Kedengaran dengan jelas Ara sedang muntah di dalam tandas. Tangan Lutfan menolak roda di tepi kerusinya sebelum dia berhenti untuk bersembunyi di sebalik tiang. Meningkat usia kandungan membuatkan Ara mengalami morning sickness yang agak teruk. Setiap hari dia akan loya dan muntah, kadang sampai ke tengah malam. Bila disuruh pergi ke hospital oleh Lukman atau Hilda mesti dia menolak.
Lutfan menolak kerusinya ke belakang sedikit apabila Ara keluar daripada tandas. Kedua matanya bengkak dan berair. Baru beberapa tapak berjalan, Ara sudah bersandar dan tona wajahnya hampir serupa dengan dinding di belakang. Bibir juga agak kering dan tulang pipi kelihatan dengan agak jelas.
Sekali lagi Ara cuba berjalan tetapi lututnya mengalah menyebabkan dia hampir terjatuh, nasib Lukman sempat menyambut menantunya itu lalu dibawa ke ruang tamu. Lutfan lega kerana ada orang yang membantu walaupun bukan dirinya.
"Nak pergi mana?" soal Hilda sebaik Lutfan menolak kerusi. "Takkan papa yang kena jaga isteri kamu tu?"
Lutfan tidak menjawab kerana tiada jawapan yang tepat buat soalan Hilda.
"Mama tak sangka yang mama lahirkan seorang lelaki yang tak ada hati perut macam kamu ni." Hilda mencekak pinggang. "Mama kecewa dengan kamu Lut."
"Lut pun sama," balas Lutfan perlahan. Dia juga kecewa dengan sikapnya sendiri. "Tapi Lut tak tahu nak buat apa lagi. Lut sentiasa rasa nak marah" Dia menumbuk berulang kali kaki yang tidak rasa apa-apa itu.
"Jadi kamu nak cakap Ara punca kamu tak boleh jalan? Macam tu?" Soalan Hilda membuatkan Lutfan rasa bersalah hendak menjawab. "Atau kamu lebih rela Ara yang ganti tempat kamu."
"Stop it, ma." Tanpa sedar Lutfan meninggikan suaranya. Lengkungan bawah mata Lutfan menadah air mata saat terbayang Ara yang berada di tempatnya. "Sorry mama. Lut tak niat nak..."
Hilda memeluk anak lelakinya itu. "Mama tahu kamu sayang sangat dekat Ara. Tapi dalam masa yang sama kamu kecewa dengan keadaan yang menimpa. Lutfan, kamu kena ingat ini semua takdir Allah. Dia beri dugaan sebab Dia sayang dengan kamu. Takdir tak bersalah, Ara jugak tak salah."
Lutfan sangat memahami apa yang dikatakan oleh Hilda tapi bukan senang untuk menerima semuanya dengan hati yang terbuka.
"Lut tahu tak yang mama tak berani nak marah atau benci orang yang mama sayang. Nak tahu kenapa?" Lutfan sekadar mengangguk. "Sebab Allah akan tarik nyawa seseorang tu kalau kita tak reti nak menghargainya. Mama tak nak menyesal di kemudian hari semata-mata nak puaskan hati mama."
Kehilangan Ara merupakan pekara yang Lutfan tidak mahu hadapi. Berfikir tentangnya sudah cukup membuatkan dunia Lutfan gelap, inikan pula kalau dia terpaksa menjalaninya.
Apa yang patut dia lakukan untuk berbaik semula dengan Ara? Beberapa bulan ini, perangai Lutfan cukup menguji kesabaran Ara sehingga mereka sudah tidak bertegur sapa tatkala bertemu. Adakah masih ada perasaan sayang Ara pada Lutfan?
*************************************
Ini sudah masuk kali kelima Ara berkunjung ke tandas. Dari berdiri di depan sinki sampai bersimpuh di atas lantai. Jika terus berdiri, Ara risau kalau dia pengsan nanti. Pandangan pun mula berpinar-pinar, keadaan sekeliling tidak berada di tempat yang tetap.
Perutnya bergelora memaksa dia terus memeluk tandas. Bangun tanpa mengisi perut membuatkan morning sickness bertambah ganas. Tiada makanan yang keluar tetapi jus perut yang pahit menambahkan loya di tekak.
Rambut yang tidak diikat menganggu membuatkan lengan turut bekerja menolak rambut supaya tidak terkena muntah. Namun usahanya gagal menyebabkan ia terurai menutup muka sebelum ada tangan yang mengumpul rambutnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Misi 7 Bulan
Romance'Tooth for a tooth, brothers for the brother.' Inspektor Zade Lutfan-seorang lelaki yang terperangkap dalam kerjaya impian abangnya sebagai anggota Unit Tindakan Khas. Demi mengejar impian sendiri, Lutfan harus membalas dendam terhadap apa yang berl...
