" balasku acuh tak acuh.

"Hahaha,ngantuk ke?" Soalnya dengan nada suara yang ceria seperti selalu.

"Ngantuk lah bengong. Kau selalu ajak call bila kat Malaysia ni tengah malam." Balasku pula. Memang lah mamat ni.

"Apa kau ingat aku ni kelawar ke berjaga malam-malam?" Sambungku lagi.

"Ala sorry lah. Dah-dah,kau lelap je. Tidur je tapi call jangan end." Balas Ashar.

"Kau ni, selalu Suh aku buat camgitu kan,pahal eh?" Soalku.

"Seronok ke dengar aku dengkur?" Perliku pula.

"Ala,aku nak kau teman aku buat kerja ni." Balasnya dengan lembut.

"Hmm..dah jadi jutawan,mesti banyak kerja kan? Takpe ke kau call Ngan aku sambil buat kerja?" Soalku hujung talian sambil menggosok mata.

"Takpe..alah kau tidur je pun. Ha jangan lupa,mic tu bukak. Senang aku tahu kau dah tidur ke belum" arahnya. Eh eh,apa dia ingat aku ni kambing ke nak disuruh-suruh? Kang aku piak karang..

"Hm ye lah" balasku.Ashar melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di meja kerjanya. iPhone miliknya diletakkan ke atas mejanya. Earphone di capai lalu dipasangkan di iPhone milik nya.

"Hmm..kau dah tidur belum?" Soalnya sambil menghidupkan komputer ribanya.

"Mhm..belum." balasku.

"Nak tanya,ade sesiapa tak yang masuk minang kau?" Soalnya tiba-tiba.

"Ha? Sapa pulak nak masuk minang aku ni?" Soalku pula.

"Oh..takde lah kiranya" balasnya pula sambil jari jelmarinya menekan-nekan kekunci papan komputer ribanya.

"Hmm" balasku acuh tak acuh.

"Kau nak kahwin?" Soal dia pula secara.

"Hm..kalau ade jodoh. Eh,tapi kan cita-cita aku nak jadi anak dara tua" jawabku mendatar.

"Gila" balasnya sambil melepaskan ketawa kecil.

"Hmm,semenjak kawan dengan kau orang lah aku jadi camgini" balasku mendatar.

"Aleh.. padahal kau rindu aku juga kan?" Soalnya dari hujung talian.

"Kau tak rindu aku ke?" Soalku balik.

My Golden Sunshine [OG]Where stories live. Discover now