"sunshine, yang ni ke?" Soal Ashar.
Tanganya mengangkat seguni kentang yang bersaiz kecil.
"bukan! Saya mintak bawang merah bukan kentang!" Marahku.
"Ini bukan bawang merah ke? Sunhine kata guni!" Balas Ashar.
"Masyallah,tarabakallah, Astaghfirullahalazim..! Saya cakap seguni bawang merah! Bawang merah dengan kentang pun tak boleh beza ke?! Jauh tu rupa diorang!" Bebelku.
Telinga kiri Asharku pulas dengan kuat. Geram!
"Aduh!aduh! Okay!okay! Hubby pergi cari bawang merah!" Aku melepaskan telinganya lalu dengan pantas dia berlari anak untuk mencari seguni bawang merah.
Haih.. bawang merah dengan kentang tu punya lah jauh beza,itu pun tak reti nak bezakan? Teruk betul!
Aku menggelengkan kepalaku,aku menolak troli kami ke arah kawasan makanan-makanan ringan.
"Hmm.. tekak ni rasa macam nak beli keropok ni.." bicaraku sendiri.
Pap!
Seorang lelaki tinggi secara tiba-tiba melanggar tubuhku dari belakang. Aku menoleh ke arah belakang ku untuk melihat siapa peralakunya.
"We meet again, beautiful."
Hah? Again? Beautiful? Mamat ni merapu apa ni?
"Kau sapa?" Kasar nadaku menyoal.
Dari penampilan dirinya,aku yakin dia asli Melayu.
"Aww.. awak tak ingat saya?" Lelaki itu menanggalkan topi yang menutup wajahnya.
"Tak." Balasku selamba.
"Cuba ingat. Tak kan lah muka sekacak saya awak tak ingat?" Lelaki itu menghadiahkan senyuman senget.
"Eh,malas la aku nak ingat kewujudan kau dalam hidup aku." Bidasku. Laju aku menolak troli aku untuk berefar dari tempat itu.
Secara tiba-tiba lelaki itu memegang pergelangan tanganku. Laju sahaja aku menyepak kakinya.
"Aduh!" Dia mengaduh akibat sepakan aku,aku mengambil peluang untuk menarik lenganku.
"Kau pehal sentuh-sentuh aku? Aku debik karang!" Marahku.
"Auch.. garang nya.. awak tak ingat saya? Its me.. your admirer since high school.." berdayu suara garaunya berkata-kata.
Secret admirer? Kejap..
"Raja Ja'afar?" Soalku. Jejaka tersenyum lebar.
"Correct? Thats me! Aww you remember..." Senyuman lelaki itu semakin melebar. Semakin lama,semakin seram senyuman dia.
"Pehal kau kat sini? Lain dah muka kau, burned dah ke?" Soalku. Lengan dan wajahnya kelihatan lebih gelap dari memorinya.
Raja Ja'afar,lelaki yang selalu cuba mengajaknya keluar sedari zaman sekolah menengah. Tapi,mestilah aku tolak! Perangai tak semegah! Tak hingin!
"Awh.. risaukan saya ke?" Matanya dikelip-kelipkan.
"Eh,tak.. pergi mati sana. Aku sibuk." Dingin suaraku.
Selain dari selalu mengajak ku keluar bersama,dia jugalah yang telah membuli adikku.
"I missed you, beautiful..." Secara tiba-tiba dia berlutut satu kaki di hadapan ku.
Ha..sudah!
"Auliya..will you marry me?" Soalnya sambil mengeluarkan cincin berlian.
Apa kejadah dia ajak aku kawan dekat tengah-tengah pasaraya ni?!
YOU ARE READING
My Golden Sunshine [OG]
ActionAshar Ian Xander,sebaris nama yang digeruni di alam dunia kegelapan tetapi dikagumi di alam dunia pekerjaan. Nurul Auliya Aishah nama diberi. Ashar Ian Xander dan Nurul Auliya Aishah di ibaratkan kucing dan anjing. Tidak pernah sependapat sejak kali...