👉 kesinambungan HANYA KAMU SAJA 👈
Watak:
🥷 Jazeel Zafran Kobayashi
🥷 Nur Nashmia Kobayashi
🤵♂️ Shin Arata
🤵♀️ Bunga ZahraKembar Kobayashi, Jazeel Zafran dan Nur Nashmia, pewaris keluarga Kobayashi, meniti usia 23 tahun, permata hati Jay Zaqwan dan Nur Ayana. Setelah melalui banyak suka duka dalam kehidupan kedua ibu dan ayah mereka pada masa yang lalu, kini hidup keluarga mereka sangat bahagia.
Selama 4 tahun kedua beradik ini bermastautin di Tokyo kerana melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Seni Liberal Antarabangsa Perniagaan Ekonomi Global di Yamanashi Gakuin University, Tokyo.
Kedua-dua nya mempunyai minat yang sama iaitu minat dalam seni mempertahankan diri Karate yang telah di terapkan oleh ayah mereka sejak mereka berusia 5 tahun lagi. Sepanjang berada di Tokyo, mereka juga gemar mengikuti kelas tarian Hip Hop pada masa lapang sebagai hobi sampingan. Mereka juga minat menunggang motor berkuasa tinggi.
Jazeel Zafran, sangat melindungi dan menyayangi adik nya. Kerana pesanan ayah dan ibunya sentiasa tersemat dalam hati nya untuk sentiasa menjaga adik nya. Jazeel adalah seorang jejaka yang agak dingin dengan perempuan kerana dia lebih menumpukan segala perhatian pada adik nya dan juga pelajaran nya. Bagi nya bercinta itu hanya akan menganggu fokus nya nanti. Namun dia sangat mewarisi sifat ayah nya, seorang yang berpegang teguh pada kata-kata dan janji.
Nur Nashmia, seorang gadis yang lasak dan degil namun dia lemah lembut dalam tutur bicara, persis ibu nya. Sangat ramah dan mudah berkawan kalau nak di bandingkan dengan abang nya yang hanya berkawan dalam kelompok yang kecil sahaja.
Shin Arata, jejaka yang berasal dari Osaka, Jepun merupakan kawan baik Jazeel dan juga Nashmia sepanjang mereka sama-sama belajar di Tokyo. Namun, Shin sudah lama menaruh hati pada Nashmia, 3 tahun lamanya dia setia menanti jawapan dari gadis itu. Setiap kali di tanya, jawapan Nasmia tetap sama, mereka hanya sekadar kawan saja, tak lebih daripada itu. Sementelah lagi mereka berlainan agama yang menjadi alasan Nashmia tidak menyambut huluran cinta nya. Namun Shin bukan lah seorang lelaki yang mudah mengalah, selagi dia ada peluang, dia akan berusaha untuk memikat hati Nashmia, kerana dia adalah lelaki yang berpegang pada kata-kata dan janji. Sepanjang 3 tahun itu juga dia sanggup mempelajari Bahasa Melayu dengan Jazeel semata-mata mahu memahami bahasa ibunda Nashmia itu. Shin juga seorang yang handal bermain panah.
Bunga Zahra, seorang gadis periang dan nakal, anak orang ternama berpangkat Tan Sri yang merupakan seorang ahli politik, hidupnya tak lah seindah gadis muda yang lain. Hidup yang sentiasa menjadi buruan para musuh ayahnya. Dia rimas bila ayah nya terpaksa mengawal segala pergerakannya dengan melantik bodyguard untuk mengikuti nya setiap kali jika dia keluar dari rumah demi untuk menjaga keselamatan nya. Dia merasakan hidup nya tiada kebebasan seperti orang lain. Satu tragedi telah mempertemukan Bunga dengan Jazeel, dan Bunga telah jatuh cinta pandang pertama pada jejaka berwajah Jepun itu. Sehingga dia mendesak ayahnya untuk pergi melamar Jazeel untuk di jadikan suaminya sekaligus menjadi pelindung diri nya kerana dia rimas di ekori oleh bodyguard ayah nya.
Warisan keluarga Kobayashi tidak terhenti begitu saja bila muncul nya seseorang yang bernama Hisoka, bersifat kejam dan bengis, lelaki yang datang dari Jepun ke Malaysia semata-mata mahu memburu Samurai Kobayashi yang berada dalam simpanan Jay sejak dari dulu lagi. Datang dengan berpuluh orang anak-anak buah nya ke Malaysia dan membina empayar mereka di Malaysia bernaungkan nama Syarikat Perkapalan Hisoka yang menjadi sumber pengangkutan utama kereta-kereta buatan dari Jepun ke Malaysia.
Siapakah Hisoka? Apakah kaitan dia dengan Samurai Kaboyashi dan juga Jay Zaqwan?
Semuanya akan terjawab dalam THE NINJA: MY SOURUMEITO
Jazeel Zafran Kobayashi
Nur Nashmia Kobayashi
Shin Arata
Bunga Zahra
Karya dan idea Asal
Mi_Amethyst 💜
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Action🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...