Fikri, Rayyan dan Rosie tersenyum lebar apabila melihat kapal besar berwarna putih itu mula berlabuh di kawasan pelabuhan petang itu. Masing-masing menunjukkan rasa teruja menanti ketibaan Kapal HISOKA yang baru saja tiba ke perairan Malaysia yang di khabarkan sudah memulakan pelayarannya dari Jepun sejak 2 minggu yang lalu.
Rosie pula sebagai orang perantaraan yang akan bercakap dengan Hisoka nanti kerana dia pandai berbahasa Jepun. Sejak lima bulan yang lalu mereka sudah berbincang dan berhubung dengan Hisoka untuk menyediakan tanah dan mendirikan syarikat kereta mewah untuk Hisoka menempatkan kereta-kereta yang di bawa nya dari Jepun. Dan sekarang mereka sudah menjadi rakan seperniagaan antarabangsa.
Hari ini kali pertama mereka akan berjumpa dengan lelaki itu yang selama ini hanya di dengari namanya sahaja. Masing-masing sudah tidak sabar mahu melihat rupa lelaki yang bernama Hisoka itu. Sebelum ini mereka banyak berjumpa dan berurusan dengan Akito saja, orang kanan Hisoka. Dan Akito sudah kerap juga berulang alik dari Jepun ke Malaysia sejak beberapa bulan ini.
"Fuyooo, besar betul kapal Hisoka ni Rayyan. Bukan calang-calang orang dia ni" Fikri agak ternganga bila melihat kapal besar yang berlabuh di depan mata nya ini. Bagaikan kapal perang saja rupa nya tapi bukan. Atas kapal tu di penuhi dengan kereta-kereta mewah buatan Jepun untuk di jual di pasaran Malaysia.
"Aku pun tak sabar nak tengok siapa Hisoka ni Fik. Nama dia gah dekat Jepun tu kau tau. Aku betul-betul rasa bertuah sebab dapat bekerjasama dengan dia. Aku jual tanah tu dengan harga bilion ringgit pun petik jari je dia bayar. Langsung tak ada tawar menawar. Tu yang aku rasa dia ni memang orang terkaya di Jepun. Rugi kalau lepaskan peluang keemasan macam ni"
"Hmmm menarik sangat ni. Nanti aku nak bagitahu dengan papa aku supaya eratkan kerjasama dengan Hisoka ni. Mana tahu kalau nak beli kereta dia dapat harga murah nanti" Fikri tersengih.
Dia sebenarnya sedang menahan rasa sakit hati selepas ayahnya memberitahu yang pinangan nya di tolak oleh Bunga. Dan dia memang dapat mengagak siapa yang menjadi pengacau itu. Nanti dia memang akan balas dendam dengan Jazeel dan keluarga nya. Gara-gara mereka, keluarga nya mendapat malu. Macam mana sekalipun ayahnya cuba untuk meyembunyikan perkara tu, tapi pihak media dapat juga menghidu dan berita tu telah pun tersebar luas di media sosial. Ayahnya memang naik hantu bila mendapat tahu pasal berita itu telah tersebar luas.
Pandangan mata mereka terus terhala ke arah tangga kapal. Seakan terpukau melihat figura seorang lelaki berkaca mata hitam berpakaian serba hitam sedang menuruni tangga kapal dengan penuh bergaya. Rokok pula tersepit kemas di jari nya. Fikri pula sudah ternganga bila pertama kali melihat sosok tubuh Hisoka depan mata. Dia telan liur berkali-kali.
"Psstt Hisoka ke tu?" Fikri berbisik ke telinga Rayyan.
"Yalah tu agak nya. Kau fikir aku ni pernah jumpa Hisoka ke? Yang aku kenal Akito yang berdiri kat sebelah dia tu je" Balas Rayyan perlahan.
"Yōkoso Marēshia e, go-shujin" (Selamat datang ke Malaysia, tuan) Rosie terus saja menghampiri Hisoka sebaik saja kaki lelaki itu menjejak lantai pelabuhan.
"Welcome to Malaysia, Sir" Sapa Rayyan dan Fikri pula. Harap nya Hisoka ni reti la cakap orang putih. Jenuh nanti kalau dia nak kena angkut si Rosie ni jadi penterjemah setiap kali nak berususan dengan Hisoka.
Rosie, Rayyan dan Fikri terus tunduk hormat. Mengikut cara orang Jepun menunduk hormat setiap kali berhadapan dengan tetamu. Hisoka mengangguk kepala nya sekali sebagai tanda menerima sapaan dari orang Malaysia ini.
Nampak serius dan garang saja wajah nya. Sapaan Rosie tidak di balas. Akito terus bergerak sedikit ke arah Rosie.
"Arigatou, ojōsan" (Terima kasih, cik) Akito menunduk, tanda salam perkenalan.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Action🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...