Jazeel yang agak terkejut bila lengan nya di peluk oleh seseorang dari belakang, segera dia menoleh.
"Rosie?" Jazeel sedikit tergamam sebelum dia menepis perlahan tangan Rosie yang melekap di lengan nya. Dia jadi malu bila mata papa, mama, Tan Sri Borhan dan Puan Sri Zahida memandang ke arah nya. Apa la tanggapan mereka bila melihat Rosie tiba-tiba nak bermesra begini dengan nya.
"Jaz! Lama tak jumpa you. I miss you Jaz! Hai Mia!" Rosie menjengok sedikit ke arah Nashmia yang turut memandang ke arah nya.
"You buat apa kat sini Rosie?" Soal Jazeel hairan.
"Eh, you tak tahu lagi ke? Kan harijadi I malam ni. Ni rumah I lah Jaz" Rosie tergelak kecil.
"Rumah you? Jadi you ni anak saudara Tan Sri Borhan la?"
"Yup! I happy sangat jumpa dengan you malam ni Jaz" Rosie menempel dekat menyebabkan Jazeel terus jarakkan tubuh nya. Dia mengerling sekilas penampilan Rosie malam ini.
Dengan dress ketat terbuka luas di bahagian dada, skirt pula terbelah sehingga menampakkan pangkal paha nya yang putih gebu. Dan bila dia melihat suasana dan tema parti malam ni, memang agak moden dan sedikit bebas. Pelik betul parti keluarga Tan Sri ni.
"Rosie, ayah su tak nampak pun Rayyan. Mana dia?" Soal Tan Sri Borhan yang tidak nampak kelibat Rayyan sejak tadi.
"Tu ada kat sana. Tengah bersembang dengan girls dekat sana" Rosie memuncungkan mulut nya ke arah Rayyan yang di kerumuni oleh gadis-gadis dekat sana. Dia sekadar ukir senyuman kepada ibu dan bapa Jazeel tanpa ada tanda-tanda mahu menghulurkan salam hormat kepada mereka.
Tan Sri Borhan dan Puan Sri Zahida turut melihat ke sana sebelum mereka berdua geleng kepala perlahan. Kenapa la hidup anak-anak Tan Sri Badrul ni terlalu bebas dan tiada batas? Hmm elok la juga kalau Bunga tak berkenan dengan si Rayyan tu, sebab dia sendiri pun tak berkenan melihat perangai si Rayyan yang di kelilingi oleh ramai wanita itu. Ada hati nak pergi meminang anak dia. Tak payah tunggu anak dia yang reject, dia yang dulu akan reject budak tu. Tak berkenan langsung nak buat menantu. Daripada bermenantukan menantu hantu macam tu, baik dia bermenantukan budak Jazeel ni. Cukup pakej. Tapi soal jodoh anak dia ni, dia tak nak la masuk campur.
Mata Tan Sri Borhan terarah pula ke arah abang nya yang turut bergelak ketawa dengan beberapa orang wanita di sana. Ada bini buat la cara ada bini. Perangai bapak dengan anak sama je. Kalau tak kenangkan ahli keluarga, memang tak ingin pun dia nak datang ke sini sebenar nya. Dia dah masak sangat dengan cara parti Tan Sri Badrul ni. Terlalu kebaratan. Anak-anak muda di biar bebas bergaul tanpa batasan. Sakit mata tua nya melihat.
"Jaz, you dah makan belum? Kalau belum jom lah I teman kan you" Baru Rosie hendak memeluk semula lengan Jazeel, tangan nya telah di tepis kuat dari belakang.
Bunga terus berdiri di hadapan Jazeel sambil bercekak pinggang. Dia jegil mata ke arah sepupu nya yang gedik itu.
"Kau ni dah kenapa Bunga?" Soal Rosie geram.
"Eh kau jangan nak kacau abang Jaz. Kau pergi sana!" Arah Bunga lantang.
"Abang Jaz? Ewwww! Perasan betul. Sejak bila kau kenal dengan Jaz ni?" Rosie tayang muka meluat.
"Baru semalam. Kau pergi lah kacau lelaki lain. Yang ini kau jangan kacau!" Bentak Bunga lagi.
"Hah!? Baru semalam? Hahahaha! Aku dah 4 tahun duduk belajar sama dengan Jaz ni tau. Jaz ni boyfriend aku dekat Tokyo. Kau apa tahu? Kau tu yang pergi jauh-jauh. Jangan nak menempel dekat boyfriend orang boleh tak?"
"What!?" Bunga terus pusing tubuh menghadap Jazeel. Mahu memohon kepastian.
"Betul ke abang Jaz?" Soal Bunga inginkan kepastian.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Ação🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...