SOURUMEITO 33

1.8K 115 18
                                    

"Encik Jay, saya nak minta diri dulu. Saya ni jenis tak betah nak berada lama dalam majlis macam ni" Hisoka meminta diri untuk pulang.

Dia tidak bercadang pun mahu berada lama di sini. Masing-masing sudah tahu bahagian tugas masing-masing. Baru tadi Akito memaklumkan pada dia yang brek kereta Jazeel sudah berjaya di putuskan. Selepas ini dia hanya perlu menunggu berita pasal Shin pula. 

"Oh nak balik dah? Tak apa lah kalau macam tu Encik Roka" Jay ukir senyum. Pada pengamatan dia, Encik Roka ni jenis yang tidak banyak bercakap.

Sepanjang mereka duduk makan tadi, lelaki itu hanya bercakap bila perlu saja. Dia lebih banyak berdiam diri dan memerhati saja. Mungkin belum biasa dengan majlis di sini agaknya. 

"Yes, Mr. Jay. I would like to take my leave now. Thank you for the service provided" Hisoka bangkit berdiri. Bukan tujuan dia untuk duduk berbual dengan manusia-manusia yang ada di sekeliling nya sekarang.

"Alright, Mr. Roka. Take care on your way back. We'll meet again when the time comes" Jay juga bangkit berdiri. Berjabat tangan dengan Hisoka.

"Hai, sore wa tashika desu, Jei-san. Mata aimashou. Oyasuminasai" (Ya itu sudah pasti Encik Jay. Jumpa lagi. Selamat malam)

"Mata aou. Oyasuminasai " (Ya jumpa lagi. Selamat malam)

Jay sekadar menghantar pemergian Hisoka sehingga menghilang di sebalik pintu keluar dewan. Dia labuhkan semula duduk nya di situ. Tadi sempat juga la matanya memerhati drama Shin dan Miranda yang menjadi tumpuan umum di hadapan sana. Sekarang ni entah ke mana pulak hilang nya budak-budak ni. Dia tak nampak pun bayang Shin dan Nashmia dekat sini.

"Jaz, Zayyan dan Mia mana?" Soal Jay melihat ke arah Jazeel yang sedang duduk bersama dengan Bunga di situ.

Jazeel melihat ke arah  papa nya. Mendengar soalan itu, dia terus melihat sekeliling. Tak perasan pulak dia yang Shin dan Nashmia tiada di sini. Suara Haikal pula masih bergema memberi ucapan di atas pentas sana.

"Papa.." Nashmia tiba-tiba muncul di situ. Dia terus tarik kerusi kosong di sebelah papanya dan terus duduk di situ. Terasa haus pulak tekak nya. 

"Eh, tiba-tiba muncul. Mia dari mana ni?"Soal Jay hairan. Mata melihat pula ke arah pakaian Nashmia yang sedikit kotor seperti terkena daun-daun kering. Eh dari mana pulak budak ni ye?

"Dari luar tadi. Jalan-jalan ambik angin kejap" Sekarang perut nya terasa lapar balik. Sewaktu makan dengan Haikal tadi, dia lebih kenyang dengan rasa cemburu je. Sebab tu makan pun sikit, selera dah ke laut. Di tambah lagi penat bergusti berguling-guling dengan Shin di taman tadi. Cari pasal betul lah!

Selepas dia memberi green light pada Shin tadi, terasa kebas wajah nya. Sebab itu dia terus berlari masuk ke sini. Malu pun ada. Haih! Bukan Nashmia la kalau nak malu-malu kucing macam ni. Ni semua Shin punya pasal! Entah kenapa meluncur laju saja jawapan itu keluar dari mulut nya bila melihat Shin sudah melangkah berlalu pergi meninggalkan nya. Di saat dia melihat belakang tubuh Shin yang sudah mula menjauh tadi, dia tiba-tiba merasa takut untuk kehilangan. 

"Ni kenapa macam kotor je gaun Mia ni. Siap melekat daun kering. Mia buat apa ni tadi? Macam baru lepas berguling-guling atas jalan yang di penuhi daun kering" Tebak Jay dengan kening bercantum.

Nashmia terus melihat ke arah pakaian nya. Aduh! Terlupa pulak nak bersihkan sisa-sisa daun kering ni tadi. Kan papa dah perasan. Nanti apa pulak la yang papa ni fikir bila tengok keadaan dia macam ni.

Jazeel sudah tersenyum di situ bila dia melihat Shin juga baru muncul dari luar dewan. Kebetulan ke apa mereka berdua ni? Sama-sama datang dari luar dewan. Dengan pakaian Nashmia kotor macam ni, rambut pula dah sedikit kusut berselerak. Lain macam betul. Jangan budak berdua ni buat benda tak senonoh sudah!

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now