SOURUMEITO 16

1.7K 128 10
                                    

Sebelum ke syarikat Global Property Berhad, Jazeel membawa Shin untuk membeli motor dan kereta terlebih dahulu untuk memudahkan Shin bergerak ke mana-mana memandangkan sudah seminggu Shin berada di Malaysia.

Mereka singgah ke kedai superbike terlebih dahulu. Memandangkan Shin adalah peminat superbike sama seperti Jazeel dan Nashmia, jadi dia memang akan lebih memilih untuk menunggang motor saja nanti untuk mengelakkan tersekat dalam kesesakan lalulintas.

Selepas membelek dan melihat jenis-jenis superbike yang ada di situ, Shin akhirnya memilih untuk membeli superbike Yamaha R6 berwarna putih kerana putih adalah warna kesukaan nya.

"Jom aku bawa kau ke kedai kereta yang boleh di katakan famous jugak dekat sini. Service dan layanan memang terbaik punya"

"Oh yeke. Kau pun beli kereta dekat situ ke Jaz?" Soal Shin teruja.

"Bukan setakat aku je, papa dengan Mia pun beli kereta dekat situ jugak. Kira kami dah kenal jugak la dengan owner syarikat tu. Masih muda lagi"

Shin sekadar angguk. Nanti dia nak tengok kereta apa pulak dia nak beli. Tak jadi masalah kalau dia nak beli kereta harga berapa pun sebab duit gaji dia bekerja selama 6 bulan di Tokyo memang terlebih dari cukup untuk semua itu. Tambahan lagi bila matawang Jepun di tukar ke matawang Malaysia, memang berkali ganda jadi nya.

Jazeel memberhentikan keretanya di hadapan Luxury Car Company itu. Mereka terus keluar dan masuk ke dalam kedai.

"Hello... Good morning, boleh saya bantu?" Pekerja di situ terus menyambut kedatangan mereka bertiga.

"Hello, morning. Erm ni kawan saya nak beli kereta. Tapi kalau boleh saya nak jumpa bos awak, dia ada?" Soal Jazeel lagi.

"Oh ada. Sekejap saya panggil dia. Jemput duduk dulu" Pekerja itu terus saja berlalu dari situ untuk memanggil majikan nya.

"Hmmm mewah dan nampak elegen rekaan dalaman kedai ni Jaz. Memang bukan calang-calang citarasa owner kedai ni" Shin melilau ke sekeliling kedai.

"Ye, aku setuju. Selesa pun ya. Service pun tip top"

"Hello, good morning" Sapa satu suara dari belakang.

Jazeel terus menoleh. Dia terus saja berdiri dan berjabat tangan dengan pemilik kedai kereta itu.

"Jaz... Long time no see. How are you bro?" Eiman tersenyum. Keluarga Jazeel adalah antara pelanggan nya sebelum ini.

"Eiman Firas... Ya... Lama tak jumpa. I'm good bro"

"Jemput duduk" Eiman juga turut labuhkan duduk di situ.

"Thanks. Makin maju ye business sekarang. Bila ada race lagi Eiman?"

"Alhamdulillah. Rezeki anak-anak. Inshaallah hujung tahun ni. Eh nanti datang lah support"

"Ya sure. Of course" Jazeel mengangguk.

"Ni nak beli kereta lagi ke?"

"Oh ni, aku perkenalkan kawan aku all the way from Japan, Shin Arata atau kau boleh panggil dia Zayyan. And Shin, Eiman ni pelumba F1 negara"

"Oh hi Mr Shin. Nice to meet you. How are you?" Eiman terus menghulurkan tangan ke arah Shin.

"Ya I'm good Mr Eiman. Nice to meet you too. Seronok dapat kenal dengan pelumba F1 ni" Shin menyambut huluran tangan Eiman.

"Eh, boleh cakap Bahasa Melayu?" Soal Eiman sedikit terkejut.

"Ya boleh Mr Eiman" Shin ukir senyum

"Wow! Amazing ni. Betul-betul teruja saya dengar"

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now